Cari Barang Hilang | Doa Mencari Barang Hilang Dalam Rumah & Lupa Barang Letak Di Mana

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Pernah tak tiba-tiba jadi pelupa. Nak cari sesuatu. Tapi lupa langsung benda tu kat mana. Omak nanges!

Aku pernah macam tu. Beberapa kali. Macam otak tak leh proses mana kita letak barang tu. Hilang macam tu je!

Bila cari barang tak jumpa letak mana. Mesti pening kepala. Terutama kalau barang tu sangat penting.

Macam kunci kereta. Pagi2 nak pergi kerja tiba-tiba kunci kereta hilang. Biasa ada gantung kat dinding. Pagi tu lesap. Huwaa!!

Omakgorg! Kelam-kabut cari. Berpeluh-peluh badan. Mekap pun cair meleleh. Hak hak hak!

Nasib baik ada spare keys. Nasib baik ingat kat mana simpan spare keys tu. Kalau dua-dua hilang. Matikkkkk!

Laling aku tu lah. Seribu kali dah kot lupa letak kunci kat mana. Kunci rumah yang segenggam pun boleh hilang.

Aku dulu pernah lupa letak satu buku ni kat mana. Cari merata tak jumpa. Sini tak ada. Situ pun tak nampak bayang.

Buku saiz A4 tu bukannya kecik macam buku nota 555. Sebesar alam saiz buku tu. Macam mana boleh hilang?

Actually bukan hilang pun. LUPA 100% kat mana letak je kan. Biasa memang macam tu.

Kalau hilang tercicir kat jalan tu lain cerita. Ni hilang dalam rumah. Main hide and seek pulak barang tu. Omak nyampah!

Kalau tiba-tiba kejadian barang hilang berlaku — cuba amalkan doa mencari barang hilang ni. Bacalah berulang-ulang kali. Insyaallah, pasti Allah berikan ilham dan petunjuk.

Doa Mencari Barang Hilang

Macam buku yang aku hilang tu. Geledah rak buku dalam bilik studi langsung tak ada. Geledah rak buku & meja kat ruang tamu pun nan hado!

Selepas amal doa mencari barang hilang ni tiba-tiba bangun pagi dapat ilham. Terlintas kabinet di dapur dalam fikiran.

Kabinet di dapur? Macam tak logik buku ada kat situ.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tapi bila cari yesssssssssss! Memang buku ni senyap je ada sembunyi kat situ.

Lempang muka sendiri. Suatu masa dahulu aku yang letak situ sebab buku tu tak muat letak dekat rak. Allahuakbar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *