Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Ada orang selama hidup dia 30 tahun tak pernah langsung rasa makan mooncake. Ada yang mengidam masa pregnant nak makan mooncake tapi tak kesampaian sebab tak jumpa mooncake halal. Kesian baby lahir meleleh air liur. Eh!
Mooncake halal kat Malaysia ni banyak tau. Kedai bakery pun ada jual mooncake halal.
Sekarang pun ramai orang Melayu yang buat mooncake muslim halal. Siap boleh beli online dan pos lagi. Omak super like!
Aku nak buat satu lagi review penjual kuih bulan Melayu halal juga dari Terengganu. Hebat orang Ganu ni. Pandai buat mooncake halal yang sedap. Boleh beli online dan pos jugak. Best!
Victory Yaya Mooncake – Kuih Bulan Melayu Muslim Halal
Victory Yaya Mooncake. Pernah dengar tak? Founder mooncake Melayu muslim halal ni seorang wanita OKU yang sangat hebat. Siap ada kilang buat mooncake halal tau!
Kuih bulan halal Victory Yaya ni memang laku keras. Beribu-ribu mooncake halal dijual sebulan. Permintaan bukan sahaja dari orang Melayu tapi juga dari orang Cina.
Mualaf Cina ramai yang beli mooncake halal Victory Yaya untuk dimakan bersama keluarga mereka.
Nak beli pun tak perlu pre-order. Sebab banyak ready stock. Pilihan perisa pun pelbagai. Macam-macam warna pulak tu.
Kilang Victory Yaya Mooncake terketak di lot rumah kedai bersebelahan Petronas Bukit Kuang di Bukit Kuang, Kemaman Terengganu. Sesiapa yang duduk Kemaman tu untung lah. Sebab boleh terjah Victory Yaya Mooncake anytime.
Perisa Kuih Bulan Victory Yaya Mooncake
Victory Yaya ni ready stock dia hanya yang bersaiz 150 gm. Harga mooncake Victory Yaya ni murah sangat. Separuh harga dari harga pasaran (RM10-RM12 sebiji).
Antara jenis perisa kuih bulan Victory Yaya ialah:
- Simple Red Bean Paste
- Oreo Mooncakes
- Mix Fruit Mooncakes
- Chocolate Raisin Mooncakes
- Hazelnut With Almonds Mooncakes
- Double Eggyolk Japanese Red Bean Mooncakes
- Double Eggyolk Mung Bean Mooncakes
Kuih bulan Victory Yaya ni tak perlu tunggu musim perayaan mooncake untuk merasa. Sebab Victory Yaya beroperasi sepanjang tahun. Omak super like!
Nak beli mooncake Melayu muslim halal secara online? Terjah saja FB Victory Yaya untuk tengok gambar mooncake halal yang mengecurkan air liur tu. Nak order? Ambik phone dan terus whatsapp team Victory Yaya.
Facebook Victory Yaya Mooncakes
Whatsapp ==> 019-593 0577
Jangan risau mooncake halal Victory Yaya insyaallah tak akan pecah masa pos. Sebab pembungkusan mooncake adalah menggunakan bekas plastik kedap udara yang boleh diguna semula oleh pembeli.
Update 17/11/2017
Aku ada order halal mooncake dari Victory Yaya untuk dirasai. Mana boleh tahan kan. Mesti mau rasa kuih bulan viral ni jugak. Hehe!
So aku beli perisa kuih bulan halal Victory Yaya yang berikut:
- Simple Red Bean
- Double Yolk Japanese Red Bean
- Mix Fruit Mooncake
- Hazelnut Almond
Teruja sangat bila sampai mooncake halal tu dalam bekas plastik kedap udara. Anak-anak pun tak sabar nak ngap. Hehe!
Tapi aku agak kecewa sebab rasa kuih bulan ni tak seperti yang di viralkan. Tak memenuhi jangkaan aku. Huhu!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kulit kuih bulan halal Victory Yaya ni agak lembik @ soggy @ sangat berminyak. Especially yang Double Yolk Japanese Red Bean tu. Terlalu lembik hingga hampir berubah bentuk. Bunga pun dah hilang seri.
Sorry to say, kuih bulan ni tak fresh dan tak dapat diterima oleh lidah aku. Anak-anak pun tak nak. Huhu!

Paste kuih bulan ni iaitu perisa Simple Red Bean dan Hazelnut Almond, tasted ordinary. Tapi still boleh makan lah.
Kuih bulan Mix Fruit nampak exotic tapi too sweet. Bercinta aku nak habiskan makan kuih bulan Mix Fruit ni. Anak-anak aku pun tak nak makan. Mereka kata rasa pelik. Huhu!
Aku rasa maybe aku not lucky dapat stok lama agaknya. Maklumlah pengeluaran banyak sekaligus. Mesti nak clearkan stok lama dulu. Sebab tu aku dapat yang tak fresh.
Maybe kalau beli direct dekat kedai akan dapat yang fresh. So ni kira first and last lah aku beli kuih bulan ni. Tak ada rezeki aku this time.