Bismillah. Cikros di sini.
POMADE. Aku tak pernah tahu apa itu pomade sehinggalah ada kawan-kawan Facebook yang menyebutnya beberapa tahun lepas.
Tahu tak? Pomade sebenarnya sudah wujuk sejak abad ke 18!! Pomade seperti menjadi kegilaan ramai sejak 6 tahun lepas. Sejak itu ada banyak jenis dan jenama pomade yang dihasilkan dan djual di Malaysia.
Apa tu pomade? Pomade adalah produk penggayaan rambut yang diformulasi daripada minyak, lilin atau bahan air.
Pomade mendapat permintaan yang tinggi sebab ianya tahan lama bila dipakai dan mudah untuk digayakan dalam apa juga gaya rambut yang diinginkan.
Kelebihan Menggunakan Pomade
Rambut yang menggunakan gel pomade kelihatan lebih rapi, berkilat, terletak dan memberi lebih volume pada rambut.
Tips Menggayakan Rambut Dengan Pomade
Pomade sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Berikut ialah tips menggayakan rambut dengan pomade.
- Untuk lebih kilatan, sapukan pomade dari tengah rambut hingga hujung rambut.
- Bagi mendapatkan rambut berombak, sapukan pomade ketika rambut masih basah. Kemudian, tocangkan rambut, keringkan setelah itu buka ikatan tocang.
- Sentiasa mulakan dengan jumlah pomade yang sedikit. Jika anda terlebih menggunakan pomade, anda terpaksa membasuh rambut dan lakukannya semua.
4 Jenis Pomade Di Pasaran
Ada pelbagai jenis pomade berdasarkan kandungan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan pomade.
Tetapi tidak semua pomade sesuai digunakan setiap hari dan untuk jangka masa yang lama disebabkan kandungan BAHAN KIMIA yang ada dalam pomade itu sendiri.
1. Pomade Jenis Gel
Pomade jenis gel dibuat dari bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polimer, alkohol dan karbome.
Pomade jenis gel mudah untuk digayakan dan mudah dicuci tetapi boleh mengakibatkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit serta menyebabkan kehilangan rambut.
Pomade jenis gel juga juga tak sesuai untuk kulit sensitif kerana boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur dan kegatalan.
2. Pomade Orthodox Berasaskan Air
Pomade orthodox berasaskan air adalah kombinasi gel rambut dan minyak tradisional yang juga mudah untuk dibentuk dan dicuci.
Tetapi pomade jenis ini masih mengandungi baham kimia berbahaya yang boleh mengeringkan kulit kepala, menyingkirkan minyak semulajadi rambut dan menyebabkan kegatalan.
3. Pomade Unorthodox Berasaskan Air
Pomade unorthodox berasaskan air adalah campuran lilin dan minyak dengan air menggunakan synthetic emulsifier yang mudah untuk digayakan dan dicuci.
Pomade jenis ini mampu melembap dan melindungi rambut tetapi kandungan bahan kimia berbahaya seperti paraben dan pewangi sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kulit kepala.
4. Pomade Berasaskan Minyak
Pomade berasaskan minyak mengandungi lilin seperti Beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semula jadi atau minyak mineral.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Pomade jenis ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan baik untuk kulit kepala dan rambut.
Tetapi masalah dengan pomade berasaskan minyak ialah ianya susah dicuci dan menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat.
BIOCHO Pomade Herba Semulajadi
RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi telah menghasilkan BIOCHO Pomade iaitu pomade herba semulajadi untuk rambut sihat dan bersinar.
Tidak seperti pomade lain di pasaran, BIOCHO Pomade sesuai digunakan SETIAP HARI untuk TEMPOH YANG LAMA.
BIOCHO Pomade dirumus khas menggunakan Beeswax tanpa bahan kimia dan bahan pengawet untuk mengekalkan segala kebaikan pada kulit kepala dan rambut. Antara kandungan lain yang ada dalam BIOCHO POMADE adalah :
1. Minyak Argan
Kaya dengam nutrien untuk rambut seperti asid lemak dan vitamin E. Antara manfaat minyak Argan ialah ianya mampu menjadikan rambut lebih sihat, lembut, bersinar serta mudah digayakan. Asid lemak di dalamnya penting dalam mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan.
Minyak Argan juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut mengerbang dan bercabang.
2. Minyak Rosemary
Minyak Rosemary kaya dengan antioksidan hasil daripada unsur kimia utamanya seperti carnosol, carnosic acid, ursolic acid, rosmarinic acid dan caffeic acid.
Antara fungsi minyak Rosemary ialah menggalakkan pertumbuhan rambut serta membantu bertindak sebagai ejen semulajadi anti keguguran rambut.
3. Minyak Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil)
Antara manfaat Minyak Zaitun Tulen ialah mengurangkan masalah rambut bercabang & kerinting, menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengunci kelembapan rambut dari dalam, melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut.
4. Minyak Kelapa Dara (Pure Coconut Oil)
Seperti yang kita tahu, minyak kelapa mempunyai khasiat yang sangat baik untuk rambut kita. Antara manfaat minyak kelapa ialah mampu menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar, melindungi rambut dari kehilangan protein, bertindak sebagai anti kelumumur semulajadi, meningkatkan kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan & kulat dan menyokong pertumbuhan rambut.
10 Sebab Anda Mesti Dapatkan BIOCHO Pomade
- BIOCHO Pomade dihasilkan dari BAHAN SEMULAJADI tanpa sebarang bahan kimia seperti paraben, pewangi sintetik dan sebagainya yang bagus untuk kulit kepala.
- Pomade ini juga SESUAI & SELAMAT UNTUK KANAK_KANAK.
- Rambut lebih mudah untuk digayakan, tahan lama serta senang untuk dicuci tanpa meninggalkan sebarang lekatan.
- Tekstur BIOCHO Pomade yang tidak melekit mudah untuk diramas pada rambut.
- Memberi khasiat dan manfaat kepada rambut agar lebih sihat, lembut dan bersinar secara semulajadi.
- BIOCHO Pomade sangat sesuai untuk lelaki yang ada masalah kulit sensitif, kelumumur dan kegatalan kulit kepala. Kandungan bahan herba semulajadinya berkhasiat untuk kulit kepala dan tidak menyebabkan sebarang keradangan.
- Bau BIOCHO Pomade juga lembut, harum dan segar.
- BIOCHO Pomade sesuai digunakan SETIAP HARI untuk TEMPOH YANG LAMA.
- Menjimatkan sebab boleh tahan sehingga 4 bulan dengan penggunaan 2 kali sehari.
- Berdaftar dengan KKM: NOT190702236K

Anak aku, Irfan memang gunakan BIOCHO Pomade ini setiap hari. Sebelum ke sekolah mesti nak sapu pomade. Nak hensem katanya. Haha!
Aku rasa memang best BIOCHO Pomade sebab bahannya sangat natural dan bau pun lembut tak keras / tengik macam sesetengah produk penggayaan rambut lain.
So mak-mak yang masih tercari-cari pomade untuk kanak-kanak yang diperbuat dari bahan semulajadi, bau tak keras dan mudah dicuci, MESTI CUBA BIOCHO POMADE!!
Berminat Untuk Cuba BIOCHO Pomade?
Untuk mendapatkan BIOCHO Pomade Herba Semulajadi boleh terus Whatsapp di http://www.wasap.my/60164907155/Pomade
Anda juga boleh beli di SHOPEE : http://www.shopee.com.my/renoskin16
Untuk info lanjut, boleh layari :
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Website : http://biocho.com.my | Facebook : https://www.facebook.com/biochohq