Bismillah. Aloe!
Musim perayaan ni memang mudah kena sakit kan. Maklumlah travel jauh berjam2 balik kampung, bersesak-sesak masa beraya dan makan minum macam lupa dunia hehehe.
Anak bongsu aku, Irdina 7 bulan first time balik kampung masa raya hari tu. Yang best sebab dia yang paling kecik sekali antara semua sepupu2 dia so ada ramai sangat “baby-sitters” Irdina tu masa kat kampung.
Cousins Irdina semua dah besar2 umur belasan tahun. Yang dah kerja pun ada. Masing-masing dengan rela hati jaga Irdina masa aku nak mandi, makan dan rehat. Berebut2 nak pegang Irdina. Best ke best tu ekekeke. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Masa kat kampung tu aku mandikan Irdina air sejuk je. Biasa kalau kat rumah pagi-pagi kalau sejuk sangat aku bagi mandi air suam. Ni kat kampung tak kuasa aku nak rebus air bagai.
Mak malas sebab nak masuk toilet kena beratur. So bila toilet kosong kena cepat2 masuk. Lambat sikit je nanti kena queue panjang!
Sehari lepas balik ke rumah Irdina kena selsema. Meleleh hingus berwarna putih jernih. Dia pun macam tak larat dan meragam sikit.
Malam tu dia tidur tak lena. Badan rasa panas sikit. Kejap-kejap aku dengar dia bangun dan merengek. Kadang-kadang dia panggil maaaaaaaaa..maaaa!
Irdina ni dah established sleeping pattern dia. Biasanya setiap malam dia terjaga nak susu 1-2 kali sahaja. Kali ni berkali-kali dia bangun. Ada lebih 10 kali kot. Sampai aku pun rasa ting-tong kepala nak susukan dan tidurkan dia balik.
Baby bila hidung tersumbat akibat selsema memang tak boleh tidur lena lah. Jangan cakap baby. Aku sendiri pun kalau kena selsema tahap hidup berair meleleh tu pun tak boleh tidur. Baby lagi lah kan. Dah la tak reti nak hembus hingus sendiri.
Rawatan Stim & Tepukan Percussion
Masa Irfan dulu kalau kena batuk dan selsema ni aku biasa buat rawatan stim & tepukan percussion. Memang berkesan. Boleh buat sendiri kat rumah.
Aku pun keluarkan semula Avent Bottle Steam Sterilizer antik warisan dari Izzah tu. Punya la lama sterilizer ni bertahan since 2008 — dah lebih 8 tahun!
Plastik sterilizer tu pun dah makan diri jadi warna kuning. Tapi Avent Bottle Steam Sterilizer ni masih boleh berfungsi dengan baik. Harapnya boleh bertahan selama 2-3 tahun lagi. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Habbatus sauda & Rawatan Stim
Aku titiskan minyak habbatus sauda dalam air yang mendidih tu. Lepas tu get ready untuk stim-kan baby Irdina.
Seminit lepas kena wap stim tu mula lah Irdina meraung. Bagus!
Aku lagi suka baby menangis meraung masa buat rawatan stim ni sebab lagi mudah wap stim tu masuk ke dalam rongga mulut dan hidung dia. Lagi kuat lagi menangis lagi berkesan sebenarnya rawatan stim ni tau.
Tak boleh rasa kesian masa buat rawatan stim ni. Hati mak kena jadi batu untuk 15 minit sahaja. Lepas rawatan stim tu boleh transform balik jadi mak penyayang ekekeke.
Sebelum buat rawatan stim ni kalau tengok lelehan hingus yang keluar dari hidung Irdina tu macam cair sahaja. Tapi masa buat rawatan stim ni hingus yang keluar PEKAT LIKAT!!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Banyak pulak tu hingus tu keluar. Kalau timbang boleh cecah sekilo ni hehhe
Minyak Kelapa Dara & Selsema Bayi
Sebab Irdina baru 7 bulan so kalau pergi klinik bukannya boleh bagi ubat selsema kat baby pun. Aku nak share petua merawat selsema dan batuk berkahak pada bayi kecil especially umur 2 tahun ke bawah.
Minyak kelapa dara @ virgin coconut oil (VCO) dan madu lebah asli WAJIB ada dalam setiap rumah yang ada baby kecik!
Aku kalau baby kena selsema/batuk memang langsung tak akan bagi ubat selsema atau ubat batuk. Aku hanya akan bagi dia minum minyak kelapa dara @ VCO setiap hari sehingga sembuh. VCO ni memang bagus sebab antibakteria.
Aku sendiri pun kalau sakit tekak, batuk dan selsema memang akan telan bersudu2 VCO ni. Memang sangat melegakan dan berkesan.
Madu lebah asli tu jangan bagi pada baby bawah setahun pulak. Ada kegunaan lain madu lebah asli tu iaitu untuk buat Tampalan Madu @ Honey Wraps.
So ini petua untuk merawat atau menghilangkan selsema dan batuk berkahak pada bayi:
- Buat Rawatan Stim & Teknik Tepukan Percussion — sekali sehari selama 3 hari
- Bagi minyak kelapa dara @ VCO — satu sudu kecil setiap hari
- Letak Tampalan Madu @ Honey Wraps pada belakang bayi — setiap malam selama 3 malam
Selain tu kalau baby masih menyusu badan, maknya boleh makan Bee Propolis, Vitamin C dan minum Aloe Bits n Peaches.
Oh ya.. masa buat rawatan stim tu sila tutup kipas okei. Jika tak wap stim tu kena tiup angin so maybe tak kan betul2 kena pada muka baby. Ada yang cakap tak berkesan padahal buat sekejap pastu teknik tak betul. Biasa la tu.
Irdina dah on semi-solid food sejak umur 6 bulan so aku juga bagi dia minum Aloe Bits n Peaches tu. Aku campur sesudu dengan setengah cawan air. Suap air tu selepas dia habis makan.
Alhamdulillah.Lepas rawatan stim Irdina tidur sangat lena selama beberapa jam. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Selsema Irdina berkurang banyak selepas rawatan stim yang pertama. Masa aku buat rawatan stim kali kedua hingus hanya ada sikit je keluar. Tak banyak macam rawatan yang first tu.
Bangun tidur lepas rawatan stim — cergas!! Selepas 4 hari selsema baby dah baik. Alhamdulillah.