Bersalin Secara Pembedahan | Pengalaman Bersalin Secara Caesar di Hospital Sungai Buloh 2015

Bismillah. Aloe!

Akak dah cerita tentang pengalaman akan bersalin secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh iaitu pada tahun 2008 & 2012. Kali ni nak story pengalaman bersalin caesarean untuk kali ke 3 & terakhir pada akhir tahun 2015.

Lepas ni akak tak boleh mengandung lagi. Musnah sudah harapan nak bersalin secara normal. Ingat nak cuba VBA2C tapi uri kat bawah jugak. Kena juga bersalin secara pembedahan. Sudah takdirnya begitu [wp-svg-icons icon=”neutral” wrap=”i”].

Akak dapat tarikh pembedahan caesarean pada 9 November 2015. Kena masuk wad sehari sebelum tarikh tersebut.

SEHARI SEBELUM PEMBEDAHAN

Akak datang “serah diri” di Hospital Sungai Buloh pada 8 November 2015 (Ahad). Anak-anak kena tinggal di rumah dengan Mak Tok nya. Nasib baik lah Mak Tok sudi datang jaga budak-budak tu sehingga akak discharge.

Pukul 10 pagi akak dan suami sampai di Patient Assessment Center (PAC) Hospital Sungai Buloh. Magiknya tak ramai orang!!!

Tak sangka pulak kan tak ramai ibu hamil kat PAC hari tu. Even parking pun banyak lagi. Biasa kat PAC ni penuh giler dengan mak buyongs. Sebab tu la akak kata magika hehehee.

Lepas register kena pergi depan kaunter. Tunggu nurse panggil untuk check jantung baby. Akak bab menunggu tak de masalah punya.

Tapi akak sikit geram sebab nurse tu marah akak sebab tak bawak kain sarung @ batik. Siap sound kata next time bawak sebab kain tak cukup. Akak tengok ada banyak je kain pink tu. Apa pasal la nak kedekut sangat. Lagi pun akak datang ni memang dah booked untuk masuk wad. Memang kena pakai “uniform pesakit” kain dan baju pink tu jugak sebelum masuk wad.

Actually akak ada bawak kain batik tapi ada dalam beg. Beg tu pulak ada dalam kereta. Sebab last time akak masuk PAC untuk bersalin pada 2012, nurse tak bagi bawak beg masuk kat PAC ni. Kali ni akak tengok beg-beg mak buyong bersepah kat atas kerusi. Mana la akak tau kan. Bukannya tiap-tiap tahun beranak pun. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Macam biasa sebelum pembedahan caesarean, akak kena sign surat kebenaran pembedahan dan surat kebenaran dibius. Akak ni kalau pregnant lagi lepas ni memang very high risk. Walaupun hati remuk terpaksa jugak akak sain surat kebenaran buat BTL @ ikat sekali. Lepas ni akak dah tak boleh pregnant lagi huhuhu! [wp-svg-icons icon=”heart-broken” wrap=”i”]

Doktor cucuk jarum @ branula pada tangan akak. Eiiii…. tak sukanya branula ni. Sakit tangan weh!!

Hospital Sungai Buloh

Masa Irfan dulu dekat 2 hari akak kena tunggu sebelum ada katil kosong. Kali ni tak lama tunggu. Dalam beberapa jam je dah boleh masuk wad. Jeles je mak buyong lain yang dah menunggu lama tu hahahaha.

Macam biasa akak kena duduk wad 6B. Wad ni khas untuk yang ada masalah kehamilan macam uri di bawah, ibu kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Malamnya akak kena puasa bermula pukul 10 malam. Tak boleh makan. Tak boleh minum. IV drip diberikan melalui branula. Bila dah pasang IV drip ni nak ke tandas pun kena bawak sekali la IV drip tu. Nak membeser pun payah [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”].

Kandungan akak masa tu dah 38 minggu. Perut memang terasa sakit dan mengeras. Nak tidur pun susah. Kedudukan baby melintang memang terasa sangat menyakitkan. Terpaksa tampu perut setiap kali berjalan. Rasa sangat berat dan keras.

HARI PEMBEDAHAN 9.11.2015

Akak dapat giliran nombor 2 untuk dibedah pada pagi 9 November 2015. Nasib baik pagi tu tak ada emergency cesarean. Kalau ada confirm turn akak tu kena tangguh. Mak tak sanggup nak menunggu. Perut berat macam bawa batu dah!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Subuh lagi akak sudah mandi dan ready memakai gaun putih pembedahan. Operation akak tu dalam pukul 10 pagi so boleh relek dulu.

Sebelum disorong ke bilik pembedahan @ OT, akak kena minum satu ubat cecair yang rasanya sangat PAHIT. Ubat ni untuk elak akak muntah-muntah semasa pembedahan czer tu nanti.

Bila sampai dalam bilik pembedahan, akak kena duduk seperti udang sambil memeluk bantal. Kena bius separuh badan = spinal anesthasia @ tulang belakang. Maknanya akak sedar sepenuhnya masa bersalin caesarean ni.

Hospital Sungai Buloh

Seram sejuk pulak rasanya bila pakar bius nak cucuk jarum kat celah tulang belakang tu. Diketuk-ketuknya tulang belakang akak. Nak cari ruang yang sesuai kot.

Semasa pakar bius memasukkan jarum halus pada ruang antara tulang belakang tu memang terasa tusukan jarum tu!

Akak ingatkan dah settle lah tapi lepas tu doktor cucuk lagi dan lagi dan lagi!!! Mak aihhhhh…. apa pasal ni.

Rasanya dekat 5 kali doktor cucuk jarum halus tu kat belakang akak. 5 kali beb!!! Ketuk. Cucuk. Ketuk. Cucuk. Ketuk. Cucuk. Adeh. Rasa NGILU sangat-sangat!!!! [wp-svg-icons icon=”confused-2″ wrap=”i”]

Masa Irfan dulu sekali cucuk je terus berjalan bius tu. Ni sampai berkali-kali tak tahu apa masalahnya. Akak yang tak gemuk ni pun susah jugak ye nak jumpa jalan nak bius spinal tu. Terus rasa down akak ni dibuatnya.

Pakar cuba lagi dan akhirnya berjaya memasukkan ubat bius pada tulang belakang akak. Cepat-cepat doktor mula membedah akak.

Apa ni?? Bau daging terbakar. Erkkk!! Doktor guna pisau elektrik kah? Masa Irfan dulu tak ada macam daging panggang ni. Kali ni sebaik saja doktor toreh perut terus bau daging hangus. Tetiba rasa lapar eh…hahahah

Baru saja akak nak bertenang tiba-tiba doktor bedah berhenti menoreh perut akak. Kuat-kuat dia cakap “looks like Placenta Accreta“.

Hah!!! Placenta Accreta?

Hospital Sungai Buloh

Uhuh. Placenta Accreta. Uri melekat pada dinding rahim. Risiko tumpah darah masa bersalin dan risiko tinggi kena hysterectomy @ buang rahim!!!!

Ya Allah!! Janganlah akak kena placenta accreta. Nak kena buat BTL @ ikat peranakan ni pun akak dah sedih giler. Kalau kena buang rahim terus agaknya meroyan akak masa pantang nanti.

Doktor hentikan pembedahan dan terus call another pakar. Dia minta that other doctor cepat-cepat datang ke operation room. I need extra hands katanya.

Dengar je dia cakap macam tu jantung akak ni berdegup laju. Memang akak panik. Blood pressure macam naik sebab akak perasan doktor bius sebelah akak asyik top up je SNP @ ubat untuk regulate blood pressure tu kat branula tangan kanan akak tu.

Lepas 10 minit stop barulah pembedahan disambung semula. Doktor tak ada mention pun tentang Placenta Accreta tu lagi. Nasib baik bukan placenta accreta!! Tak boleh bayangkan kalau akak kena buang rahim….huwaaaaa!!

Hospital Sungai Buloh

Masa pembedahan berjalan, doktor bius yang handle blood pressure akak tu keep on reminding akak untuk selawat banyak-banyak. Ingat Allah. Kira baguslah doktor ni. Mekasih doc!

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Sambil selawat akak masih tertanya-tanya dalam hati apa lah jantina baby. Sebab banyak kali scan tak nampak hehehe.

Tiba-tiba dengar baby menangis. Alhamdulillah.

Hospital Sungai Buloh

Selepas baby dibersihkan dan dicatat skor apgar barulah nurse bawa baby pada akak yang masih terlentang atas meja pembedahan. Nurse tunjuk jantina baby.

Ohhh. Girl rupanya. Patutlah tak nak tunjuk masa scan. Malu hahaha.

Irdina lahir semasa kandungan 38 minggu dengan berat 2.95 kg. Putih gebu & mata sepet macam terkenan baby Korea gitu. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Segar dan wangi sungguh bau baby yang fresh from the oven ni. Tak puasnya lah cium bau baby baru lahir ni. Akak ni kira last dapat bau baby fresh yang keluar dari rahim sendiri.

Lepas uri dikeluarkan, doktor pun mulakan operasi BTL @ ikat saluran peranakan. Memang boleh rasa bila doktor gunting tiub fallopio tu dan mengikatnya. Luluh hati akak ni.

Tapi akak tau inilah yang terbaik untuk akak. Mengandung lagi adalah sangat berbahaya kepada nyawa akak. Actually, akak pun tak larat dah nak pregant lagi. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

SELEPAS PEMBEDAHAN

Akak bersalin secara pembedahan caesarean kali makan masa selama 40 minit. Lama sebab doktor stopped selama 10 minit masa suspek Placenta Accreta tu dan juga ambik masa untuk buat BTL pada akak.

Pembedahan bermula pukul 11.09 pagi, baby lahir pukul 11.27 pagi dan pembedahan tamat pada pukul 11.50 pagi.

Lepas tu akan disorong keluar dan diletakan di recovery room kat sebelah OT tu. Kena berbaring kat situ selama 1/2 jam.

Magiknya kali ni akak langsung tak rasa sejuk! Dua kali pembedahan caesaren sebelum ni akak memang sangat sejuk hingga menggigil-gigil walapun sudah diselimutkan dengan selimut panas. Pelik pulak kali ni tak sejuk hehehe.

Perut akak di bahagian luka czer tu pun tak rasa sakit macam tahun 2008 & 2012. Ubat bius banyak sangat so kesan bius tu bertahan lama kot. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Akak kena berbaring terlentang @ supine position selama 6 jam selepas pembedahan. Tekak ni rasa dahaga sangat. Perut pun lapar giler. Tapi boleh minum sikit-sikit je. Makan tak boleh lagi.

Kali ni akak kehilangan darah sebanyak 450 ml. Tak sampai 500 ml so tak perlu dimasukkan darah.

Hospital Sungai Buloh

Magiknya juga saluran kencing tak terasa perit walaupun masih dipasang tiub catheter.Masa cezar tahun 2008 & 2012 terasa pedih dan perit kat bawah tu. Kali ni tak terasa pulak.

Sebaik sahaja sampai di wad 6B, baby akan terus diletakkan dalam bassinet sebelah katil akak ni. Lepas 2 jam ada nurse yang handle penyusuan susu ibu datang tolong akak untuk menyusui baby.

Hospital Sungai Buloh

Bayangkan macam mana akak yang perut baru kena toreh dan kena baring terlentang @ supine position for 6 hours tu menyusui bayi. Siapa kata bersalin secara caesarean ni best sebab tak sakit sangat memang nak kena sepak dengan akak lah.

Selepas 6 jam nurse datang betulkan katil supaya akak boleh duduk. Nurse bagi akak makan dan minum.

Eh! Dah boleh makan ke nurse? Dua kali cezar sebelum ni hanya boleh minum je. Esoknya baru boleh makan.

Hospital Sungai Buloh

Ni lepas 6 jam dah bagi green light untuk makan. Perut pun memang lapar yang amat sangat ni. Pucuk dicita ulam mendatang la beb.

Bubur nasi kosong pun rasa nikmat yang amat sangat. Kelaparan sangat. Pelan-pelan akak makan.

Tapi lepas beberapa suap, akan rasa kepala ni pening dan berpusing. Berdenyut-denyut. Rasa nak muntah dan kemudiannya memang terus muntah balik bubur nasi tu. Tak sempat ambik plastik kuning dah.

Nurse yang datang tengok akak tu pulak muka ketat betul. Tak cukup tidur agaknya nurse tu. Akak bukan suka-suka nak muntah nurse sayang. Siapa suruh bagi green light makan tadi tu kannnnnnnnn.

Terpaksalah akak menahan lapar sepanjang malam. Perut rasa pedih dan berbunyi-bunyi. Kepala rasa pening mungkin sebab darah hilang masa dibedah.

Nasib baik akak ada bawa Qaseh Adinda. Akak togok sikit-sikit hingga tinggal hampir setengah botol pada malam tu. Memang sangat membantu menghilangkan rasa lapar dan memulihkan tenaga selepas pembedahan.

HARI KEDUA SELEPAS PEMBEDAHAN 10.11.2015

Akak mula rasa gatal-gatal dari lengan yang merebak ke muka, belakang dan seluruh badan. Gatal tahap gaban!

Kegatalan ni kesan buruk @ kesan sampingan ubat bius spinal la ni. Segala celah lipatan rasa gatal-gatal. Rasa nak garuk-garuk.

Nasib baik akak ada bawa Forever Living Aloe Vera Jelly. Setiap kali rasa gatal je akak picit sapu pada kulit. Alhamdulillah. Rasa nyaman kulit dan hilang rasa gatal.

Hospital Sungai Buloh

Akak memang sarankan korang yang nak bersalin samada secara pembedahan caesarean atau normal untuk stand-by Forever Living Aloe Vera Gelly ni. Masukkan dalam list barang-barang untuk dibawa ke hospital. First aid in a tube yang sesuai juga untuk baby.

Akak tak perasan tangan kiri akak yang masih ada branula untuk masuk IV drip tu bengkak giler. Sampai jadi 2 kali ganda dari asal. Bekkok cobong.

Nurse pun terkejut bila tengok tangan akak tu. Memang akak langsung tak sedar tangan dah bengkak. Sebab tak rasa sakit pun.

Cepat-cepat nurse bukak branula tu dan tukar IV drip pada branula tangan kanan pulak.

Akak sapu Forever Aloe Vera Gelly pada bahagian tangan yang baru dicabut branula dan bengkak teruk tu. Alhamdulillah, bengkak beransur surut sehingga tangan kembali kepada saiz asal.

Lepas bersalin ni memang biasa kena sakit belakang dan lenguh betis. Kaki pun rasa sejuk. Forever Living Aloe Heat Lotion ni memang sangat membantu ibu selepas bersalin.

Hospital Sungai Buloh

Akak bawak Forever Living Aloe Heat Lotion ni ke hospital. Sapu pada belakang, betis dan kaki. Hilang rasa sakit-sakit tu semua.

HARI KETIGA SELEPAS PEMBEDAHAN 11.11.2015

Alhamdulillah. Akak dapat keluar dari wad pada hari ke 3. Rindu sangat pada Izzah dan Irfan.

pembedahan-caesarean-hospital-sungai-buloh-26

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *