Bismillah. Aloe!
Hari ni aku nak review lampin kain moden @ cloth diaper jenama Charlie Banana.
Aku guna CD Charlie Banana ni sejak Irfan umur satu tahun — awal tahun 2014. Sebelum tu aku dah malas nak terjebak dengan cloth diaper. Semua cloth diaper Izzah dah selamat dijual.
Tapi fikiran aku berubah selepas Irfan boleh berjalan. Rasa macam tak fair pulak Irfan tak ada gambar ber-cloth diaper. Mesti comel terkedek-kedek bontot tembam pakai lampin kain moden tu. Giler punya alasan ekeke. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Aku pilih Charlie Banana sebab aku suka kualiti swim diaper jenama Charlie Banana yg aku beli masa Irfan 3 bulan.Kain sangat soft dan jahitan sangat kemas.
Mula2 aku beli 4 ketul lampin kain Charlie Banana untuk cuba try test. Pastu rasa memang sangat best. So aku beli lagi.
Masa tu kurang pilihan corak untuk boys so aku beli je cloth diaper Charlie Banana yang kaler pink. Pink pun cantik apa even on boys kannnn.
Tak lama lepas tu aku beli lagi one box of 6 cloth diaper limited edition yang bercorak celoreng. Memang awesome sangat aku rasa lampin kain Charlie Banana ni. [wp-svg-icons icon=”heart” wrap=”i”]
Jumlah lampin kain Charlie Banana dalam koleksi aku = 12 cloth diaper.
Cloth Diaper Charlie Banana – 4 Bintang [wp-svg-icons icon=”star” wrap=”i”] [wp-svg-icons icon=”star” wrap=”i”] [wp-svg-icons icon=”star” wrap=”i”] [wp-svg-icons icon=”star” wrap=”i”]
Charlie Banana ni adalah sistem diaper jenis hybrid. Korang boleh masukkan insert dalam pocket macam pocket diaper + boleh juga letak disposable liner @ alas pakai buang.
Kelebihan Cloth Diaper Charlie Banana
- Microfleece lining Charlie Banana tu sangat lembut dan gebu! Rasanya lapisan fleece Charlie Banana ni yang paling soft aku pernah jumpa.
- One size boleh guna dari newborn hingga toddler. Saiz cloth diaper mudah diubah-suai melalui getah elastik pada leg opening yang tersembunyi dalam lapisan fleece. Getah elastik tu macam bra strap dan boleh adjust dari saiz XS-XL.
- Lubang poket Charlie Banana berada di bahagian depan jadi bahagian belakang bergetah tu diselaputi fabrik fleece yang lembut so tak menyebabkan kesan merah @ red marks
- Susunan butang snap Charlie Banana secara crossover sangat memudahkan adjust sizing pada perut baby
- Design yang sangat kemas memastikan tiada PUL terkena direct pada kulit bayi
Kekurangan Cloth Diaper Charlie Banana
- Boleh menjadi bulky jika dimasukkan dua inserts microfiber — boleh diatasi dengan menggunakan insert microfiber Charlie Banana bersama insert yang nipis seperti zorb atau hemp
- Tidak sesuai sebagai night diaper
- Harga sangat mahal & tak banyak penjual Charlie Banana di Malaysia
Aku beli 12 ketul Charlie Banana pada tahun 2014 dan pernah gunakan secara part time pada Irfan. Semuanya masih dalam keadaaan sangat baik. So sekarang cloth diaper Charlie Banana ni aku gunakan pada Irdina pula sebagai diaper siang hari @ day diaper.
Setiap cloth diaper Charlie Banana ni diberikan 2 saiz microfiber inserts (M & L). Untuk Irdina, aku gunakan microfiber insert saiz M dan double dengan insert Zorb. Aku letak Zorb di atas microfiber. So far boleh tahan hingga 3 – 4 jam.
Awas! Korang kena extra careful kalau guna cloth diaper Charlie Banana untuk baby yang masih ekslusif menyusu badan. Bab kencing no problem. Tapi bab berak baby tu OMG sikit ekekee. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Najis @ poop baby yg hanya menyusu badan kan sangat cair @ runny so boleh berlaku poop tsunami jika dia berak banyak ketika baring. Najis cair boleh meleleh keluar samada dari leg opening atau bahagian belakang.
Aku rasa ni biasalah berlaku. Even kalau pakai lampin pakai buang @ disposable pun poop boleh meleleh jugak. Especially jika peha baby tu slim.
So kena make sure saiz leg opening tu adjust betul2 ikut peha baby. Aku hanya pernah 2 kali je kena “poop tsunami” ni semasa guna Charlie Banana dengan Irdina.
Irdina sekarang dah makan semi-solid food so najis pun dah jadi semi solid. No more problem hehehe [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Lampin kain moden Charlie Banana aku ni sudah bertahan selama lebih dari 2 tahun. So far microfleece lining masih lagi dalam keadaan baik. Aku rasa faktor2 berikut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti cloth diaper yang digunakan:
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Jenis sabun cloth diaper yang digunakan
- Method simpan used cloth diaper sebelum basuh — dry pail @ wet pail
- Tempoh peram used cloth diaper sebelum basuh — 1 hari, 2 hari, 3 hari, 4 hari etc
- Cara sidai cloth diaper di ampaian *tunggu aku story!*
HARGA/ASAL/JENIS CD/JENIS FABRIK
- Harga = mahal RM95++
— masa aku beli dulu in 2014 hrg RM65; now ringgit jatuh so harga jadi sgt mahal - Origin = imported
- Jenis cloth diaper = pocket/AI2/hybrid
- Jenis fabrik outer cover = PUL
DIAPER PUL/LAPISAN LUAR
- Ketebalan PUL = nipis
- Gusseted cover = tidak
- Pilihan corak outer cover/PUL = cantik & unik
- Pilihan penutup = butang disusun secara crossover
- Cover boleh guna beberapa kali sebelum basuh = tidak
DIAPER LINING/LAPISAN DALAM
- Lebar crotch = sederhana
- Inner lining = microfleece sangat lembut & gebu
- Gusseted lining = tidak
- Mudah tanggal kesan kotor/poop stain = ya
- Mudah kering = cepat
JENIS INSERTS
- Jenis inserts = microfiber (M & L)
- Mudah kering = sederhana
DIAPER SIZING
- Snuggness/overall fit = sederhana
- Adjustable leg opening = ya
- Flexible sizing = ya
- Boleh tambah extra inserts = ya
- Waktu kegunaan = siang
- Tempoh guna sebelum penuh = 3 jam
PENJUAL CLOTH DIAPER CHARLIE BANANA ONLINE
Nota: Jika ada lain2 penjual cloth diaper Charlie Banana online di Malaysia ni sila komen jika nak aku masukkan dalam list penjual.