Bila Dah Hilang Baru Terasa

Me tulis ni untuk bagi peringatan untuk diri sendiri aje. Sempena Hari Raya Korban ni banyak drama TV pasal pengorbanan kan.

Sabtu malam hari tu, ada drama pasal seorang ayah yang panas baran. Anak-anak buat benda yang salah di mata dia je kena pukul. Anak-anak bising bermain pun kena belasah. Sampai isteri pun kena tempias kemarahan dia.

Si ayah rasa rumah tu ‘panas‘… tak aman sebab perangai anak-anak yang nakal. So, dia cari ‘ketenangan‘ kat luar.

Isteri yang tengah diancam nyawa call berkali-kali pun tak nak angkat. Sebab anggap isteri dan anak-anak menyusahkan hidup dia.

Bila anak dan isteri semua mati kena bunuh perompak dalam rumah sendiri, baru rasa menyesal tak sudah. Ada anak-anak dan isteri depan mata tak nak hargai. Bila lima-lima (termasuk baby dalam perut isteri) dah pergi baru nak insaf. Tapi dah terlambat!

Anak-anak dan isteri tu kan hanya pinjaman dan amanah dari Allah. Kalau Allah dah bagi pinjam tapi kita TAK NAK jaga, Dia akan ambik balik…masa tu menyesal pun tak ada guna. Sebab Allah tak kan bagi balik!

Jadinya, HARGAI apa yang kita ada. Sebab bila-bila masa Allah boleh tarik balik.

Satu lagi.. kita patut tengok juga kenapa si ayah tu jadi panas baran. Mesti ada sebab tu.

Sebab dia panas baran macam tu ialah kerana masa dia kecik-kecik selalu kena pukul. Phobia sampai termimpi-mimpi sampai ke besar.

Bila kecik-kecik dah kena belasah/rotan/pukul/marah teruk… bila besar akan beri kesan. Otak anak akan absorb aksi parents yang memukul/marah sebagai role model. Bukan dia nak jadi macam tu tapi secara tak sedar fikiran dia rasa itu cara yang betul.

So, bila dah berkahwin dan ada anak… he will do the same thing yang ibubapa pernah buat dekat dia. Marah dan pukul!

*Sikap panas baran macam ni kalau dah terbiasa di besarkan dalam cara yang macam tu, memang susah nak kawal. Tapi kita kena cuba kawal. Jangan jadi macam si ayah dalam drama tu. All gone in minutes!

*Kalau kita pun terus dengan sikap panas baran, tak mustahil anak-anak pun akan bersikap buruk macam tu bila dah besar. Kan contoh melalui teladan.

Sama-sama beringat

Tags from the story

13 Comments

    • eliss, tu la ngeri tengok org panas baran ni *me kdg2 pun baran gak…especially time period.. he..he*

  • cerita ni mcm penah baca kat email (dah lama jugak rasanya). plotnya sama. some dialogue pun sama, especially part yg ayah dia cakap ‘kalau tak suka, jgn buang, pulangkan. cuma ending jer ada tuka sikit. dlm email tulis, wife n anak2 meninggal sbb accident. emm.. so sapa tiru sapa.. ataupun adakah penulis email dan penulis skrip cerita ni org yg sama…
    .-= h4ni3´s last blog post..Orang Meru Kebal??? =-.

  • betul..cite tu betul2 tinggalkan kesan kt hati ni..sadis..sedih sungguh..huhu..tapi itula lumrah manusia..bila ada di depan mata,tanak hargai..bila dh hilang baru tercari2..

  • oh..me sangat terinsaf ngan drama ni..rasa nak nangis part sheila rusly hembus nafas terakhir dan sempat melaungkan AllahhuaAkbar bila perut dia kena tikam… 😥
    .-= Hanz´s last blog post..Baby Hambali refuses EBM =-.

  • i masa tengok ending citer tu..rasa sedih teramat sebab faham sangat apa perasaan ibu bila tengok anak disakiti..sedih sangat2..

  • drama yg penuh dengan keinsafan..Seorg isteri yang tabah,sgt setia and patuh pada suami tapi dikurniakan suami yg tidak tahu menghargai..Panas baran ni adalah satu penyakit yg merbahaya..renung-renungkan.Sila kawal tahap baran anda. 🙂

  • Laaa sayang nya Intan tak tengok lah drama tu. Thanks for sharing it here…

    Yg hidup harus di hargai coz kalo dah pergi mmg dah takde makna nya lagi 🙁
    .-= Intan´s last blog post..Baby With Car Contest =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *