Demam Kuning Pada Bayi | Bacaan Bilirubin Bayi Jaundis Sangat Tinggi 30 mg/dL @ 513 umol/L!!

Bismillah. Aloe!

Semalam aku up cerita pasal kesan buruk serbuk mutiara pada aku tu kan? Aku jugak ada sebut tentang kisah bayi yang nyaris kena tukar darah sebab nenek dia bagi makan serbuk mutiara.

Ni aku share kat sini full story pasal tu. Cerita ni kisah benar seperti yang diceritakan oleh seorang doktor di Facebook.

Kebanyakan ibu-ibu baru @ first time moms suka sangat ikut cakap orang2 tua. Bukan nak kata semua nasihat orang tua tu salah. Tak semua.

Bayi Jaundis

Tapi kalau bab nak mengubati bayi demam kuning tu. Sila pakai akal sikit.

Baby baru lahir usus, buah pinggang dan hati tak matang lagi. Hanya sesuai diberi susu ibu atau susu formula bayi. Serbuk mutiara, lendir kacang bendi, air rebusan daun bunga raya, air sengkuang dan susu kambing tu strictly no!

Masa anak first aku main ikut je cakap orang tua. Suami aku lah. Aku masa tu tengah sakit kena cesar so memang tak leh nak fikir apa pun.

Orang tua suruh bagi susu kambing pada baby. Kami bodoh je pergi suap baby tu. Bila pergi klinik nak check darah. Doktor tu pulak pergi suap air masak guna syringe. Doktor tu!

Hambek ko. Habis anak aku. Badan lemah asyik tidur je memanjang. Minum susu sikit terus muntah. Keluar susu warna kekuningan ikut hidung!

Baby kena masuk NICU 11 hari sebab kuning tinggi (298 umol/L = 17 mg/dL) dan usus terkena jangkitan kuman. Aku yang tengah lemah lepas bersalin cesar rasa makin tak berdaya. Nasib baik tak meroyan tau huhuh [wp-svg-icons icon=”confused-2″ wrap=”i”]

Bayi Jaundis

Aku belajar dari pengalaman. Bila anak second aku take control. Badan aku memang tengah sakit kena cesar. Tapi this time jiwa aku kena kuat.

Irfan pun kena kuning dengan bacaan 268 umol/L = 16 mg/dL. Kali ni aku buat home phototheraphy. Tak payah ulang-alik banyak kali ke klinik.

Masa Irdina pun kena kuning juga. Bacaan bilirubin 225 umol/L = 13 mg/dL. Aku buat home phototheraphy juga. Senang dan tak stress bila dapat buat rawatan lampu biru kat rumah. 2 hari je dah normal tahap kuning tu.

Ada orang cakap tak payah lah lampu2 bagai ni. Bagi je susu badan. Lama2 hilang la kuning tu.

Bayi Jaundis

Aku setuju bab bagi susu badan banyak2 tu. Tapi bab lampu tu pilihan aku. Baby aku kot. Aku lebih rela habis duit bayar sewa lampu biru home phototheraphy daripada siksa jiwa ulang-alik klinik. Baby pun tak kena cucuk ambik darah banyak kali.

Of course. Menyusu dengan kerap sangat membantu badan baby keluarkan bilirubin yang dah diuraikan oleh lampu biru tu dengan cepat. Proven treatment kan.

Jom baca cerita ni. Serbuk mutiara menyebabkan baby kuning hingga 30 mg/dL = 513 umol/L. Nyaris kena kuning pada otak @ kernicterus!

Jadikan pengajaran. Jangan jadi macam aku. I learned the hard way!

Bayi Jaundis & Serbuk Mutiara

“Apa? Serum venous bilirubin, 27?!”

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh jururawat, terdapat sebuah kes baru bayi berumur 4 hari, dirujuk dari klinik kesihatan kerana paras bilirubin (kes neonatal jaundis = NNJ = kuning) yang tersangat tinggi. Kebiasaannya untuk hari keempat, kita mengambil bacaan 14 – 15 sebagai normal. Paling tinggi pernah saya jumpa pun, 20, 21.

Selesai menyemak surat rujukan, saya segera mendapatkan bayi tersebut. Kuningnya menyeliputi seluruh badan, termasuklah mata hinggalah tapak kaki. Saya segera menguji refleks Moro – bayi didudukkan, kemudian sengaja dilepaskan untuk melihat reaksinya.

Bayi Jaundis

Tanda-tanda awal berlakunya kernicterus – komplikasi mengancam nyawa akibat NNJ – adalah sekiranya refleks Moro ini hilang. Alhamdulilah, bayi tersebut masih lengkap refleks Moro nya. Saya sengaja menjentik tapak kaki bayi tersebut, membuatkannya menangis dengan kuat. Alhamdulillah, tiada high pitch cry – juga menandakan tiada tanda komplikasi kernicterus.

“Apa ceritanya, encik?”

Saya terus menyoal ibubapa bayi berkenaan. Paras 27 terlalu tinggi, untuk ianya terjadi dengan sendirinya. Tambahan pula dalam keadaan bayi yang bukan berisiko – lahir cukup bulan, tiada masalah kelahiran, berat badan ok, jenis darah ibu pun bukannya O atau darah negatif.

Bayi Jaundis

Bapa bayi berkenaan masih terdiam.

“Di rumah, menyusu ok tak?”

“Ok, tapi kami ada sulam dengan susu formula juga sebab susu ibu tak cukup.” jelas sang isteri.

Anak sulung, maka ianya difahami. Selalunya ibu-ibu sulung ini masih tidak biasa dalam teknik menyusu, tak berpengalaman lagi menentukan “susu cukup” atau tidak.

“Susu formula, yang khusus untuk bayi baru lahir atau macam mana?”

“Memang untuk yang bayi baru lahir, doktor.” Jawab bapa berkenaan.

Kadang-kadang, ibubapa tersilap memberi susu formula jenis yang tidak bersesuaian kepada bayi mereka. Ini pun boleh menyebabkan kuning yang tinggi juga.

“Selain itu, ada tak bagi makan benda-benda lain?” tanya saya lagi.

“Err…ada doktor.”

“Semalam, mak mertua saya bagi dia makan serbuk mutiara, doktor.” sampuk sang suami.

“Apa?? Benda apa tu?” Soal saya laju.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Kesan Buruk Serbuk Mutiara

“Mak mertua beli di kedai herba cina. Orang kata, dapat cegah jadi kuning.”

“Bagi macam mana tu?” Tanya saya lagi.

“Dua kali, semalam pagi satu camca, petang satu camca juga.” Jelas ayahnya.

“Sebelum bagi tu dah kuning macam ni ke?”

“Tak, pagi ni saja bila bangun tengok-tengok kuning macam ni.”

“Encik pasti ye, bahan tu serbuk mutiara? Ada lebihan tak untuk dibawa ke sini? Mungkin tak kedai herba tu tersilap bagi ke?”

“Dah habis, doktor. Tak pasti la pula kalau tersilap. Ini anak sulung kami, kami tak pernah bagi lagi. Tapi tok dia duk biasa bagi kat cucu-cucu lain, takpe je.” Jelas sang isteri pula.

Saya menghela nafas panjang.

“Encik dan puan tahu kan, keadaan anak sekarang ni? Apa yang encik faham bila anak diminta masuk wad ni?”

“Yang saya diberitahu, sebab paras kuning dia tinggi.” jawab sang ayah.

“Encik, paras kuning iaitu bahan bilirubin dalam anak encik, adalah sangat tinggi. 27. Kalau untuk bayi pada usia hari keempat, kebiasaannya 14 ke 15 sahaja. Ini dah hampir dua kali ganda.”

Bayi Jaundis

Lelaki tersebut nampak bersahaja. Belum memahami agaknya.

“Bahan bilirubin ni, macam karat dalam enjin kereta. Bila di paras yang tinggi, ia boleh mendap di otak, di telinga. Akibatnya anak boleh kena sawan, boleh cacat otak, boleh jadi pekak!

Bayi Jaundis

Baru bundar mata bulatnya.

“Penyakit kuning ni asalnya je kebiasaan, dan boleh hilang dengan sendirinya. Namun yang kita khuatir bila dah tinggi sangat sampai macam ni. Puncanya bilirubin ni datang dari darah yang pecah, ianya normal bila bayi baru dilahirkan, akan ada perubahan sistem darah dari ketika dalam kandungan ke alam biasa. Itu yang biasanya.”

“Namun bagi bayi, darah boleh pecah juga apabila bayi terdedah kepada bahan-bahan kimia tertentu yang badan bayi tak boleh proses. Sebab tu kita sering mengingatkan ibu-ibu yang baru selepas melahirkan anak, untuk seminggu dua pertama tu jangan makan makjun jamu herba etc lagi. Sebabnya kita tak tahu apa bahan ada dalam ramuan tu, yang apabila ibu makan, bahan tu boleh masuk ke susu ibu seterusnya masuk dalam badan bayi, menyebabkan kuning.”

“Namun dalam kes anak encik ni, saya syak disebabkan bahan serbuk mutiara tu lah. Encik kata anak-anak saudara yang lain tak apa je makan serbuk mutiara, tak ada masalah. Encik kena faham, setiap bayi berbeza-beza reaksinya. Begitu juga, kita boleh meragui, betulkah serbuk mutiara yang diberi, atau mungkin bahan lain.”

“Sebab itu kita selalu gesa kepada para ibubapa, untuk dua bulan pertama, lebih-lebih lagi baru lahir macam ni, tak perlu bagi apa-apa ubat atau suplemen tambahan! Badan bayi, buah pinggang, hati bayi yang baru lahir, semuanya belum cukup matang dan kuat nak memproses benda-benda macam ni.”

Lelaki berkenaan memekupkan muka ke tangannya. Bergenang air matanya. Mungkin baru menyedari akan kesilapannya itu, boleh menyebabkan nyawa bayi sulung yang tak sampai seminggu ditatangnya, terancam.

“Habis sekarang ni macam mana, doktor?”

“Ok sekarang macam ni. Saya kena ambil sedikit darah anak encik, untuk kita jalankan beberapa ujian. Pertamanya, kita nak ulang balik bacaan bilirubin tersebut. Ada kemungkinan mesin di klinik tadi bermasalah menyebabkan bacaan silap, tetapi memerhati pada kulit bayi yang kuning macam ni, saya tak rasa ianya silap.

Jika bacaan masih lagi di paras berbahaya, kita akan buat satu prosedur yang dinamakan Exchange Transfusion. Dalam prosedur ini, kita akan keluarkan sejumlah darah dari badan anak encik, dan kita akan masukkan darah baru dari tabung darah. Secara ringkasnya, darah lama yang mengandungi bilirubin yang tinggi tersebut perlu ditukarkan dengan darah baru.”

“Allah….tak ada cara lain ke doktor…” Rayu lelaki tersebut. Sang ibu sudah teresak-esak di bahunya.

“Saya pun berharap kita tak perlu buat prosedur ini, kerana prosedur ini pun banyak risiko komplikasinya. Antaranya termasuklah jangkitan kuman, allergy terhadap darah dsb. Namun bagi kita doktor, komplikasi untuk kuning tinggi ini lagi teruk, boleh membawa kesan yang kekal seperti cacat otak malah boleh menyebabkan kematian. Encik kalau takmahu buat prosedur ini, kami takkan buat, tetapi encik mesti faham kesannya. Sebab itulah dalam keadaan macam ini, kami sangat-sangat gesa agar prosedur ini dibuat. Kami biasa jumpa, kalau bayi kuning setakat 15, 16, ibubapa takmahu rawatan nak bawak balik anak untuk perubatan tradisional, itu pun kami berat hati nak benarkan. Inikan pula 27, sangat tinggi, kesannya sangat buruk encik..kesian kat anak!”

Bayi Jaundis

Namun sementara menunggu keputusan dari makmal, saya akan start lampu intensive phototherapy untuk anak encik. Lampu ini akan memecahkan bilirubin, tetapi kesannya lambat serta terhad kepada bilirubin dibawah kulit sahaja. Saya pun akan start bagi air melalui jarum, harapnya dapat “flush out” bahan kimia dari badan bayi encik ni.”

“Baiklah doktor, saya serahkan yang terbaik untuk doktor.”

Saya bergegas mengambil darah bayi berkenaan, dan set up branulla untuk IV drip. Dalam masa yang saya, saya menghubungi MO yang sedang sibuk di NICU, dan memberitahu perkembangan terkini bayi berkenaan. MO sudahpun berbincang dengan pakar, dan green light sudah diberi untuk prosedur Exchange Transfusion sekiranya paras masih tinggi.

Kali terakhir Exchange Transfusion dijalankan di hospital kami, adalah sekitar 5 tahun lalu. Keberkesanan kempen pencegahan serta rawatan fototerapi awal menjadi kebanggaan kami, apabila komplikasi severe neonatal jaundis dan kernicterus dapat dicegah dan diminimumkan.

Sejam kemudian, keputusan darah bilirubin bayi berkenaan balik.

“30. Makin meningkat!” getus hati saya.

“Minta maaf encik, hasil keputusan yang kita ulang tadi, menunjukkan bacaan 30, makin tinggi. Dalam keadaan sebegini, kita tak boleh tunggu lagi, kita kena proceed juga dengan exchange transfusion.” saya menjelaskan, sambil menghulurkan borang consent.

“Mengikut pengiraan, kita perlu tukar darah sebanyak 450cc, kira-kira satu paket. Saya dah menghubungi tabung darah tadi, untuk menyediakan darah. Namun saya diberitahu, darah anak encik, jenis A+ve, tiada stok buat masa ini. Tapi takpe, kita dah hantar pasukan tabung darah kita untuk ambil darah tersebut dari Alor Setar, inshaAllah 2 jam lagi darah tersebut sampai.”

“Doktor, saya harap sementara tunggu darah tu sampai, doktor ulang lah sekali lagi ujian kuning tersebut…saya rayu sangat-sangat..kalau boleh tak perlulah sampai tukar darah..” rayu sang bapa dengan linangan air mata.

“Tapi encik, kalau kita ulang pun, saya tak rasa ia akan turun, meskipun kita dah pasang lampu start IV Drip apa semua. Kalau turun pun, sikit sangat.”

“Tak apa doktor..saya mohon sangat-sangat untuk ulang juga..bagi lah peluang kat anak saya..”

“Ok encik, saya cuba bincang dengan boss dan pakar dulu ye encik.”

Saya mengangkat gagang telefon, dan memaklumkan hal itu kepada MO. Seterusnya MO berbincang pula dengan pakar.

“Ok tak apa Syamirul, awak tunggu lagi sejam, kemudian ulang balik SBV. Kalau masih tinggi lagi, kita proceed dengan ET. Tapi kalau dah kurang alhamdulillah lah, tak payah proceed, cuma awak la kena call MO Blood Bank bagitau kata nak cancel request blood.” Jelas MO. Hee nasiblah.

“Ok encik, lagi sejam saya akan ulang tengok, kita tengok macam mana ye.” Jelas saya kepada pasangan tersebut.

Sepanjang saya memerhatikan pasangan tersebut di ruangan menunggu, mereka tak putus-putus berdoa. Tak berhenti-henti berjuraian air mata. Saya menunjukkan sang suami arah ke bilik air untuk berwuduk, serta ruang untuk bersolat.

Dalam masa yang sama, saya turut berdoa didalam hati. Semoga dengan phototherapy, dapat menurunkan paras bilirubin tersebut. Semoga dengan IV drip yang mengalir masuk, membersihkan dan menghanyutkan segala sisa bahan kimia keluar dari jasad anak kecil ini. Dengan izin Allah.

Walaupun kepingin untuk melihat prosedur ET yang jarang-jarang dilakukan tersebut, namun saya sangat kasihankan bayi berkenaan. Meskipun paras bilirubin dah berkurangan, tiada jaminan bahawa otaknya atau pendengarannya tidak terkesan dek terdedah kepada paras yang tinggi untuk tempoh yang lama. Komplikasinya mungkin hanya dapat dikesan dua tiga tahun akan datang.

Dalam masa yang sama juga, hati saya berombak-ombak menahan marah dan geram. Bukan kepada ibubapa ini, tetapi kepada pihak yang bertanggungjawab mempromosi benda pelik-pelik kepada masyarakat. Pihak yang berlagak pandai, memperlekeh nasihat yang diberikan doktor dan hospital, menolak perubatan moden dan mahu kembali ke perubatan tradisional yang kononnya lebih natural, lebih berkesan, lebih “sunnah”.

Bila jadi macam ni, kami doktor juga yang pening kepala merawatnya. Kesannya kepada adik ini, lebih-lebih lagi jangkamasa panjang, ada mereka kisah? Mereka share testimoni dan cerita-cerita kononnya betapa kaedah mereka itu berjaya. Ada mereka share kisah bermasalah seperti bayi ini? Ada pernah mereka handle komplikasi sebegini? Ada mereka mengaku bertanggungjawab akibat dari “nasihat” mereka tersebut?

Saya tidaklah kata doktor ni boleh rawat semua penyakit, with 100% success rate. Kami pun, merawat dengan ikhtiar dan izin Allah juga. Yang bezanya, kami menanggung tanggungjawab. Rawatan tak berjaya, kami bertanggungjawab. Jadi komplikasi, kami bertanggungjawab. Kami ada evidence-based medicine. Kami ada protokol, ada guidelines.

“Serbuk mutiara” ubat tradisional konon. Dah jadi macam ni kat anak kecil ni, siapa nak bertanggungjawab? Kepada orang yang memujuk/menghasut ibubapa ini untuk memberi serbuk mutiara kepada anak kecil ini, jangan ingat anda boleh terlepas. Di akhirat, pasti ada bahagian untuk anda. Itu janji Rasul.

Lamunan terhenti. Sejam kemudian, saya mengulang kembali bacaan SBV bayi berkenaan.

Dan bacaan SBV bayi ini menunjukkan, 22.5. Alhamdulillah.

Sumber: https://www.facebook.com/syamirulah

Cara Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning di Rumah

Hubungi Bluelite Malaysia:

Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP

Aku pasti ramai ibu yang baru bersalin masih sangat lemah dan sakit untuk berulang-alik ke hospital. Ada juga yang alami masalah transport.

Kalau anda ibu kepada bayi yang demam kuning, tetapi sukar untuk bergerak dari rumah ke hospital dari rumah, mesin fototerapi Bluelite Malaysia pastinya penyelesaian terbaik untuk merawat jaundice bayi anda.

KOD DISKAUN UNTUK HARGA JIMAT SEWA MESIN PHOTOTHERAPY

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Berita baik! Pembaca blog ini layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLROS semasa membuat tempahan. Kod BLROS hanya sah untuk tempahan Bluelite di kawasan Kuala Lumpur dan Seremban sahaja. Klik je link Whatsapp kat bawah ni ye.

Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *