Bismillah. Cikros di sini.
11-12 Januari 2018 hari tu, suhu sejuk luar biasa melanda Malaysia. Siapa tak perasan suhu sejuk melampau tu? Confirm kulit buaya lah tu. Wa haha!
Aku rasa kat tempat tinggal aku suhu sejuk boleh rasa dalam 5 hari macam tu. Sejuk bukan sejuk biasa semasa hujan tu tau. Tapi rasa sejuk sampai ke tulang. Sejuk gilerrrr.
Siang tak payah pasang kipas pun sejuk teramat. Siap kena pakai baju tebal dan stokin tau. Tu duduk dalam rumah je. Kalau keluar rumah kena pakai winter clothing siap mitten dan muffler kot. Hehe!
Malam pulak kena pakai baju tebal 2 lapis. Aku siap pakai sweater bulu biri-biri yang beli masa kat Guanzhou beberapa tahun lepas. Macam kat oversea pulak rasanya. Omak over. Mih mih!
Berapa Suhu Sejuk Malaysia?
Kebanyakan negeri mencatatkan suhu sejuk sekitar 21 darjah Celcius. Ada juga negeri yang cecah 19 darjah Celcius terutama negeri di utara Malaysia.
Kat tempat aku ni masa time gigil sejuk sampai ke tulang tu, suhu sejuk baru 23 darjah Celcius je pun.
Ingatkan dah cecah belas. Omak memang tak tahan sejuk. Sebab tu tak sambung belajar kat oversea. Wa haha!
Kenapa Suhu Sejuk di Malaysia?
Cuaca sejuk sekitar 21 darjah Celsius yang melanda negara ketika ini adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia.
Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, berkata cuaca sejuk seperti ini akan berlarutan dua tiga hari lagi dengan kawasan di Johor dan Sarawak akan berlaku hujan lebat.
Beliau berkata, keadaan hujan dan berawan dan cuaca sejuk yang berlaku sekarang juga disebabkan sebahagiannya ditokok tambah oleh fenomena ‘Madden-Julian Oscillation (MJO)‘ atau Ayunan Madden-Julian.
“Fenomena MJO adalah sebahagian keragaman iklim dalam musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20/60 hari,” katanya kepada BH hari ini.
Beliau berkata, tiupan udara tekanan tinggi Siberia-Mongolia juga ada kaitannya dengan fenomena yang menyebabkan berlakunya “bom siklon “yang menyebabkan cuaca sejuk di timur Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sehingga mencatat suhu bawah paras beku.
Beliau menjelaskan selain angin sejuk kebiasaannya pergerakan angin monsun timur laut membawa bersama hujan lebat ke kawasan pantai Semenanjung seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, sekali gus mengakibatkan banjir.
Suhu Sejuk Paling Rendah 15.7 Darjah Celcius
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari, berkata cuaca sejuk seperti ini adalah perkara biasa ketika musim monsun timur laut dari November hingga hujung bulan ini dan pernah berlaku pada 2014.
Katanya, pada 2014, cuaca paling rendah dicatatkan di Kuala Krai, Kelantan dengan suhu turun hingga 15.7 darjah Celsius susulan kesan tiupan angin timur laut.
“Suhu akan turun lebih rendah pada waktu tengah malam dan awal pagi sehingga mencecah 20 darjah Celsius,” katanya.
Info: Kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:
3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C
4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C.