Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini
Apa tu bucket list? Senarai baldi lah.
Omakgorg! Apo ko bondo tu jang? Baldi pun ada senarai. Hak hak hak!
Bucket list atau senarai baldi adalah satu senarai perkara-perkara yang ko ingin mencapai sebelum ko mati. Istilah ini dipopularkan oleh filem 2007 “The Bucket List” , dibintangi oleh Jack Nicholson dan Morgan Freeman. Bucket List dari perkataan: ” kick the bucket,’ maknanya mati.)
Senang cerita – bucket list @ senarai baldi ni menyenaraikan keinginan, impian dan matlamat yang ko mahu capai semasa ko masih hidup. Tak kira impian tu kecik atau besar. Senarai je semua!
Bila perkara yang teringin nak buat atau benda yang ko berangan nak dapat disenaraikan, maka jadi semangat nak usaha kan. Paksa diri untuk capai. Push yourself to the limit! Omak boleh!!
Satu lagi best ada bucket list ni ialah kalau ada orang yang baik hati, budiman & dermawan nak tolong ko capai apa-apa perkara dalam bucket list tu senang kan. Omak bagi hint ni. Hik!
Then bila matlamat dah tercapai boleh cross item tu dalam senarai baldi. Masa tu mesti rasa syiook yang amat sangat. Betul ke betul? [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Personally. Aku rasa bucket list ni secara tak langsung mengingatkan kita yang kita ni hidup tak lama. Sihat hari ni tak semestinya masih bernyawa esok. Peringatan untuk diri sendiri.
Sempena tahun baru 2017 ni aku pun nak buat bucket list jugak. Macam banyak je benda nak masuk dalam baldi aku ni. Hehe!
Bucket List Ros Ibrahim Untuk Anak-Anak
Irfan pandai bercakap, tambah vocab & berkomunikasi dengan baik.Irfan bebas diaper sebelum umur 5 tahun08/01/2017 @4 tahun 1 bulanIrfan belajar Taekwondo5/3/2017 @4 tahun 3 bulan- Irfan belajar swimming
- Irfan belajar horse riding
- Irfan belajar memanah
- Irfan pandai Iqra’, membaca dan menulis
- Irdina boleh bercakap bila umur 2 tahun.
- Irdina bebas diaper semasa umur 2 tahun.
Izzah dapat junior black belt TaekwondoMay 2017 @ 9 tahun- Izzah sambung belajar swimming
- Izzah belajar horse riding
- Izzah belajar memanah
- Izzah pandai buat karangan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
- Izzah mula blogging masa umur 10 tahun
Izzah belajar bisnes dari umur 10 tahun
- Kidzania with Izzah untuk kali ke 4 (last pergi 2014)
- Sesi fotografi anak-anak at least 1 kali sebulan
- Photobook
1st Year – IzzahMay 2017 Photobook 1st Year – IrfanMay 2017Photobook 1st Year – IrdinaApril 2017Photobook 0-2 Years – IzzahJan 2012Photobook 0-2 Years – IrfanJune 2015- Photobook 0-2 Years – Irdina
Photobook 3-4 Years – IzzahJune 2015Photobook 3-4 Years – IrfanApril 2017Photobook 5-7 Years – IzzahJune 2015Photobook Izzah & IrfanJune 2015- Photobook Izzah, Irfan & Irdina
- Translate buku teks Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Tahun 3
Pergi Legoland sebelum Annual Pass expire 15/3/2017*tak jadi*
Nota: Bucket list akan dikemaskini dari masa ke semasa, insyaAllah!
Salam kenal Ros…..
Bucket list ni mcm azam jugaklah kan Ros. Sebenarnya mmg bagus ada benda gini. Hidup mcm teratur gitu. Tapi…. yelah nama pun manusia kadang tu cuma bersemangat separuh jalan jer hihi….terutama orang yg komen ni.
Yup..mcm azam.. makin lama makin bertambah pulak item bucket list ni.. 😉
Good luck untuk bucket list awak 🙂