Cara Keluarkan Kahak Bayi | Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion

Anak saya yang bongsu, Irfan (7 bulan)… first time demam masa umur 6 bulan. Demam sebab baru pick up habit jilat-jilat lantai, masukkan segala benda yang boleh dipegang dan dicapai dalam mulut dan gigit-gigit benda.

Kuman lah tu.. so demam sikit. Tapi kejap je demam.. dalam setengah hari je pun. Berkat power nursing (menyusu dengan kerap) dan sejukkan badan dia dengan tuala basah. Alhamdulillah.. terus kebah.

Minggu lepas Izzah dan Irfan ada main kolam. Kecik je kolam yang dibeli oleh babahnya. Letak air pun paras buku lali Izzah je pun sebab nak bagi Irfan main sekali.

Irfan memang suka main air. Kalau time mandi dalam bath tub mesti ditepuk-tepuknya air sambil ketawa.

Mandi

Tapi silap sikit masa bagi dia mainan yang terapung dalam air. Dia cuba gigit mainan tu. Masuk air sikit kat hidung. Adeh.

Esoknya kena batuk dan selsema. Tak lah teruk sangat. Warna hingus (lendir @ mukus) pun putih jernih. Tak hijau. Tak kuning. So tak risau sangat.

Saya bagi Irfan VCO (Virgin Coconut Oil @ Minyak Kelapa Dara) setiap malam. Alhamdulillah… batuk sudah hilang.

Selsema masih ada dan hidungnya macam tersumbat. Irfan masih menyusu macam biasa so tak risau sangat.

Semalam dia macam tak selesa masa menyusu. Kesian tengok Irfan kejap-kejap lepaskan puting untuk bernafas. Kemudian sambung menyusu. Hidung sumbat susah nak bernafas lah tu.

Tidur pun tak berapa lena. Kejap-kejap bangun dan menangis. Not a good sign.

So… saya decided buat steam treatment @ rawatan stim dan tepukan percussion.

Rawatan Stim

Steam treatment dan percussion technique ni adalah cara yang mudah dan murah (free je kot) untuk mengeluarkan kahak baby. Boleh buat kat rumah je tanpa ke hospital.

Kalau kat hospital confirm kena nebuliser dan kena sedut (suction) hidung dan mulut. Izzah dulu pernah kena buat fisio kat KPJ Selangor Specialist Hospital. Kena neb, percussion dan suction.

VIDEO SEMASA NEBULISER DI HOSPITAL

[ae-fb-embed url=’https://web.facebook.com/RosIbrahim74/videos/1369458793166619/’ width=’500′]

Sini saya share video cara Teknik Tepukan Percussion oleh pakar fisio kanak-kanak KPJ Selangor Specialist Hospital. Model video – Izzah semasa berumur 9 bulan (December 2008).

VIDEO SEMASA TEPUKAN PERCUSSION DI HOSPITAL

[ae-fb-embed url=’https://web.facebook.com/RosIbrahim74/videos/1369451999833965/’ width=’500′]

Tepukan Percussion di Hospital

Masa Izzah di hospital dulu.. rawatan dimulakan dengan nebuliser diikuti dengan tepukan teknik percussion. Tujuannya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru sebelum dikeluarkan dengan suction.Rujuk video di atas.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tepukan PercussionIzzah: Masih senyum masa tepukan percussion.

Tepukan percussion pada belakang bayi iatu bahagian tepi kiri dan kanan. Jangan tepuk pada tulang belakang.

Tepukan Percussion

Tepukan percussion pada dada bayi. Terlentangkan bayi dan tepuk pada tepi dada kiri dan kanan.

Tepukan PercussionIzzah: Muka dah cuak!

Selepas tepukan percussion suction dibuat. Bayi dibungkus dengan selimut untuk elakan tangannya meronta dan menarik tiub suction. Saya tiada gambar semasa suction dibuat kerana saya sendiri perlu memegang badan Izzah supaya tidak meronta dengan kuat.

Tepukan Percussion

Inilah mesin suction!!! Tengok pun dah menakutkan. Bayangkan tiub halus panjang dimasukkan dalam hidung dan tekak bayi untuk menyedut kahak. Memang confirm bayi akan meronta dan meraung!!!

Kalau kita tak nak bayi kena suction di hospital kita boleh buat rawatan stim di rumah.

Rawatan Stim @ Steam Treatment dan Percussion di rumah

Benda-benda berikut boleh digunakan untuk rawatan stim di rumah bagi mengeluarkan kahak baby. Pilih salah satu yang sedia ada di rumah.

  • Bottle steam sterilizer (apa-apa brand steam strelizer) – 20 minit
  • Periuk nasi – 20 minit
  • Bottle & food warmer – 20 minit
  • Baldi berisi air panas – 10 minit (air panas cepat sejuk)

Campurkan dengan air salah satu bahan-bahan anti-bakteria berikut

  • Minyak habbatus sauda’
  • Minyak bawang putih @ garlic (pecahkan kapsul garlic atau buat sendiri minyak)
  • Bawang putih fresh yang diketuk
  • Serbuk bawang putih

Kalau ada shower air panas. Boleh buka shower tu sampai toilet penuh wap. Kemudian bawa anak masuk dan duduk dalam tu selama 15 minit.

Saya gunakan Avent Bottle Steam Sterilizer ni. Warisan masa Izzah baby dulu.. sejak 2008 lagi…dah 6 tahun benda alah ni… teeheeee.

Rawatan Stim

Izzah dulu bottle feeding formula milk so Avent Bottle Steam Sterilizer ni sangat penting untuk nyah kuman botol susu dia.

Sekarang saya gunakan sterilizer ni untuk nyah kuman botol susu (Irfan fully breastfeeding dan minum EBM masa saya bekerja) dan juga nyahkuman pam Medela Free Style saya tu.

Avent Bottle Steam Sterilizer ni juga boleh digunakan untuk rawatan stim. Sangat berguna!

Kalau tak ada sterilizer macam ni boleh je gunakan periuk nasi elektrik (semua orang ada ni kannn). Just masukkan air dalam periuk nasi dan bagi air tu mendidih. Mudah kan?

Kalau sterilizer dan periuk nasi elektrik pun tak ada… boleh je letak air panas mendidih dalam baldi. Bagi baby sedut wap air panas tu. Tapi air panas dalam baldi ni cepat sejuk dan hilang wap dia. So.. saya tak berapa suka kaedah ini.

Rawatan Stim

Selain air… saya campur juga minyak habbatus sauda’ dalam air supaya kesan anti-bakteria habbatus sauda bercampur dengan wap air yang disedut baby.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Boleh juga gunakan bawang putih dalam bentuk minyak, serbuk atau pun bawang putih fresh yang diketuk-ketuk. Bawang putih kan anti bakteria jugak.

Posisi Bayi Semasa Rawatan Stim

Sebaiknya kita letak sterilizer di tepi kita dan bayi diletakkan atas peha kita secara melintang.

Rawatan Stim

Sebenarnya tak kisah pun posisi baby macam mana.

Rawatan Stim

Janji muka dia berada di atas strelizer dan hidungnya dapat sedut wap panas bercampur habbatus sauda atau bawang putih tu.

Teknik Tepukan Percussion

Mudah saja tepukan percussion ni. Bentukkan tapak tangan macam cuping dan tepuk sebelah kanan dan kiri belakang baby. Jangan tepuk direct tulang belakang tau. Tepuk kat tepi sahaja.

Rawatan Stim

Lepas tu boleh pusing baby dan tepuk bahagian depan tepi sahaja.

Saya buat tepukan percussion ni masa rawatan stim dijalankan. So.. kahak dalam paru-paru (jika ada) akan terus dilonggarkan untuk dikeluarkan.

Rawatan Stim

Kalau nak buat lepas rawatan stim pun boleh je. Janji buat.

Rawatan Stim

Masa rawatan stim confirm baby akan menangis punya lah.

Jangan pulak kita kesian pulak kalau baby menangis masa rawatan stim. Sebab lagi kuat dia menangis… lagi cepat lendir hingus @ kahak akan dikeluarkan

Rawatan Stim

Saya buat masa rawatan stim sebab tepukan percussion ni boleh menenangkan bayi.

So… tak lah dia meronta-ronta masa muka kena wap panas tu kan.

Lendir @ Mukus @ Hingus Keluar Dengan Banyak

First time Irfan kena rawatan stim tu…. o la la!!!

Rawatan Stim

Banyak giler lendir hingus yang keluar dari hidung dia. Serius banyak. Pekat dan berwarna hijau pulak tu.

Rawatan Stim

Patut lah dia susah nak bernafas masa menyusu. Hingus @ lendir pekat yang melekat dan berkumpul dalam rongga hidung tu puncanya.

Rawatan Stim

Saya memang ada sedut guna nasal aspirator tapi biasanya tak banyak hingus yang keluar. Warna pun putih jernih.

Rawatan Stim

Tapi bila buat rawatan stim ni… ambik ko… sekilo hingus keluar. Siap meleleh jatuh ke bawah lagi tu.

Rawatan Stim

Tu ok lagi… yang hingus jadi bubble tu harus mak nak ketawa nak…heh heh.

Rawatan stim ni saya buat selama 20 minit.

Rawatan Stim

Lepas rawatan stim dan tepukan percussion, saya gunakan nasal aspirator untuk sedut saki-baki lendir hingus dari dalam hidung.

Sebab hingus dan banyak meleleh keluar so masa sedut dapat sikit je lah.

Sudah habis rawatan stim, tepukan percussion dan sesi menyedut hingus tu.. wajiblah bagi upah susu pada baby…heh heh!

Rawatan Stim

Memang bagus sangat rawatan stim dan tepukan percussion ni untuk keluarkan kahak dan hingus baby.

Malam tu Irfan tidur dengan sangat lenanya!

Tips Rawatan Stim & Teknik Percussion

Ulang rawatan stim dan tepukan percussion selama 2 kali sehari untuk beberapa hari hingga kahak/hingus tiada lagi keluar.

  • Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus.
  • Jika hijau : dijangkiti bakteria.
  • Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus

Mengenal batuk kahak :

  • kahak jernih = badan sejuk = dirawat dgn madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas.
  • kahak pekat/kuning/hijau = badan panas = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk.

UPDATE TERBARU!!!

VIDEO SEMASA RAWATAN STIM DI RUMAH

 

FAQ – FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

1. Di mana beli Nasal Aspirator.

Ada di hypermarket seperti Tesco, farmasi dan kedai barangan bayi. Brand bagus jenama Pigeon.

2. Baby baru lahir umur 2 minggu – boleh tak buat rawatan stim dan tepukan percussion?

Boleh. Bagi baby yang masih kecil bawah 4 bulan sila gunakan air panas yang diletakkan dalam baldi. Jangan gunakan air yang terus menerus mendidih seperti di atas sebab kulit bayi mungkin masih sangat sensitif kepada haba. Pastikan JARAK adalah sesuai dan selamat. Tepukan percussion juga perlu dilakukan dengan lembut dan berhati-hati.

3. Anak saya berumur 3 tahun – boleh tak buat rawatan stim dan tepukan percussion?

Boleh. Rawatan stim dan tepukan percussion sesuai untuk sesiapa sahaja – bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Pastikan disiplin dengan masa sekurang-kurangnya 15 minit baru ia berkesan mencairkan kahak.

4. Di mana beli minyak Habbatus Sauda’?

Saya beli online di Facebook. Boleh search Google atau Facebook untuk cari kedai online yang jual. Ada juga di jual di kedai yang jual makanan kering dari Timur Tengah.

5. Di mana beli VCO – Virgin Coconut Oil?

Saya beli di kedai Cosway. Ada banyak kedai online yang jual VCO juga. Mana-mana brand pun boleh.

6. Kalau letak minyak kayu putih (eucalyptus) atau VICKS boleh tak?

Tidak disarankan untuk bayi bawah setahun. Sebab aroma minyak kayu putih dan VICKS adalah sangat kuat dan tidak sesuai untuk bayi.

7. Berapa sukatan VCO nak berikan pada bayi?

Bayi 6-12 bulan boleh bagi dalam 5 ml. Bayi bawah 6 bulan 2 ml.

8. Kalau saya letak bawang putih dalam air boleh tak?

Boleh. Saya juga biasa letakkan 2-3 ulas bawang putih yang diketuk.

9. Berapa lama dan berapa kali nak buat rawatan stim ini?

Masa 15-20 minit. Supaya ianya berkesan untuk cairkan kahak dalam rongga hidung dan paru-paru. Buat 2 kali sehari (pagi dan petang) selama beberapa hari hingga lendir/hingus yang keluar tinggal sedikit dan berwarna putih jernih atau langsung tiada.

10. 20 minit tu masa rawatan atau masa panaskan air?

Masa 15-20 minit dikira semasa rawatan dibuat iaitu air sudah pun mendidih dan mengeluarkan wap.

11. Bolehkan beri bayi dari bentuk kapsul yg dibuka?

Boleh tiada masalah. Tapi digalakkan beri yang memang dalam bentuk cecair supaya senang disukat.

12. Boleh ke bagi VCO pada bayi?

VCO adalah bahan semulajadi bersifat antibakteria yang selamat untuk bayi. VCO adalah lebih selamat dan berkesan daripada ubat batuk, selsema dan antibiotik yang sememangnya tidak selamat untuk bayi.

13. Bayi saya menangis teruk semasa rawatan stim jadi saya hanya buat tak sampai seminit. Kenapa tak berkesan ye?

Buat sekejap sangat memang tak berkesan. Memang bayi akan menangis dan meraung macam kena dera semasa rawatan stim sebab tak biasa dengan wap panas yang masuk dalam rongga hidung. IBU KENA KUAT SEMASA BUAT RAWATAN STIM. Tiada istilah kesian anak menangis semasa rawatan ini. Kalau boleh jangan lakukan didepan suami, ibu bapa mertua dan saudara yang dirasakan akan menentang rawatan ini. INI BAYI ANDA. Anda bertanggung jawab bagi memastikan dia sihat. Mana satu anda mahu – bayi meraung dalam pelukan anda semasa rawatan stim di rumah selama 15-20 minit atau bayi meraung kerana dicucuk jarum drip dan disuntik ubatan serta nebuliser dan suction treatment di hospital?

14. Kalau kahak warna hijau kena pergi jumpa specialist kah?

Fahami warna kahak.

  • Jika hijau : dijangkiti bakteria.
  • Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus

Biasanya kahak yang keluar semasa permulaan rawatan stim adalah sangat pekat dan berwarna hijau atau kuning menunjukkan jangkitan virus atau bakteria. Teruskan rawatan stim selama beberapa hari sehingga hanya sedikit lendir keluar arau tiada langsung. Biasanya dalam 3 hari rawatan bayi sudah lega dari selsema dan hidung tiada lagi tersumbat.

15. Macam mana nak tentukan jarak yang sesuai untuk bayi?

Cuba dulu suakan muka kita sendiri untuk menyedut wap. Kalau terasa sangat panas hingga mencucuk kulit muka sudah tentu ia bukannya jarak yang sesuai dan selamat untuk bayi anda. Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukannya.

 

133 Comments

  • Nasal aspirator tu ada jual kat farmasi ke kak? Hari tu anak saya masuk wad, dia bagi nebulizer, lepas tu masa fisio tu, dia tepuk2 dada dengan belakang, meraung2 dia..adui, lemah betul tengok..huhu..

  • masa2 yg sukar ni masa anak byk kahak, depa bukan pandai bawak keluaq lagi. mmg masa warded tu mmg ada fisio tepok dan sedut kahak anak

  • Salam..terima kasih atas perkongsian ni. Sangat berkesan untuk baby saya juga!
    May Allah bless your effort. Barakallah! 🙂

    • @riri, baby 3 bulan pun boleh.. tapi guna air letak dalam baldi ye.. dan pastikan jarak muka baby tak terlalu dekat.. kulit dia mungkin masih sensitif dengan haba.. letak sekadar dia dapat hidu wap tu..

  • Boleh ke guna kaedah ni utk anak umur 3 tahun? Dia boleh hembus hingus tapi tak keluar byk. Asyik batuk2 dah seminggu lebih. Bila batuk ada bunyi berkahak. Baby akak batuk juga ke? Anak saya batuk, hingus kahak semua ada. Risau sgt ni.

  • Alhamdulillah…tips yg berguna.Mintak izin nak share boleh?bkn apa…nak simpan tips utk sendiri jugak dan share ngan kwn kwn

  • saya yg besar gedabak ni pon selalu wat gini kalau selsema.tp takde la kena dukung..hehehe 😆
    duk telangkup dlm selimut smpai bersin2 and kuar semua khazanah..kekeke 😛

  • thanks sgt2 yer…siap ada gambar lagi..penah dgr teknik ni tp yg ni lg clear sbb bergambo hehee…baby sy br 4 bulan..smlm susah nak tido sbb hidungnyer mcm ada hingus bila dia tarik nafas…cek2 xder pun dlm idung hehee…saya patut start buat skrg or mcm mana yer?

    • @izatil, mungkin hingus jenis pekat dalam rongga hidung; boleh cuba rawatan ni.. insya allah kalau ada hingus dalam tu ianya akan mencair dan keluar..

      utk permulaan boleh guna air panas letak dalam baldi dulu.. make sure muka baby jgn terlalu dekat dgn baldi sebab sesetengah baby kulitnya jenis sensitif.. just pastikan wap tu dia dapat hidu 🙂

  • Anak saya umo 3 n 1 pn tgh kna skrg.dh 2 miggu tk ok lg.mkn ubat mcm kna dera.akn cuba method ni.

  • Hero sya masa dlm pantang dah warded sbb bronco-pneumonia, jangkitan kuman dlm paru2. Paru2 nya sensitif & kkdg kahak ke paru2. Antara 1bln ke 2thn byk kli admitted & uat fisio – neb, suction. Skrg umo nya 2thn, alhamdulillah xde admitted cuma standby nebulizer ke mana2 as per doc advice. Pasni bila dgr batuk2 ala berkahak je bleh le uat method ni bleh elak dr kene neb kan hihi

  • Anak sy yg ke2 pnh juga buat fisio ni dlu..tp x praktik kn kt umh..skg bb ke3, pun ade kahak..tepuk tu perlahan kn ..Minyak habatus saida tu jual kt farmasi ke? Bb 4 month ok ke sedut bau minyak tu??

  • salam dear…tq for sharing this tips yang sangat2 berguna.Kat mane ye boleh dapatkan VCO tu? mmg bagus ek vco tu utk budak2?

    • @naa, VCO saya beli kat kedai Cosway.. bagus untuk anak dan juga orang dewasa.. if kena sore throat saya telan VCO dan rasa sangat lega; 2 hari takde dah sore throat 😮

    • @siti naziah, rasanya minyak kayu putih tu aroma dia terlalu kuat untuk baby, kita yg dewasa ni kalau hidu bau dia pun boleh pening he he.. kalau takde habatusauda oil.. letak garlic je sis..

  • mohon share ya.. info berguna nie…
    kalau budak 5-6 tahun guna kaedah nie , boleh tak?

  • terima kasih atas perkongsian ini…insyaallah amat berguna terutama untuk babyku..

  • salam sis…tq for the info. semlm sy try buat utk my baby (10 bln) sbb mcm hidng dia ade bunyi sumbat. cume sy bt kjp je sbb x brape confident skit. sy gune periuk nasi utk wapkan air. periuk nasi tu kite kena tekan dkt tmpt if kite nak mask nasi tu sentiasa ke? atau kite just tekan sampai dia kluar wap then tarik balik tmpt tekan tu? lagi satu dari segi jarak bb dgn periuk tu kena jarak mcm mn? risau takut muke dia panas sbb kpala dia dah brpeluh2 tp kalu jauh nanti takut x dpt hidu plak wap tu…blh advise tak sis..tq

    • @aniah, kalau periuk nasi tak perlu sentiasa on takpe.. asal wap tu ada.. jarak pula sekadar dia dapat hidu wap tu sis.. jangan terlalu dekat..jangan terlalu jauh.. kalau berpeluh tu bagus sebab wap sampai ke mukanya .. baby saya masa buat memang berpeluh 🙂

  • Owh..TQ very much sangat2 share kaedah ni…bab steamer tu memang xpernah buat, bab kahak biasa buat tepukan tu je =) 🙂 😉

  • Thanks for this good information. Had been googled for this info last week ‘coz baby had flu and cough last week. By the way, how much is the cosway VCO cost?? Bentuk gel or liquid??
    😉

  • Thanks for sharing this technique. Baby saya pun ada macam kahak tersangkut dalam hidung dia. Ni pun tengah kena selsema. Just a right time. Akan dicuba teknik ni. Saya mohon share di facebook ye.

  • tq for the info…sgt berguna dan membantu dikala ibu ni kebuntuan sbb bby nangis pkul 3,4 pagi sbb hidung tersumbat. sy mohon share di facebook ya.

  • sis..bb sy br sebulan n cm de bunyi kahak..xde batuk..beringus sedikit aje.blh try cara ni juga?pls assist

  • Tq 4 sharing …panduan yang sangat berguna…dulu anak saya selalu juga berkahak tapi xtau cara nak keluarkan kahak tu…skrg klu baby baru saya ada kahak tahulah nk buat mcmana nanti…

    • @yuyuy, saya on je sampai habis treatment.. kalau rasa panas sangat untuk baby boleh je on bagi mendidih pastu off kejap.. pastu on balik

  • anak saya umur 5 bln..bila bernafas berbunyi. dah pegi klinik n dah bg ubat kembang saluran nafas n ubt batuk kahak
    ni dah 4 hari still ada lagi kahak tu..kesian kat baby tak selesa bernafas..saya nk try cara stam ni..hopefully Berjaya..n nak Tanya kalau kita guna air panas + bawang putih je boleh ke?

      • Alhamdulillah…macam2 tips and ilmu saya dapat nak mengurangkan kahak pada baby tapi sayang nyer belum dapat merasa nak guna semua cara yang dishare sebab baby saya tup2 dah hilang batuk n selsema…emm maybe in future akan berguna juga =) @Ros Ibrahim, 😆

      • @Ros Ibrahim, tq sesangat for info yg sgt bgs ni ..balik kijer ni saya nak try..tq ya

  • Alhamdulillah, info yang sangat bermanfaat. walaupun anak saya belum pernah terkena selsema yang teruk, tp andai kata dia terkena, blh buat rawatan ini. masa anak saya kena selsema, saya dah pilu padahal sikit je selsemanya. saya makan vit C dan Alhamdulillah selsemanya reda dengan cepat.

    My Recent Post: ESP Shaklee; ada kesan sampingan???

  • assalamualaikum
    tatau la cara ni..akak buat cara paling senang dan murah. demah je ngn air panas yg diisikan dlm botol sunquik dan balut ngn kain. demah sampai anak berpeluh2..insyaa Allah esok sihat. dah try kat anak sedara tahun 1982 dulu..alhamdulillah

  • Alhamdulillah…last Friday dah try buat kat anak
    Alhamdulillah keluar lender tu…saya buat 2 kali ..the pagi sabtu buat lagi sekali ..kuar jugak..tp lender still ada lagi ..pg td ida bgn tido ada bunyi lagi..admin, satu hari blh berapa kali buat ya.

    • @puan leen, boleh buat 2 kali sehari.. pagi dan petang.. dan repeat beberapa hari hingga keluar semua kahak

  • ha okok..time kasih bebanyak ye…risau just now dengar anak kawan kena astma sbb batuk tak baik2. kahak tak keluar..admit hospital sian..apa2 pun tq sekali lagi atas info yg beguna ni..sangat2 berguna..tqtqtq n tq

  • sis yg 20minit tu masa rawatan ke masa panaskan air?cam nk kena buat je kt along mlm ni…

  • terima kasih! selalu juga tepuk percussion ni untuk both my children… tapi ala-ala x confident gtu… sekarang leh cuba steam ni pulak 🙂 kalau yg steam ni kite letak vicks jalan x?

    • @azfahani, boleh tapi tak digalakkan sebab aroma vicks ni agak tajam untuk baby dan boleh menambah sesak nafas baby.. letak bawang putih atau minyak habatusauda.. tak letak apa2 pun boleh juga

  • Hi thanks for the information and i think it is really useful and i would like to ask is it we do the steaming first then follow by the patting back? or we do it together steaming sambil tepuk belakang?

  • MoHon bertny sis.yg sis bg vco kat baby ms dia batuk dlm bentuk apa.Buka capsul n bg baby mnm skt ke.tima ksh

  • info yg sgt berguna pada para parent…baby saya baru kuar ward isnin lpas..doctor and physiotherapist saran buat kaedah mcm ni di rumah…tuk elak berulang alik ke hospital lg…kesiah babies laa..ade juga ibu baru lepas pantang hantar anak tuk jalani kaedah fisioterapi ni..tak sanggup tgk..mcm seksa jer tp itulah yg terbaik tuk babies…
    lepas ni tekad wat kaedah ni sdrik di rumah…tak sanggup tgk anak meraung bila jalani percussion and suction treatment….

  • Thanks so much for the info.
    Dah try buat td.. dia menangis teruk ms rawatan.. tp kluarnye sikit sgt.
    Nk tanye.. rwtn 20 min tu bby mmg x diangkat ke atau angkat sekejap2?
    Masa paling sesuai bile?
    Vco tu bg dia mkn cam tu aje ye?
    Bby sy 6 bln. Tq. 🙄

    • @rin, saya buat direct 15-20m.. tapi depends lah kalau ibu nak rehatkan dia seminit kemudian sambung balik.. waktu ikut ibu bila rasa aman tanpa gangguan.. di sarankan sekali pada pagi dan sekali pd lewat petang

      vco ye.. bagi macam tu je.. guna syringe.. boleh 3-5ml sekali bagi

      kalau kita sendiri sakit tekak pun boleh telan vco ni.. cepat je baik 😉

  • Salam sis.saya nak tanya.baby saya 5m.VCO tu boleh bagi dia minum macam tu aje ke?ke emaknya yang kena minum?baby saya fully bf.tq

    • @sha, wsalam.. ya vco bagi baby minum.. guna syringe ye.. vco ni natural remedy bagi batuk dan sakit tekak.. berkali ganda lebih baik dari bagi baby ubat batuk.

  • Sis..kalo kahak.hijau tu kna bwa pg specialist ke?da bwa jpa dr biasa dia bg ubt cair kahak.cmne

  • Saya tgal dgn mertua, diorg x suka Saya wat Mende ni coz bile bby Nantes takut jadik habit. Ade lak Sedare dr. Kate Mende ni bahaya, adus dh seminggu Lebih bby batuk n selsema

  • kalo guna bawang putih fresh tu kan kene brp ulas ye? anak saya 3 bulan lebih..kesian tgk dia kdg2 nafas berbunyi, nk minum susu pun ada masa tercunggap2..huhu

  • kalau untuk baby 15hari boleh ke.? Die selsema n berkahak pula.. Ramai sangat yang menciumnye..

    • @hana, boleh cuba.. guna air panas letak dalam baldi dan pastikan jangan terlalu dekat.. hati2 pegang baby tu

  • Baby sy baru 2weeks. Almost 1week dia selsema n nafas berbunyi sbb ade kahak. So Bole ke ikut method ni?

  • tu la baby saya baru je sbulan ni. barunak tanya boleh ikut cara ni ke…
    nanti nak try, kesian dia mcm ssh nak bernafas…

  • Salam,nk tny kalo bb 4 bulan boleh ke bg vco?bb saya da lbh 2 mgu batuk & selsema..aritu da baek kjap,pastu kena balik…ksian tgk,nk tdo pon xslesa..awal2 kena,g check doc ckp barking cough & tekak radang..

  • as salam.. .saya da cuba rawatan stim n tpukan tu.Alhamdulillah dengan izin Allah,amat berkesan.makaseh sngt2 atas info ni….spnjg buat rawatn ni saya x bg pun anak2 saya mkn ubat,selsema batuk da byebye.tqvm

  • Akak, ape beza extra virgin coonut oil dgn cconut oil? husband sy beli dekat cosway, dieorg bg extra virgin coconut oil.sy nk bg utk baby saya umur 3bln lebih..die batuk berkahak..sy pon nk try gak sbb sy pon batuk and sakit tekak.boleh ke bagi extra virgin coconut oil utk baby?

    • @atikah saaei, extra VCO lagi bagus dari VCO sahaja. ya.. boleh beri pada bayi. saya pun guna EVCO Cosway.

  • akak,paed ade bagi ubat batuk/berlendir pd bayi sy. tp bukan ubat batuk yang mengantuk tu. sbb paed sy sendiri ckp ubat tu bahaya pd bayi. mayb ubat batuk yg die bg ni jenis lain. skrg sy nk try bg evco ni pd bayi. takpe ke bagi evco ngn ubat batuk doktor bgi tu? ubat batuk tu gap 8jam tiap kali minum.

  • tq for sharing!anak tgh selsema berkahak ni..batuk2.tu risau gak.nk cari cara rawatan kat rmh je.kalau pegi clinic mesti dapat ubat yg x sesuai utk baby kn..huhu.

  • As’salam sis…baby saya baru berusia 1 bulan…dia mengalami batuk berkahak…boleh tak buat rawatan stim ni?

  • salam…baby sebln lebih sesuai x? sbb ms tido dgr pernafasan xlancar seperti ada kahak..kadang2 ms menyusu muntah keluar kahak.. TQ

  • As salam sis baby sy baru sebulan lebih dah 4-5 hari batuk tp mild.yg merisaukan sy bile dia bnafas dgr ade bunyi kahak di kerongkongnya.then hritu sy perasan ade hingus kat hidung dia tp mmg sikitlah.now dgr bunyi kahak tu makin kuat + dia xslesa nak bnafas even nak tido.bila terbaca poat sis ni mmg ade niat nak try sbb kesian sgt kat baby xle nak bnafas dgn baik.btw tq 4 sharing sis… 🙂 ohya mnx share ya…

    • @ada, baby sy pn ada mslh yg sama ngn baby awk skrg…mcm ne result yg awk buat?..

      sis – perlu rujuk pakar ke?..

  • saya pn ada buat semalam mcm yg awk ajar tu tp selsema mkin truk plak bby saya.. sebelom tu batuk je.. kenapa ye.. kna bg mnum vco ke..

  • Thanks for the info..nak try kat my baby..dah masuk 2 weeks,selsema batuk & kahak x hilang2..ubat dah mcm2 ubat dah bg tp still x elok lg..rase nak nangis pun ade bila tgk baby x sihat mcm ni..kesian nak nafas pun susah..tdo pun x lena..

  • Thanks ye sis..good info..mohon share.. semoga Allah merahmati sis atas ilmu y dikongsikan..

  • Assalam sis nak tanye, kalau lepas buat rawatan steam ni kits tak sedut saki baki kahak or hinges baby tu boleh ker… or memang wajib sedut saki baki dia tu???

  • Assalamm,

    nk tanye kalau guna periuk nasi tu .. klu air dah mendidih biarkan jer ker or x perlu off button cook tu yer..

    umah xde mcm mcm u tu la..

    lg satu kalau guna VCO brand Teana tu boleh x?

  • Anak saya pernah admit hospital masa berumur 10 bulan, sebab ada kahak kat paru-paru. Alhamdulillah sekarang semua dah ok.

    Jemput ke blog saya, saya ada kongsikan petua untuk keluarkan kahak secara tradisional.

  • salam,bayi saya susah nk menyusu n xdpt tidur lena kena batuk kahak..so saya try guna stim buat kat rmh……lendir yang klua kat hidung adalah warna putih jernih je…..slepas tu bunyi kahak pada bayi saya masih kuat lgi.

  • Satu perkongsian yang bermanfaat sis. Tapi yang vacuum tu kalau amalkan selalu tak de kesan pada baby k? @ pada tahap2 tertentu seperti kronik baru doktor jalankan kaedah tersebut?

    Terima kasih 🙂

  • Sis kalau saya tukar minyak habbatusauda/VCO dgn hirisan buah lemon boleh ke??masuk dlm air panas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *