Pada bulan Disember 2014, kawasan Pantai Timur Malaysia telah dilanda oleh banjir terburuk sejak puluhan tahun, yang telah memusnahkan kediaman dan kehidupan serta melumpuhkan kampung-kampung yang terlibat. Sehingga hari ini, sedikit demi sedikit, mangsa-mangsa tragedi itu masih cuba untuk memulihkan kehidupan. Sejajar dengan semangat Mahsuri untuk menyumbang semula kepada masyarakat, program Tanggungjawab Sosial Korporat Mahsuri akan berkolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan, Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk membina semula dan membaik pulih komuniti yang telah terjejas di dalam tragedi banjir itu.
Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui jenama sos Mahsuri yang terkenal dengan kualitinya, Mahsuri dengan keikhlasan sepenuh hati akan menyumbangkan 100% dari hasil jualan setiap botol rangkaian sos Mahsuri yang dijual di semua cawangan pasar raya Giant di seluruh negara dari tempoh bermula 26 Mac hingga 8 April 2015 kepada Program Desa Lestari yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM).
Sos Mahsuri merupakan rasa sebenar masakan Melayu yang memberikan keutamaan yang tinggi kepada kesucian dan kesegaran di dalam penyediaan makanan sehariannya. Rangkaian sos Mahsuri disahkan Halal oleh JAKIM dan bebas dari bahan pengawet. 4 jenis sos Mahsuri, antaranya Kicap Manis Pedas, Kicap Manis, Sos Perapan Ayam dan Sos Berperisa Tiram menepati keperluan setiap dapur untuk menghidangkan lauk pauk Melayu asli yang enak.
“Projek CSR ini sangat dekat dengan hati kami kerana kami menyaksikan sendiri penderitaan yang dialami oleh rakyat Malaysia semasa kejadian banjir itu. Kami percaya dengan menghulurkan bantuan ke arah pembangunan komuniti mangsa banjir, kami akan dapat mengubah nasib mereka sedikit demi sedikit untuk keluar dari kemiskinan menjadi komuniti sihat yang mampan diri serta tidak memerlukan bantuan dari luar, di dalam jangka masa panjang‘ kata Carmen Liew, Pengarah Pemasaran Mahsuri, Lee Kum Kee Malaysia.
Apabila banjir 2014 melanda negeri-negeri terbabit, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah terlibat di dalam usaha-usaha bantuan dengan memberikan bantuan secara agresif kepada lebih 40,000 penerima manafaat di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada bulan Februari tahun ini, Islamic Relief Malaysia (IRM) mempertingkatkan usaha-usaha bantuan jangka panjang di dalam Program Desa Lestari.
Di bawah projek ini, kampung-kampung yang dilanda banjir dibangunkan di dalam 5 komponen utama untuk menjadikan mereka sebagai komuniti mampan dengan kemudahan-kemudahan sosial dan peluang-peluang kehidupan. Semua keuntungan yang diperolehi melalui kempen Tanggungjawab Sosial Korporat Mahsuri sepanjang tempoh ini akan disalurkan ke arah pembinaan semula tempat tinggal, kehidupan yang mampan, pendidikan, memperkasakan komuniti, dan Pengurusan Pengawalan Risiko Bencana di kampung-kampung di bawah Program Desa Lestari.
Islamic Relief Malaysia (IRM), yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2005 dalam usaha mengembangkan bantuan kemanusiaan di rantau Asia Pasifik. Di awal penubuhan, IRM memberi tumpuan sebagai pejabat mengumpul dana sahaja namun kini memainkan dua peranan sebagai pusat pengumpulan dana (untuk projek tempatan dan antarabangsa) dan pejabat serantau (untuk menjalankan projek bantuan tempatan).
Berlandaskan nilai-nilai Islam dan ajaran-ajaran Ikhlas, Adil, Rahmah, Amanah dan Ihsan, IRM menjalankan program-program komuniti, ekonomi dan pembangunan sosial di Malaysia dimana sasaran penerima manfaat termasuk, tetapi tidak terhad kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, warga tua dan golongan kurang keupayaan fizikal.
“Dengan jalinan kerjasama dan sokongan berterusan dari rakan korporat seperti Mahsuri, IRM berharap dapat memberikan yang terbaik dan lebih lagi didalam usaha-usaha IRM untuk membangunkan kampung-kampung dibawah program ini untuk menjadi komuniti yang mampu bangkit dan berdikari dengan sokongan kemudahan infrastruktur yang berkualiti, tanpa mengabaikan keperluan pembangunan kemahiran dan pengetahuan persediaan menghadapi bencana dan pembangunan ekonomi setempat untuk kehidupan mampan,” kata Pengarah Negara IRM, Tuan Zairulshahfuddin B. Zainal Abidin.
Untuk keterangan lanjut tentang Islamic Relief Malaysia atau Program Desa Lestari, sila kunjungi www.islamic-relief.org.my atau www.facebook/MyMahsuri
Membeli sambil beramal.. gud gud