Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Aku nak review lagi satu penjual kuih bulan Melayu halal yang juga boleh dibeli secara online & dipos terus ke rumah korang iaitu Aihana Mooncakes.
Aihana Mooncakes – Kuih Bulan Melayu Muslim Halal
Aihana Mooncakes ini beroperasi secara online dari Sungai Petani, Kedah. Orang Kedah pun pandai buat mooncakes naaaa. Hehe!
Dulu Aihana Mooncakes ni dikenali sebagai Oishi Keiki Mooncakes. Packaging Aihana Mooncakes memang sangat cantik. Nampak ekslusif dan premium.
Nak beli kuih bulan Melayu halal dari Aihana ni kena pre-order dulu lah ye. Mereka akan prepare mooncake halal yang fresh untuk korang.
Perisa Kuih Bulan Aihana Mooncakes
Aku suka Aihana Mooncakes ni sebab kebanyakan perisa dia ada seeds. Omak super like!
Oh! Aihana Mooncakes juga ada kuih bulan perisa DURIAN!! Omak super duper like!
Aku memang dah lama “mengidam” nak makan mooncake halal perisa durian. Rezeki perut buncit omak ini kali lah. Heheh!
Aihana Mooncake ada 3 saiz:
- Mini – No yolk (RM40 for a box of 6 pieces)
- Large – No yolk (RM13/pc) / Single yolk (RM16/pc)
- Extra Large – No yolk (RM20/pc) / Double yolks (RM22/pc)
Boleh pilih perisa kuih bulan yang korang suka!! Tu ada perisa durian. Yummeh!
- Nutty Red Bean
- Durian
- Portugese Custard
- Pandan Jade
- White Lotus
- Red Dates
- Honey Honeydew
- Mango Tango
- Honey Longan
Aku tengok pilihan perisa kuih bulan Aihana ni sangat unik dan berbeza dari penjual mooncakes Melayu yang lain. Mesti cuba itu Portugese Custard, Red Dates, Honey Honeydew, Mango Tango dan Honey Longan!
Aku dah order set mini mooncakes tu yang ada ready stock. Dah sampai dan dah ngap nanti aku update. Kalau best aku nak order saiz besar pulak. Hehe!
Update 17/11/2017
Horeh!! Aihana Mooncakes halal aku dah sampai semalam. Dah selamat kena ngap pun!
Ya Allah! Rasa kuih bulan halal Aihana ni semua sedap!! Kulit mooncake fresh tak berminyak dan tak soggy. Paste mooncake pula tak muak dan tak manis langsung. Sedap sedap sedappppp!
Tau tak? Setengah mooncake lain guna paste pukal yang jual kat kedai bakery so rasa paste tu memang sangat manis dan cepat muak.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi Aihana Mooncakes ni aku rasa paste dia sendiri buat @ homemade. Sebab tu even paste kacang merah dia pun warna dan rasa berbeza dari mooncake lain. Sangat kaya dengan aroma dan rasa!

Terpejam mata aku sambil makan tau. Sebab rasanya sangat yummeh dan berlainan dari mooncake lain yang pernah aku makan. Hehe!

Aku beli set 6 mini mooncakes tu. Sini aku senaraikan perisa yang aku paling suka bermula dengan nombor 1.
- Portugese Custard (sedap giler lah perisa ni heheh)
- Nutty Red Bean
- Durian
- Mango Tango
- Pandan Jade
- White Lotus

Aku suka Aihana Mooncakes ni sebab kesemua mooncakes dia ada biji bunga matahari @ kuaci dan perisa yang sangat sedap. Memang kena pre-order kuih bulan Aihana saiz besar punya ni. Hehe!

Nak beli mooncake Melayu muslim halal secara online? Terjah saja FB Aihana Mooncakes untuk tengok gambar mooncake halal yang mengecurkan air liur tu.
Facebook Aihana Mooncakes
Whatsapp ==> 019-444 5007
Nak order? Ambik phone dan terus whatsapp team Aihana untuk dapatkan mooncakes fresh! Tunggu apa lagi? Whatsapp depa lah!
Jangan risau mooncakes Aihana ni tak kan pecah masa pos. Sebab depa guna bekas plastik untuk letak mooncake untuk pos.
[infobox maintitle=”Cikros Review Percuma!” subtitle=”” bg=”red” color=”black” opacity=”off” space=”30″ link=”no link”]
Nota: Review oleh Cikros ini tidak berbayar = percuma, dibuat ikhlas dari hati untuk mempromosi secara percuma produk keluaran founder tempatan yang saya rasa unik, menarik, berkualiti, berkesan, berguna atau sedap.
Jika korang founder produk yang ada ciri-ciri yang saya nak tu boleh SMS/Whatsapp saya 016-888 6740. First come first served. Harap jangan push saya buat review cepat sebab ini adalah percuma yang dibuat jika saya suka dan bila saya ada masa sahaja.
Biasanya saya akan utamakan review produk yang pernah saya cuba sendiri. Pemberian sampel percuma atau hadiah produk untuk saya cuba sangat dialu-alukan.
Maaf saya tak buat review untuk produk MLM atau produk yang berunsur seks / batin.
Ya Allah, semoga dengan sedekah ini Kau berikan manfaat kepada penerimanya. Bahagiakanlah mereka. Murahkan rezeki mereka. Semoga dengan sedekah ini, Kau ampunkan dosa-dosaku dan jauhkan aku dari kesempitan hidup. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan urusanku dan memberi kekayaan dunia dan akhirat kepadaku. Amin, ya Allah ya Mujib.
tak pernah rasa kuih bulan.apalah rasanya ye..