Pernah dengar pasal DARC? Kalau duduk sekitar Shah Alam dan Denai Alam mesti pernah dengar dan pernah jejakkan kaki ke DARC.
I first time tahu pasal DARC ni masa sambutan birthday Sara anak Farah Sarakids. Tu first time lah pergi DARC. Kalau tak memang tak tahu tempat ekslusif DARC nih he..he
DARC adalah singkatan kepada Denai Alam Recreation Center.
Sebenarnya DARC kat Denai Alam ni adalah pusat rekreasi keluarga. Kat DARC macam-macam aktiviti boleh dibuat. Of course ada bayaran lah.
Tapi kalau jadi member (RM180 setahun untuk satu keluarga), boleh dapat half price harga untuk aktiviti macam kelas menunggang kuda, kelas memanah dan dapatkan perkhidmatan urutan di spa DARC.
Kami pernah dua kali ke Denai Alam Recreation Center ni. Tapi bukan sebagai ahli – hanya sebagai tetamu.
Walaupun sekejap je, sempat juga melawat kandang kuda.
Semua kuda-kuda di DARC ni ada nama masing-masing macam Win, Teguh, Tetap, Anugrah, Smiley, Siti Mas malah nama kuda Zideane pun ada…he..he
Masa first time pergi DARC, Izzah pakai kostum koboi merah.
Gaya je lebih.
Masa nak naik kuda menjerit-jerit..ha..ha
Apa kes koboi takut kuda pulak kan..he…he
Kat DARC ni ada satu restoran nasi Padang. Uniknya sebab konsep restaurant DARC ni makan sambil beramal.
So, tak ada harga ditetapkan untuk makanan yang kita makan. Terpulang pada kita nak bayar berapa. Duit tu akan didermakan pada anak yatim.
Kali kedua pergi DARC pun Izzah takat posing depan kuda.
Suruh naik confirm tak nak punya..he..he
x penah pergi dan xtau area mana DARC tu. tapi mcm menarik je utk xtvt hujung minggu. masuk situ percuma ke?
faisya, masuk percuma je.. kalau nak join aktiviti kena bayar 😉
ala,..untuk ahli je ye kak?
nia, terbuka untuk public.. kalau bukan ahli kena bayar mahal la sikit kalau nak belajar naik kuda dan memanah tu… kalau ahli half price rasanya 😀
berapa price untuk bukan ahli ye? teringin.
How to join member darc