Dangerous Play | Kenapa Aku Biarkan Sahaja Anak Aku Panjat Tangga & Grill Tingkap?

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Omak ni giler kot. Tak sayang anak sanggup biar anak main bahaya. Memanjat tu kan bahaya. Boleh jatuh dan cedera!

Aku senang tutup telinga je kalau ko cakap macam tu. Typical helicopter parent mah. Hehe!

Oh! Aku ada tulis tentang Kenapa Dangerous Play Sangat Penting Untuk Anak Yang Sedang Membesar. Mesti baca tau.

Anak Memanjat Tingkap

Anak aku memang suka memanjat. Sejak mereka pandai berjalan sendiri sudah terer memanjat. Panjat kerusi. Panjat meja. Panjat tangga babah dia. Panjat grill tingkap. Panjat badan aku. Panjat grill kat swimming pool!

Anak Memanjat Tingkap

Segala benda yang boleh dipanjat, anak aku akan panjat. Kecuali panjat pokok je tak pernah. Kesian. Hehe!

Anak Memanjat Tingkap

Aku dulu masa kecik panjat pokok lah aktiviti yang paling best dan kerap sekali dibuat. Syok weh panjat pokok. Especially pokok besar yang berdahan macam pokok rambutan dan pokok jambu.

Feeling lepas panjat dan duduk berjuntai kaki atas dahan pokok tu sangat heaven rasanya. Hehehe!

Kat rumah aku ni tak ada pokok besar dan tak ada tangga rumah sebab rumah single storey. So…. untuk menggalakkan perkembangan motor kasar anak-anak maka aku biarkan saja mereka memanjat benda lain yang boleh dipanjat.

Anak Memanjat Tingkap

Anak-anak aku masa kecil (2-3 tahun) memang suka panjat badan aku semasa aku berdiri. Omak pasrah badan menggantikan pokok. Hak hak hak!

Anak Memanjat Tingkap

Risky play sangat membantu mengimbangi emosi kanak-kanak. Mereka belajar mengawal ketakutan, mengatasi rasa takut itu dan membina keyakinan diri.

Aku bagi kebebasan untuk anak-anak aku bermain dengan cara mereka sendiri. Tapi tetap under supervision jarak jauh punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *