Buku Teks Sekolah Koyak | Izzah Dapat Buku Teks Sekolah Agama Koyak & Hancur – Mana Nak Beli Buku Teks Sekolah Agama?

Bsimillah. Cikros di sini.

Sedih tengok buku teks sekolah yang Izzah dapat masa akhir tahun lepas. Bukan koyak biasa2. Tapi hancur terburai!

Macam kena rendam air kekdahnya. Kot omak budak ni cicah buku dalam air. Pastu bagi anak minum. Supaya lulus exam gitu hehe. Gurau je. Mana tau ada yg buat. Wa haha!

Buku Teks Sekolah Agama Kebangsaan Koyak

Cikgu cakap kat Izzah boleh guna lagi ni. Suruh omak selotep comel-comel. Amboi cikgu! Macam tau-tau je aku ada banyak selotep. Bo hoho!

Buku Teks Sekolah Agama Kebangsaan Koyak

Aku ni setiap kali dapat buku teks mesti akan buka semua balutan lama. Omak gigih ganti baru semua pembalut buku teks anak aku.

Tak tergamak nak bagi anak belajar dari buku dengan balutan kepam, yang bertahun-tahun tak tukar. Keras kejung plastik tu dah weh.

Aku tengok buku-buku tu semua macam orang yang first dapat je balut.  Penerima seterusnya lenjan buku sampai lebam. Time dapat kat anak aku dah hancur lebam buku teks tu.

Tahun ni kondisi buku teks sekolah agama Izzah sangat menyedihkan. Bukan takat koyak. Tapi dah hancur terburai.

Omak nak ganti baru tapi susah nak cari supplier buku teks sekolah agama ni. Kena direct beli dengan publisher buku teks sekolah agama tu. Jauh tu beb nak pergi beli.

Ok fine. Omak dah balut dan selotep cantik-cantik dah pun.

Gambar buku buruk kena ambik siap-siap untuk jadi bahan bukti bahawa buku teks yang dapat sudah sedia ada hancur.

Jangan suruh aku bayar ganti pulak time return nanti. Omak side kick kan sia-sia je. Ngerti? Hehe!

Buku Teks Sekolah Agama Kebangsaan Koyak

Buku teks sekolah kebangsaan pun sama jugak. Ada yang koyak jugak. Tapi elok sikit je dari buku sekolah agama.

Nasib baik selepas aku meroyan kat Facebook, ada insan yang baik hati menderma buku teks sekolah agama kepunyaan anak dia yang dah tak pakai. Semua buku teks sekolah agama KAFA yang dia bagi masih macam baru. Terima kasih banyak-banyak!

2 Comments

  • Assalamualaikum Puan, tumpang tanya.. Publisher kitab sekolah agama tu kat mana.. Apa nama dia? Kitab2 anak saya pun mengalami keadaan yg sama.. Ingat nak cari ganti.. Bagi anak semangat sikit nak belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *