Deko Rumah | Jenis-Jenis Tirai @ Bidai Tingkap @ Blinds Murah Untuk Tingkap Rumah Menawan

Bismillah. Aloe!

Aku ni bab deko-deko rumah. Memang ke laut lah hehehe. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Alasan apa nak bagi eh? Kalau dulu time full time kerja boleh la bagi alasan tak ada masa. Weekdays kerja. Weekends sibuk settlekan kerja rumah dan outing dengan family.

Sekarang dah jadi WAHM. Tapi rumah still macam masa mula-mula pindah masuk 8 tahun lepas. Deko lapuk tetap teruk tak berubah. Eric Leong tengok sure pengsan ekekeee. [wp-svg-icons icon=”tongue-2″ wrap=”i”]

Jadi WAHM lagi aku tak ada masa nak fikir pasal deko rumah.  Kadang-kadang jeles tengok rumah jiran. Sweet je rumah dia. Kemas. Deko lawa.Masuk rumah dia rasa home sweet home. Masuk rumah aku rasa home sweat home. Berpeluh pening hahaaa!

Alah…dia boleh lah. Anak2 semua dah dewasa. Tak ada tangan2 kecik yang suka-suki conteng dinding dengan permanent marker. Tak ada kaki2 kecil yang sepahkan mainan merata-rata. Siapa setuju dengan aku? Seppp sikit hehehe!

Sepanjang 8 tahun duduk sini. Langsir hanya pernah tukar 3 kali je design. Rumah aku jenis semi-d so banyak la dia punya tingkap.

Aku bab basuh langsir memang pemalas tahap gaban. Penat weh nak cabut dan pasang langsir.

Sebab tu aku cari alternatif kepada langsir. Nak pasang bidai macam kat office aku dulu tu. Senang kot nak maintain. Tak payah cabut untuk dicuci. Best ke best?

Aku ingat bidai @ window blinds ni ada sejenis je. Rupa-rupanya terdapat pelbagai jenis bidai tingkap / tirai kayu / blind tingkap / windows blind. 

Aku senaraikan pilihan jenis bidai tingkap yang korang boleh pilih. Jangan rambang mata sudah.

Suka betul aku tengok rumah2 yang ada tingkap besar macam rumah kat oversea tu. Mengidam aku nak rumah macam mahligai tu. [wp-svg-icons icon=”happy” wrap=”i”]

#1 Roller Blinds (Bidai Gulung / Tirai Gulung)

Roller blinds ni sinonim la sebagai bidai tingkap pejabat. Tapi actually bidai gulung ni pun boleh pasang kat rumah. Pilih yang warna cantik mesti cantik la rumah tu.

Bidai TIngkap

Apa yang best bidai gulung ini? Bagi aku roller blinds untuk rumah ni sangat cantik. Banyak pilihan design dan warna menarik.

Bidai TIngkap

Roller blinds ni lagi best dari langsir sebab tak payah tukar2. Leceh kan nak cabut dan basuh langsir hehehe. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

#2 Vertical Blinds (Bidai Menegak / Tirai Menegak)

Vertical blinds atau bidai tingkap jenis menegak ni pun biasa dipasang sebagai bidai tingkap pejabat. Hospital pun aku tengok suka pasang bidai menegak ni. Bilah besar senang nak maintain kot.

Bidai TIngkap

Tempat kerja aku yang last dulu kat Bangsar South pun guna vertical blinds. Best jugak bidai menegak ni sebab kita boleh kawal kemasukan cahaya matahari ke dalam pejabat atau rumah.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Bidai TIngkap

#3 Bidai Kayu / Bidai Buluh (Wood Window Blind)

Tirai tingkap kayu / bidai tingkap buluh ini aku rasa macam bidai antik sikit. Tapi memang cantik sebagai deko rumah.

Bidai TIngkap

Biasa bidai kayu ni biasanya dipasang sebagai outdor blinds seperti di balkoni, patio, gazebo dan belakang rumah, dan sebagainya.

Tirai kayu / bidai buluh memang best sebab boleh buat rumah more peaceful macam rumah berada di kampung.

#4 Bidai Aluminimum (Venetian Blind)

Venetian blinds ni bidai jenis menegak yang bilahnya dibuat dari aluminium. Bidai yang klasik dengan sentuhan moden.

Bidai TIngkap

#5 Langsir Roman Blind (Langsir Bidai)

Roman blinds ni pun cantik juga. Banyak pilihan design yang menarik. Pilih je roman blinds yang sesuai dengan tema bilik korang.

Bidai TIngkap

Bagi aku bidai roman ni sesuai sangat untuk area dapur dan bilik kanak-kanak.

Bidai TIngkap

Harga Bidai Tingkap

Sebab banyak pulak jenis bidai @ window blinds maka aku pun mula lah aku rambang mata. Jenis bidai apakah yang aku nak beli? Roller blind, vertical blinds, bidai buluh, venetian blinds atau roman blinds?

Fikir punya fikir. Aku tak minat yang jenis tutup terus. Sebab bila roll nanti orang boleh nampak kita kat dalam. Kena letak plastik window protector gelap kalau macam tu.

Roman blind tu sweet. Tapi kalau tak roll cahaya pulak tak masuk. Bergelap pulak rumah. Pening jugak ni.

Last2 aku beli roller blind zebra design. Roller blind yang design zebra ni selang seli ada line telap cahaya @ transparent yang boleh masuk cahaya.

Bidai TIngkap

Siang kita boleh roll supaya bidai jadi selang seli macam ni. Malam boleh roll supaya bidai tutup semua. Best ke best?

Bidai Tingkap

Harga bidai tingkap? Kalau tempah kat kedai specialised bidai ni lebih RM400++ untuk tingkap biasa dua panel.

Mahal sebab dia kira harga ikut measurement tingkap. Aku nak letak bidai kat 2 tingkap area ruang tamu, 1 tingkap bilik Izzah dan 1 tingkap master bedroom.

Tingkap kat ruang tamu @ SOHO @ ruang kerja aku setiap satu 2 panel. Bilik aku tingkap saiz 2 panel biasa+ 2 panel kecik. Bilik Izzah tingkap 3 panel. Pergh. Kalau beli kat kedai specialised bidai tu mahu cecah beribu2 ringgit…uhukks!

Bidai Tingkap

Nasib baik kat Tesco ada gerai jual bidai ready made saiz tingkap biasa, saiz besar dan saiz kecik. Aku beli yang ready made kos semua dalam RM600+ only. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Bidai Tingkap

Memang nampak kemas dan sweet sangat bila pasang bidai ni. Kalau ada rezeki beli rumah banglo besar kan. Aku nak pasang bidai seluruh rumah. Angan2 dulu..hehehee.

 

5 Comments

  • Kalau malam cahaya dr luar masuk tak? Atau dia akan blackout terus? Dan kalau tutup blinds tu org luar boleh nampak tak aktiviti kita kat dalam rumah? Tkasih pn

    • malam tu depends la.. kalau tutup semua tak masuk la.. kalau roll sikit ada lah cahaya lampu jalan masuk.. so tak lah gelap gelita…. dah tutup tak nampak lah dari luar benda yg dalam rumah tu.. fungsi sama je macam langsir kain tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *