Bismillah. Cikros di sini.
Awning tudung sekolah anak kemek. Kelepet. Senget benget. Siapa ada masalah macam aku ni? Sure ramai kan. Haha!
Aku bagi Izzah tu tudung sekolah soft awning / awning lembut sebab fikir senang dia nak pakai. Just sarung macam tu je kan.
So since dia darjah satu hingga sekarang darjah 4, anak aku memang setia memakai tudung sekolah awning lembut lah. Saiz of coz dah bertukar dari SS ke S.
Aku suka tudung sekolah soft awning kain Lycra Korea sebab mudah nak basuh. Terus campak dalam mesin basuh je settled. Hehe!
Tapi ada masalah juga dengan tudung sekolah soft awning macam tu. Sooner or later, awning tudung tu akan jadi lembik. So bila anak pakai tudung sekolah tu jadi kemek. Kelepet tak bermaya je awning tu.
Tak kemas. Tak comel. Tak sedap mata memandang. Nampak selekeh sangat anak aku tau. Huhu!
Aku tengok awning tudung sekolah tu pun nampak kecik besar, kecik besar je. Ishhhh. Geram sungguh. Melepet je awning tudung tu dari waktu pergi sekolah hingga time balik sekolah petangnya.
Tapi Izzah so far belum lagi komplen tentang tudung yang kemek tu. Belum masuk fasa self-conscious lagi la tu. Tunggu lah dia naik darjah 5 / 6 nanti. Sure mula ada perasaan malu pakai tudung kelepet senget macam tu kan. Hehe!
Persoalannya. Kenapa tudung sekolah soft awning boleh jadi lembik, kemek, kelepet dan senget macam tu sekali?
Punca Sebenar Awning Tudung Sekolah Cepat Lembik
Ada yang cakap tudung sekolah awning lembut ni mudah rosak sebab basuh guna mesin basuh. Betul ke?
Jawapannya of coz lah tidak. Bukan salah mesin basuh ye omak sekelian alam. Kesian mesin basuh kena fitnah. Haha!
Tahu tak? Punca sebenar awning tudung sekolah cepat lembik adalah disebabkan IRON. Ye, iron! Mommies semua sure suka iron bahagian awning lembut tudung sekolah tu kan.
Bersungguh benar menggosok. Konon nak bagi awning tu nampak cantik. Aku pun sama lah. Huhu!
So nak elakkan awning tudung sekolah dari rosak / lembik / kemek ialah JANGAN gosok di bahagian jahitan tulang awning tu. Hanya gosok-gosok manja di bahagian tengah awning sahaja.
Percayalah. Dengan penjagaan yang betul, tudung sekolah soft awning anak akan bertahan lama paling kurang hingga 12 bulan.
So nampaknya next year aku kena ganti tudung sekolah baru untuk Izzah. 10 helai tudung sekolah soft awning dia semuanya dah rosak awning-nya. Huhu!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi kalau bukan sebab awning tudung sekolah kelepet pun aku tetap kena beli baru. Sebab Izzah dah meninggi. Tudung sekarang sudah makin singkat.
Tudung Sekolah Awning SCUBA Confirm Awning Tak Kemek!
Excuse me! Tudung awning scuba? Tudung jenis apa pulak tu? Nak pakai pergi scuba diving ke?
Aku pun first time dengar tudung sekolah awning scuba ni tau. So omak-omak lain tau ke apa tudung awning scuba ni?
Tudung sekolah awning scuba ni penyelesaian kepada masalah tudung sekolah soft awning yang kemek tu tau.
Kalau omak teringin nak bagi anak merasa pakai tudung sekolah dengan awning terletak, comel dan cantik dari pagi sampai ke petang — tudung sekolah awning scuba ni lah jawapannya!
So apakah awning scuba? SCUBA adalah sejenis fabrik span lembut yang digunakan untuk buat baju renang tebal yang kalis sejuk (thermal / insulated swimming suit). Nama lain bagi kain scuba ialah neoprene.
Owh. Anak-anak aku memang guna baju renang yang dibuat daripada kain scuba / neoprene ni. Aku suka sebab kain scuba ni lembut tapi bila basuh ia akan tetap kembali ke bentuk asal. Tak berkedut langsung.
Memang sesuai sangat lah guna kain scuba / neoprene untuk buat awning tudung! Sebab awning pasti akan cantik terletak sepanjang tahun.
Nak cuci tudung sekolah awning scuba pun senang. Campak je dalam mesin basuh. Paling best sebab awning scuba tak payah iron.Hehe!
Keistimewaan Tudung Sekolah Awning Scuba Tudung Si Comel
Actually tudung sekolah awning scuba ni termasuk juga dalam kategori awning lembut.
Tapi tudung sekolah awning scuba berbeza daripada tudung sekolah soft awning biasa sebab kita lapiskan jahit awning-nya dengan kain scuba / neoprene. Jadi awning lembut akan mudah terbentuk dan kekal cantik terletak dari pagi hingga petang.
Biasa orang buat jahit terus kain scuba sebagai awning. Tapi tudung sekolah awning scuba Tudung Si Comel ni special. Sebab kita buat lapisan kain Lycra Korea di atasnya. So awning tudung nampak matching dengan badan tudung.
Berikut ialah ciri-ciri tudung sekolah awning scuba kami:
- Kain lycra Korea yang berkualiti dan dijamin selesa bila dipakai
- Awning scuba yang tak kemek bila dipakai, senang dibasuh mesin dan takkan merosakkan awning
- Awning tak perlu di iron
- Pelbagai saiz disediakan sesuai untuk setiap anak
- Pilihan warna putih nila dan putih mutiara
- Special free gift untuk belian 5 helai ke atas
Jomlah omak-omak semua! Kita tukar tudung sekolah anak kepada tudung sekolah awning scuba. Lebih kemas, lebih tahan lama dan lebih berbaloi.
Tudung sekolah awning scuba keluaran Tudung Si Comel ni pasti buat anak nampak comel dengan tudung kekal terletak cantik sampai balik. Awning tudung sekolah yang confirm tak akan kemek dan tak akan patah. Bestnya!
===== NAK BELI TUDUNG SEKOLAH ?? =====
Mommies yang nak beli tudung sekolah awning scuba atau soft awning lembut jenama Tudung Si Comel ni boleh klik sini: TudungSiComel
Kami ada JAMINAN 180 HARI tau. Jika ada apa-apa masalah atau tak puas hati boleh return dan kami ganti yang baru atau refund. Kalau beli kat kedai mana ada jaminan sampai 6 bulan macam ni.
TUDUNG SEKOLAH by TudungSiComel ?
? Jaminan 180 Hari ??
? Mudah Terbentuk
? Mudah Terletak
? Nampak Kemas
? Mudah Dibasuh
? Mudah Diregang
? SEJUK & SELESA
? Semestinya Comel
? Saiz SS, S, M dan L
? Umur 4 – 15 tahun
? Kain Lycra Korea Original