Car Seat Bayi | Car Seat Irfan vs Car Seat Prince George of Cambridge

Tahniah Kate Middleton dan Prince William!!

Royal baby yang comel kepada pasangan diraja popular ni pun dah selamat dilahirkan pada Isnin 22 Julai 2013. So.. sesiapa yang ada baby lahir tahun ni so boleh geng lah dengan putera raja Britain. Kelas gitu.. heh heh.

Rasa macam baru je Kate Middleton dan Prince William kahwin. Pejam celik dah ada baby pun.

Prince George

Nama baby Kate dan Prince William ni pun sudah diberikan iaitu:

George Alexander Louis.

Nama of course la klasik. Keturunan diraja mestilah nama macam tu. Tak kan nak letak nama macam Justin Bieber pulak kot…ekekee.

Sesuai lah tu nama baby tu walaupun panjang berjela jugak.

Hello! My name is George Alexander Louis. You can call me His Royal Highness Prince George of Cambridge.

Prince George

Semalam pasangan diraja Prince William dan Kate Middleton tu first time tayangkan baby mereka kepada umum.

Beratus lensa kamera yang besar godang kelihatan mengambil gambar baby Prince George yang baru beberapa hari dilahirkan tu.

Someone in my office kata… he is the luckiest baby on earth.. because everyone in the world is talking about him.

Hmmm… tak tau lah kalau jadi popular dan jadi target paparazzi tu sesuatu yang lucky. Harapnya Prince George boleh handle being famous macam ayah dia tu la kan.

Prince William Tak Pandai Guna Car Seat?

Macam-macam pulak kan bila jadi tumpuan ni. Mesti ada mata yang perhatikan segala gerak geri. Tunggu masa nak cari silap orang tu.

Prince George

Kecoh pulak ada yang kata cara Prince William letak baby Prince George dalam car seat dia tu SALAH. Sebab:

  • Tak boleh bedung @ swaddle baby masa duduk dalam car seat
  • Seat belt car seat @ baby carrier tu tak diikat dengan betul.

Haishhh.

Macam mengata Kate Middleton dan Prince William bad parents la kot. Baru a few days jadi parents dah kena label. Kesian.

Prince George

Memang jelas kelihatan tangan mulus Prince George tu meronta dan seat belt straps tu macam tak terletak dengan betul. Baby Kate Middleton pun tengah menangis masa dalam car seat tu.

Tapi is it a big deal sangat kah?

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Mesti Kate dah betulkan masa duduk sebelah baby tu kan. Lagi pun Prince William bawak kereta slow giler… 15km sejam pun tak kot…ekeeee.

Princess Diana dulu bawak balik Prince William mana ada pakai car seat. Letak atas riba je pun. Sama macam kebanyakan mak-mak kat Malaysia ni kannnnn.

Maybe sebab dulu tak wujud car seat for babies dan tak ada rules pasal kena pakai car seat la kot. Apa pun dah selamat baby Prince George balik istana dah pun. Kepoh je lebih diaorang ni.

Car Seat Prince George of Cambridge

Okayyyyy… saya nak cerita pasal car seat.

Car seat Prince George of Cambridge tu adalah Britax Baby-Safe Infant Carrier. Harga car seat baby Kate Middleton ni dalam 80 pound (RM400+).

Tak lah mahal sangat car seat Prince George tu. Tapi tu harga kat Britain sana. Kalau jual kat sini mesti harga Britax Baby-Safe Infant Carrier tu jadi double… ekekeee.

Car seat @ baby carrier Britax tu pernah menang the Mother & Baby award for Best Baby in the infant car seat category in 2012. So memang sesuai sangat lah tu untuk angkut putera raja balik ke istana.

Saya pun guna juga car seat untuk angkut babies saya ke sana ke mari. Tapi bukan jenama Britax macam Prince George tu.

Car Seat Izzah – Sweet Cherry dan Anakku

Masa Izzah baby saya guna baby carrier jenama Sweet Cherry ni. Saya guna ni masa hantar Izzah pergi taska masa umur dia 4 bulan ke atas.

Car Seat

Harganya dalam RM200 plus kot. Boleh guna hingga baby umur 2 tahun.

Tapi masa Izzah umur 8 bulan saya jual baby carrier Sweet Cherry ni.

Car Seat

Kami cari car seat yang lebih besar dan sesuai untuk dipakai hingga umur 4 tahun.

Jenuh survey car seat baby terbaik merata-rata. Akhirnya saya jatuh hati pada car seat jenama Anakku ni.

Saya suka sangat car seat Anakku ni sebab material dia lembut macam baldu gitu. Empuk je untuk baby duduk.

Car Seat

Harga car seat Anakku ni dalam RM600 rasanya.

Izzah pakai car set tu sampai umur dia 3 tahun lebih. Kira dari kaki muat duduk dalam car seat tu sampai kaki terlunjur keluar lah…ekekee.

Car Seat

Bila tak muat duduk tu terus kami jual car seat Anakku tu.

Car Seat Irfan – Sweet Cherry

Masa Irfan umur sebulan, kami belikan car seat warna merah terang jenama Sweet Cherry nih.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Car Seat

Car seat ni sesuai dari newborn hingga baby 18 kilo @ umur cecah 4 tahun.

Car Seat

Harga car seat Sweet Cherry Cleo ni dalam RM400 macam tu.

Sa far Irfan okey je duduk dalam car seat dia ni. Mungkin sebab dah dilatih sejak kecik so tak ada lah dia nak meronta bangun atau nak meniarap dalam tu.

Tak kira lah samada semasa babahnya memandu (hantar Izzah ke taska dan bawa dia sekali)… atau masa saya memandu (pergi event dengan anak-anak).

Car Seat

Dia duduk baik je dalam car seat. Kadang-kadang berzikir macam ustazzzz… soleh budak ni.. amin!

2 Comments

  • salam..nk tnya..carseat sweetchery yg awk bli ni bleh adjust 3position or adjust 2position shj?
    sb dlm website tulis 3position.tp bila p servey kt sstu2nya kdai brg bby kt tmpt sy..promoter tu ckp bleh adjust 2tmpt je..ke promotrr tu yg xtahu..

    • @yat, promoter tu ada tunjuk ke camana adjust? saya rasa boleh je adjust 3 position.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *