Bio Oil Workshop | Kempen Kulit Sihat Kebangsaan di G-Tower Hotel

Cerita ni cerita basi. Dah lama terperap dalam folder sekarang baru ada masa sikit untuk publish. Banyak sebenarnya cerita basi nak dikongsi…ekeekeee!

Beberapa bulan lepas, saya dijemput ke satu workshop Kempen Kulit Sihat Kebangsaan @ National Healty Skin Campaign anjuran Bio Oil.

Workshop ni dibuat di The Bridge G-Tower Hotel. Tak pernah saya ke G-Tower Hotel tapi sebab nak datang ke workshop Bio Oil ni sanggup saya naik LRT dari Kerinchi ke Ampang Park sana tu.

Bio Oil Workshop

Saya ni jarang naik LRT. Dulu-dulu masa study kat UM memang selalu lah naik. pergi shopping kat KL. Sekarang tak ada maknanya nak naik LRT.

Bukan lah eksen ke apa. Tapi tak ada tujuan nak naik dah pun. Lagi pulak dari rumah di Klang mana ada LRT station….ekeekee!

Sesat barat jugak saya bila sampai ke stesen Ampang Park (eh betul ke stesen Ampang.. ke stesen KLCC.. lupa dah sebab cerita basi la kata kan). Ada dua exit dan tersalah pilih exit pulak tu.

Nasib baik cepat sedar. Kalau tak mesti saya dah menapak mencari bangunan G-Tower Hotel tu dicelah-celah bangunan pencakar langit lain tapi tak jumpa-jumpa…nightmare!

Hujan lebat pulak masa tu. Terpaksa beli payung demi meredah hujan ke G-Tower yang letaknya tak jauh tapi lenguh lah jalan daripada stesen LRT tu.

Sampai je kat The Bridge G-Tower Hotel terus dipelawa mencuba Bio Oil dan kapsul vitamin E pada kulit tangan.

Bio Oil Workshop

Memang terasa kesat dan lambat menyerap bila letak minyak vitamin E pada kulit. Sangat berbeza bila letak minyak Bio Oil tu. Cepat menyerap dan tak rasa berminyak. I like!

Bio Oil Workshop

Peserta workshop Bio Oil tu kebanyakannya ada dari media suratkhabar. Saya je kot blogger bertuah…ekeeekeke.

MC @ Master of Ceremony semasa workshop tu adalah hos dan pelakon popular iaitu Julie Woon.

Bio Oil Workshop

Julie Woon ni dulu hos 8 TV Quickie dan NTV7 Take Me Out. Dia jugak pernah berlakon dalam beberapa drama iaitu Blogger Boy, Alamak, Bakar!, Qalbu dan Rembak.

Bio Oil Workshop

Ya…ya.. Julie Woon ni Chinese tapi berlakon drama Melayu.

Saya suka sangat tengok Julie Woon jadi pengerusi majlis. Sangat natural bila bercakap dan sangat charming. Cantik dan seksi pulak tu…eh…ekeekeke.

Tengah-tengah mengantuk dengar ceramah tu saya terpandang pada siling The Bridge.

Bio Oil Workshop

Wah… ada cermin rupanya kat siling. Cepat-cepat saya ambik gambar nak tunjuk dalam blog…heh heh.

Nampak the lady in purple tudung tu? Saya la tewwwww. Konon-konon concentrate padahal tengah camwhore secara rahsia.

Bio Oil Workshop

Ucapan alu-aluan dari Low Hooi Wan, Bio Oil Division Manager pun saya dengar tak dengar. Sibuk ambik gambar kekdahnya…heh heh.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Bio Oil Workshop

Kemudian ada sharing session bersama Dr. Nazirin Ariffin seorang pakar kulit @ dermatologist di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Menarik lah juga ilmu yang dipelajari pasal kulit pada hari tu.

Bio Oil Workshop

Lepas tu ada sesi experimen menggunakan Bio Oil sebagai asas sebelum disapukan foundation pada kulit. Memang lain rasanya berbanding jika letak foundation je terus pada kulit. Rasa lembut dan tidak kasar. I like!

I like.. I like ni… padahal bukannya saya pakai make up dengan foundation segala pun..ekekeee.

Bila ada sesi demo make up baru mata saya cerah sikit. Best tengok orang make up walaupun diri sendiri tak make up. Seronok tengok muka yang tak berapa cantik jadi cantik… tak berapa cerah jadi putih gebu gitu.

Bio Oil Workshop

Sesi make up dan tip-tips make up menggunakan Bio Oil disampaikan oleh Monica Lee, seorang make-up artist selebriti.

Model berbaju oren ni muka dia biasa-biasa je. Tak lawa sangat dan tak putih. Lepas make-up… wallaaa… terus bertukar menjadi cantik. Walaupun cantik tu palsu dan sementara tapi kira cantik lah jugak kannnnn.

Kemudian ada demo make-up bagi wanita berumur macam saya…eh bukan.. macam aunti ni. Saya muda lagi tak perlu make-up tetap cantik… ekekeee.

Bio Oil Workshop

Muka auntie nampak suram sebab ada tompokan pada kulit dan kesan selaran matahari. Memang beza warna kulit muka dengan lain-lain bahagian badan.

Bio Oil Workshop

Auntie ni putih sebenarnya tapi kulit muka jadi gelam suram tak lawa langsung. So.. tugas Monica Lee ni untuk transform muka auntie ni jadi cantik.

Lepas sapu Bio Oil sebelum letak bedak asas… make up senang blend dengan kulit dan tahan lama.

Tadaaaa!

Bio Oil Workshop

Terus kulit muka jadi sekata dengan warna kulit bahagian badan dia yang lain. Baru cantik.

So… cubalah Bio Oil ni. Memang best kalau sapu Bio Oil sebelum apply make-up tau.

ps.. Saya kurang suka Bio Oil ni. Tak tahan dengan bau dia tewww. Kalau tak ada bau lagi bagus la kan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *