Bismillah. Aloe!
Akak bersalin secara pembedahan sebanyak 3 kali di Hospital Sungai Buloh iaitu pada tahun 2008, 2012 dan 2015. Bukannya suka-suki nak bersalin caesar ni korang weh. Terpaksa sebab semuanya uri di bawah @ placenta previa type 2-3.
Kali ni akak nak cerita pengalaman akak masa melahirkan secara pembedahan caesarean pada tahun 2012. Nak melahirkan Irfan ni akak kena bertapa dalam wad Hospital Sungai Buloh selama 2 minggu!
Masa Irfan ni akak disahkan placenta previa type 3. Musnah impian akak nak VBAC @ bersalin normal selepas caesarean kali pertama. Nak buat macam mana kan. Takdirnya kali ni pun kena bersalin secara pembedahan. [wp-svg-icons icon=”sad-2″ wrap=”i”]
Akak masuk wad selama dua minggu sebelum tarikh pembedahan. Ramai sungguh kes uri bawah yang sama dengan akak dalam wad 6B tu.
Ada yang dah bertapa dalam tu dua bulan lebih!! Akak dua minggu pun dah panas bontot. Rasa terkurung macam burung dalam sangkar. Bayangkan berbulan-bulan kena tahan dalam wad. Placenta previa punya pasal!
Memang bahaya uri di bawah @ placenta previa ni. Akak saksikan sendiri ada ibu hamil dengan uri di bawah ni tiba-tiba tumpah darah selepas pergi tandas. Darah mengalir laju macam air paip!
SEHARI SEBELUM PEMBEDAHAN
Akak akan dibedah pada 17 December 2012 iaitu semasa kandungan masuk 37 minggu. Sehari sebelum pembedahan, doktor scan @ imbasan ultrasound untuk pastikan kedudukan bayi.
Baby akak dalam kedudukan songsang = kaki di bawah dan doktor menyatakan kedudukan ini memudahkan dia untuk menarik bayi keluar. Kalau kepala bayi di bawah, doktor perlu menggunakan forcep untuk menarik bayi keluar dan kemungkinan besar muka bayi akan ada kesan lebam.
Macam biasa sebelum pembedahan caesarean, akak kena sign surat kebenaran pembedahan dan surat kebenaran dibius. Malah doktor ada menerangkan risiko pembedahan dan juga prosedur pembiusan.
Jarum @ branula dicucuk pada tangan akak. Satu branula pada setiap tangan. Akak memang benci branula ni. Kebas tangan weh!!
Malamnya akak kena puasa bermula pukul 10 malam. Tak boleh makan. Tak boleh minum. IV drip diberikan melalui branula. Bila dah pasang IV drip ni nak ke tandas pun kena bawak sekali la IV drip tu. Nak membeser pun payah [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”].
HARI PEMBEDAHAN 17.12.2012
Subuh lagi akak sudah mandi dan ready memakai gaun putih pembedahan. Turn akak untuk czer hari tu ialah nombor dua, jadi kena tunggulah sehingga pukul 10 pagi. Nasib baik tak ada kes kecemasan lain. Kalau ada kes czer kecemasan, akak punya turn kena tunda pulak.
Sebelum disorong ke bilik pembedahan @ OT, akak kena minum satu ubat cecair yang rasanya sangat PAHIT. Ubat ni untuk elak akak muntah-muntah semasa pembedahan czer tu nanti.
Masa Izzah dulu, bilik OT tu macam besar sangat, sejuk giler dan dipenuhi dengan ramai nurse dan doktor. Kali ni bilik OT tak lah besar dan suhunya kira boleh tahan lah. Tak gigil langsung so akak tak lah rasa panik. Relak je perut nak kena lapah ni hehehe.
Akak kena duduk seperti udang sambil memeluk bantal. Kena bius separuh badan = spinal anesthasia @ tulang belakang. Maknanya akak sedar sepenuhnya masa bersalin caesarean ni. Tiba-tiba rasa sedikit panik.
Semasa pakar bius memasukkan jarum halus pada ruang antara tulang belakang tu memang terasa tusukan jarum tu!
Akak disuruh berbaring sambil mendepakan kedua-dua belah tangan. Branula di tangan kanan ada IV drip. Branula di tangan kiri digunakan untuk masukkan ubat untuk mengawal tekanan darah. Sodium nitroprusside (SNP) kot nama ubat untuk regulate blood pressure tu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tirai tebal dipasang di depan muka akak so memang tak nampaklah apa doktor tengah buat. Ngeri eh kalau nampak perut kena belah dan darah terpancut tu yewww.
Tak sampai seminit akak mula rasa kebas dari pinggang ke bawah. Doktor suruh angkat kaki untuk pastikan ubat bius berkesan. Siap cubit lagi peha akak dan tanya sakit ke tidak. Akak hanya boleh gerakkan jari kaki tapi langsung tak ada daya nak angkat kaki. Berkesan la tu!
Doktor pun masukkan tiub catheter di saluran kencing. Akak boleh rasa pergerakan doktor cuma tak rasa sakit sebab dah kena bius. Tapi bila doktor sapu cecair sejuk kat perut boleh pulak rasa hehehe.
Owh. Branula tangan kiri akak tu doktor guna untuk masukkan ubat mengawal tekanan darah tu kan. Bila blood pressure akak naik je sikit terus doktor masukkan SNP.
Berkali-kali. Sampai akak rasa sakit yang amat sangat pada tangan kiri tu. Bengkak jadinya. Terpaksa doktor bukak branula tu dan pasang yang baru pada urat di pelipat tangan. Masuk SNP banyak kali kat situ langsung tak rasa sakit sebab urat besar kan.
Masa pembedahan memang akak boleh rasa pergerakan pisau di perut tapi langsung tak rasa sakit. Akak juga boleh dengan doktor duk discuss tentang pelekatan organ @ adhesion dalam perut akak tu.
Bila doktor menolak kepala baby untuk dikeluarkan, akak rasa senak giler. Tapi bila baby dikeluarkan je terus rasa plop!! Kosong rasa perut [wp-svg-icons icon=”shocked-2″ wrap=”i”]
Akak dengar cecair amniotik dalam mulut baby di sedut. Lepas tu baru dengar baby menangis. Sayup je bunyi.
Tiba-tiba perut rasa senak lagi bila doktor menekan perut untuk keluarkan uri.
Selepas baby dibersihkan dan dicatat skor apgar barulah nurse bawa baby pada akak yang masih lagi belum selesai pembedahan. Nurse tunjuk jantina baby dan bagi cium baby.
Wah!! Segar dan wangi sungguh bau baby yang fresh from the oven ni. Memang best sangat bauan dari syurga ni.
SELEPAS PEMBEDAHAN
Akak bersalin secara pembedahan caesarean ni tak sampai 1/2 jam kot. Pembedahan bermula pukul 10.51 pagi, baby lahir pukul 11.01 pagi dan pembedahan tamat pada pukul 11.15 pagi.
Irfan lahir semasa kandungan 37 minggu dengan berat 2.57 kg. Rambut lebat sangat tak macam kakak dia dulu heheh
Lepas tu akan disorong keluar dan diletakan di recovery room kat sebelah OT tu. Kena berbaring kat situ selama 1/2 jam.
Tiba-tiba akak rasa sejuk sangattttttttttttt. Nurse dah selimutkan dengan selimut berhaba panas pun tetap menggigil kesejukan. Kesan buruk ubat bius la ni.
Kali ini perut akak di bahagian luka czer tu tak lah sakit macam masa tahun 2008 dulu. Angin dalam perut pun tak banyak.
Akak kena berbaring terlentang @ supine position selama 6 jam selepas pembedahan. Tekak ni rasa dahaga sangat. Perut pun lapar giler. Tapi boleh minum sikit-sikit je. Makan tak boleh lagi.
Kali ni akak hanya kehilangan darah sebanyak 200 ml sahaja. So tak perlu dimasukkan darah.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Saluran kencing terasa perit dan tak selesa sebab masih dipasang tiub catheter. Akak mintak nurse bukak tapi dia kata esok baruk boleh bukak. Pedih kat bawah tu weh… huhuhu.
Sebaik sahaja sampai di wad 6B, baby akan terus diletakkan dalam bassinet sebelah katil akak ni. Selepas 4 jam baru saya dapat menyusukan baby dengan bantuan suami. Susah sungguh menyusui baby dengan perut pedih sambil mengiring tu.
Selepas 6 jam baru boleh minum. Memang rasa dahaga yang amat sangat. Kalah rasa dahaga masa bulan puasa.
Akak minum air sikit-sikit sampai lah habis satu liter pada malamnya. Lepas tu baru hilang rasa dahaga teruk tu.
Malam tu kena gagahkan diri bangun untuk susukan baby dan bersihkan baby yang berak hitam banyak kali tu. Bukan perut je yang sakit tapi kat bawah tu pun sakit jugak [wp-svg-icons icon=”sad-2″ wrap=”i”]
HARI KEDUA SELEPAS PEMBEDAHAN 18.12.2012
Akak mula rasa gatal-gatal dari lengan yang merebak ke muka, belakang dan seluruh badan. Tak pernah rasa gatal seteruk tu. Tak dapat nak kawal diri dari menggaru. Gatal tahap gaban!
Kegatalan ni kesan buruk @ kesan sampingan ubat bius spinal la ni. Masa Izzah dulu akak kena general anesthasia dan tak rasa gatal langsung. Akak tengok ibu yang depan katil akak pun sama kegatalan.
Nasib baik lepas mandi rasa gatal makin berkurangan. Hampir 2 hari jugak menahan kegatalan selepas pembedahan caesarean nih.
Nurse mencabut tiub catheter dan akak merasa lega tiada lagi rasa benda melekat di saluran kencing. Tapi bila nak buang air kecil tu rasa sakit dan pedih sangat.
HARI KETIGA SELEPAS PEMBEDAHAN 19.12.2012
Tak sabar sangat nak balik. Ye lah..dah lebih 2 minggu duduk dalam wad. Rindu sangat nak keluar.
Tunggu doktor datang buat round kat wad. Bila check luka okey so boleh lah balik. Seronoknya dapat balik!!