Ampun cikgu-cikgu sekalian alam! Bukan nak mengata cikgu ni okeh *peace no war*
Kawan me ada seorang anak berumur 4 tahun. Sebab dia dah 4 tahun maka mak dia ingat nak masukkan dia belajar kelas tadika. Oh.. kawan me memang buta home-school okeh. Perkataan home-school pun dia tak pernah dengar ..ahaks! So, jangan duk perli-perli cakap dia buang duit hantar sekolah sebab anak kecik ke apa. Itu dia punya suker lor.
Sebab dia nak yang terbaik untuk anaknya *macam biasa dengar je ungkapan ni tapi di mana ya…ha..ha*, dia pun register anak dia kat Q-Dees. Q-Dees ni me rasa tadika mahal la kot (anak me belum sekolah so tak berapa nak ambil tau).
Cikgu tadika kata sebab anak baru 4 tahun, kemungkinan untuk anak TAK NAK pergi sekolah adalah 90%!! Fuyoooh… sangat tinggi sekali tahap ‘kemalasan‘ budak umur 4 tahun ye? *Ye la.. kecik lagi dah paksa pergi sekolah.. kalau i jadi budak pun mesti tak nak lor…ha..ha*
So, cikgu tadika Q-dees bagi tempoh percubaan. My friend cuma kena bayar registration fee je dulu sebab nak tengok anak dia nak sekolah ke tidak. Kira macam trial class la.
Malam sebelum hari pertama sekolah, anak ni memang excited nak pergi sekolah. Seronok mak dia tengok.
Tapi, pagi first day tu.. sampai kat depan sekolah, anak dia tak mau masuk kelas. Dekat sejam berdiri depan pagar.
Anak: Jom, mama balik!
Mak: Eh.. adik kan nak sekolah.
Anak: Adik rasa tak best la pergi sekolah!! *Belum masuk kelas dah cakap tak best.. bijak…bijak!*
Tapi bila cikgu datang jemput masuk, si anak pun masuk lah. Mak dia pun masuk belajar sekali he..he..he
Dekat white board, cikgu ada lekat gambar binatang.. ada gajah.. ada ikan. So, cikgu pun tanya anak bijak ni;
Cikgu: What animal is this? Ini binatang apa?
Anak: *Diam dan cuma pandang muka cikgu tak berkelip-kelip*
Cikgu: It’s ok kalau tak tahu.. *dan terus tanya soalan sama kat murid lain*
Anak: Apa la cikgu ni.. itu kan ELEPHANT.. yang tu pulak FISH.. takkan tu pun tak tau?
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Dalam hati anak bijak ni mesti dia kata “Cikgu ni BODOH la.. elephant dan fish pun tak kenal. Saya budak kecik pun tahu. Cikgu yang besar macam mak saya ni camana tak tahu pulak.. Ha..ha..ha!
Beberapa minit kemudian, anak bijak ni pun cakap kat mak dia.
Anak: Mama, jom balik!
Mak: Eh.. kenapa pulak.. kan cikgu tengah mengajar tu.
Anak: Adik SAKIT KEPALA la mama! *baru 4 tahun dah pandai kelentong sakit kepala…ha..ha..ha!*
Nota kaki: Anak bijak ni akhirnya cuma berjaya bersekolah selama setengah hari di tadika Q-Dees!
wehh…Danish pun dah sekolah dah, dah masuk 5 tahun kan. Kat Smart Reader Kids….dah sebulan lebih sekolah ni, baru sehari absence. Itupun sebab demam. Hari tu dia sebut balik apa yang teacher dia ajar..’A huge elephant’. Aku pun explainlah apa maksuh ayat tu..mung tahu dia cakap apa??? A huge elephant…huge macam mama lah! Toing! Hampeh betul anak aku ni…
zack, mung memang huge a mama..ha..ha..!! sesungguhnya anak kecil bila bercakap memang jujur sekali.. accept the truth okeh…*lariiiii* kah..kah..
budak-budak zaman sekarang, walaupun baru 4 tahun…mmg cerdik. anak saya (3+, will be 4 this May) pun saya hantar ke SR kids sbb nak bagi exposure….homeschool is great, cuma kekadang rasa cam tak sempat nak coach di rumah (alasan…haha).
anyways, Alhamdulillah…dia seronok pegi sekolah (the 1st 4 days je nangis, sekarang da tak sabar2 nak pegi stp hari)…i think the school, the teachers and also friends play a BIG role.it does’nt matter if the school is ‘branded’ or otherwise, whats most important is the kids have FUN, betul tak?
.-= syida´s last blog post..Bangun Pagi =-.
syida, a ah.. budak zaman sekarang terlebih DHA tu bijak semacam je.. betul-betul, kids can sense the environment.. kalau tak best dia tak kan nak pergi kan
ahaks.. apeda cikgu, itu pon tatau! 😛
home skool pon bagus, tapi kadang2 maknya tak larat layan.. camno tu?? hehe!
.-= QueeNin Murni´s last blog post..Semalam EL.. =-.
quenin, tu la pasal cikgu ni..he..he
Heeee…perangai budak2 sekarang. Anak2 Along, Along hantar pi SR start umur 5 tahun. Dah pandai sket la, bergaul, cakap ngan cikgu nak pi toilet (penting!!)…4 tahun tu, dia tau nak tengok TV je, nak tido, makan…soh buat keje mesti macam2 alasan…pening kepala..hehehe.
.-= Along´s last blog post..How I Spent Federel Day =-.
along, 4 tahun cuma ingat nak main je tu kot..he..he
my dd bila sampai kt dpn pintu pagar hari2 nangis..tp bila x nampak kete i,dia dgn happynya main dgn kengkwn dia, terus lupa umi dia..buleh?
.-= Nur´s last blog post..Kemangkatan Sultan Johor… =-.
nur, your dd tu berlakon je tu… manja mama… sama dgn anak i.. bila tak nampak i boleh main happy-happy.. nampak je i mula nangis2 nak dukung
huhuhu.. jadi cikgu tadika pun sangat mencabar skrg nih kan
budak2 skrg kecik2 dah IT savvy.. bila gi skolah, cikgu still pakai kertas tampal2 kat papan itam.. tu yg budak bijak sakit kepala tu. hehe
.-= h4ni3´s last blog post..Run Forrest, Run =-.
hanie, zaman teknologi canggih ni budak pun ikut sama canggih!
adeh…sabar je la 😛
.-= Nadiah Sidek´s last blog post..Hobi terbaru Safiyyah =-.
nadiah, mak dia yang ter’malu’ sekejap..ha..ha
hahahahaha..mmg jadik teacher preschool ni amat mencabar!
munira, kena cool banyak-banyak deal dgn budak kecik macam ni kan.
terlebih DHA…hahahah
dila, ya betul!
hahaha.. lawakss…
anak2 zaman sekrg ni macam2.. 🙂
.-= laila´s last blog post..Tentang adik damia =-.
laila, mencabar sungguh!
hmm,btul la littlemama..budak2 skrg mcm terlebih cerdik plus mmg jujur2 ya amat…;).cikgu mcm saya ni, dan mmg ajar plak budak2 drjh 2-3..mmg kkdg perlu ngadap certain budak yg mcm ni..;)
teringat saye ade ritu budak darjah 2 datang pd saya,dan cakap..’cikgu,cikgu..kereta cikgu tak lawa la..lawa lagi kereta daddy..’..jujur.hehe
ape reaksi saye?senyum ajala n kata..’hmm,itula..mmg tak lawa pun, cikgu pun rasa nak tukar kereta je..’..hehheehe..sabar ajela…
.-= diyana´s last blog post..Sekolah la yang hebat, aku tak.. =-.
diyana, betul tu.. budak kecik mana pandai bohong.. dia cakap straight to the ampang point je..he..he
as a pre-skool teacher, i pun ade xperience ngan ‘budak2 bijak’ ni.. hihi.. try sebut ‘orang utan’ in english, sure ade slang sket kan.. so i pun mcm biase la sebut “oreeenggutennnng” pastu ade this 5yr old chinese boy ckp “where got orengg utennn.. it’s o-ranggg ooootan!” dia pi sebut yg BMnye sebutan clear2 lagi!!
.-= syigim´s last blog post..Sharjah Aquarium & Qanat Al-Qasbah =-.
syiqim, tu la cikgu.. pesal gi sebut slang london camtu..he..he
Selamat semua.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Terima kasih.
Aik!! ada iklan emas jongkong plak sekejap… budak2 skang memang akal panjang… Nasib Ebby belum pandai ckp… kalau x mcm mana nak menjawab soalan2 cepu emas dia nnt… kena prepare FQA dr sekarang utk Ebby ni…
Cikgu2 zaman skang ni kena consider guna projector la… br bebudak ni rasa kagum nak g sek… guna gadget2 yg boleh buat diaorang having fun… sbb fun learning lagi senang buat diaorang ingat.. aktiviti menyanyi tu wajib ada kan… br seronok..
.-= AdD´s last blog post..Rindu yg membuak buak….. =-.
adD, tu la.. bagi chance orang nak jual jongkong emas.. kot dah kaya dia nak bagi i komisen ke..he..he
a ha.. budak sekarang mudah bosan.. cikgu kena terer mengambil perhatian diaorang ni
mcm mana plak kalau anak melalak2 nangis tak nak g sekolah. mcm2 alasan dia bagi. apa nak buat. pening….