I dan famili memang jarang makan luar kat restoran atau gerai pada waktu malam atau hujung minggu. Sebabnya I biasanya akan masak walaupun simple sahaja masakan tu.
Janji makanan ialah home-cooked meal. Jimat pun jimat!
Dalam dua minggu lepas, Restoran Mohd Chan Abdullah ada buka satu cawangan baru di Klang Sentral. Restoran Mohd Chan Abdullah ni ialah restoran makanan Cina muslim.
Sebab I suka chinese food so mesti nak cuba makan kat Restoran Mohd Chan Abdullah ni kan.
Ramai sungguh orang Melayu kita yang makan kat restoran Cina muslim ni.
Macam-macam masakan Cina boleh didapati di Restoran Mohd Chan Abdullah ni. Sesiapa yang rasa nak makan masakan Cina yang halal bolehlah terjah Restoran Mohd Chan Abdullah ni. Rasanya banyak tempat ada cawangan restoran Cina muslim ni.
I makan Nasi Roasted Itik. Rasanya dah lama sangat tak rasa makan itik ni..he.he
Dulu masa kecik selalu juga makan itik sebab nenek ada bela banyak itik. Itik kampung macam ayam kampung jugak – daging liat!
Tapi Nasi Roasted Itik Restoran Mohd Chan Abdullah ni daging dia lembut je (itik bandar la tu ye).
Rasanya tak ada beza pun macam rasa nasi ayam. So, sebab rasa nasi itik ni biasa je next time kalau datang Restoran Mohd Chan Abdullah tak mungkin I order lagi.
Banyak makanan Cina lain yang boleh cuba. Pilihan mee pun banyak!
Oh.. pau BBQ Restoran Mohd Chan Abdullah pun agak sedap juga. Cuba lah!
dekat rumah ni ada satu restoran ni, dekat bukit sentosa
mmg ramai org makan
tapi belum pernah singgah lagi
sebab tak suke sgt masakan cina
sebab suke pedas
tapi mesti cuba kan. hehe
sy baru mkn dgn my in-laws mg lps. kami pergi cawangan kat Kelana Jaya ni je sbb paling dekat dgn rumah. kami order nasi putih dgn lauk2 sbb masa tu mkn mlm. boleh tahan jugak tomyam, ikan kukus dgn kangkung belacan.
yang, i pun pernah mkn skali kat sini ..rasanya dah nak dekat sebulan jugak dia bukak yang .. orang punyalah ramai masya allah .. tak pernah tak penuh setiap kali i jalaan kat situ .. giler btol seiii…
masa gi tuh i sempat borak ngan staff dia .. u tau dia kata apa? at least 1000 orang dtg setiap hari kat situ ..standard busuk punya meal satu family is around RM30.. memang murah betul rezeki mohammad chan tuh .. syukur sgt kan ..?
staff dia sempat cakap lah, mmmg penat sebab non stop kerja pagi ke malam .. i lah kepoh2 tanya staff tuh sebab nampak dorang mmg kelam kabut nak penuhi permintaan ..
tahniah dan bangga juga dengan orang seagama kita maju macam tuh ..:) i wish i can be like that too..insya allah ..:)
huda pnh pg branch bangi..mmg consider sedap n murah tau makan kt situ. bukan apa, kalu tgk harga dier xder tax.. mmg kiter bayar harga makanan jer. semoga rezeki abdullah chan bertambah2..amin
bleh saya dapatkan alamat penuh restoran ini?