Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Isnin hari tu aku pontengkan anak-anak dari sekolah. Sebab nak bawa mereka beli kelengkapan sekolah. Nak elak berebut dengan ramai orang so harus lah memonteng. Hahaha!
Memang tepat sangat decision aku shopping kasut sekolah dan pakaian seragam sekolah masa weekday tu. Tak ada orang yang bersesak nak beli kelengkapan sekolah.
Area kelengkapan sekolah di Tesco tu lengang. Kami satu famili je yang conquer. Boleh ambik masa mencuba dan memilih saiz kasut. Heaven yang amat!
Aku ingat aku lah yang kiasu paling awal beli kelengkapan sekolah anak kat Tesco tu. Tapi rupanya ada omak abah yang lagi kiasu dari aku.
Sebab saiz track bottom navy blue saiz paling kecil banyak dah habis! T-shirt berkolar putih langsung dah tak ada! Parents yang anak prasekolah 2018 ramai dah borong dulu t-shirt putih dan track bottom lebih pantas dari aku.
Rujuk sini untuk panduan: Pakaian Seragam Prasekolah KPM 2018.
Nasib baik ada ngam-ngam 5 helai track bottom navy blue untuk Irfan. Tu pun aku ambik mix sizes iaitu saiz 4 dan 6. Besar sikit tak apa sebab anak pun akan meninggi.
Track bottom biru gelap kain cotton harga tengah sales RM9 sehelai. Terus aku beli 5 helai untuk Irfan dan 3 helai untuk Izzah.
Kasut sekolah Irfan aku beli yang harga RM8.90 sepasang. Tak ada brand kot. Tak kisah la tu janji ada kasut. Budak prasekolah mana pakai kasut sangat pun kat sekolah. Most of the time kena buka kasut masa dalam kelas.
Izzah pula beli kasut sekolah Asadi RM37.90. Sepasang sahaja. Tengah tahun rosak nanti beli baru.
Stokin pun beli untuk Izzah dan Irfan. Baju sekolah Izzah tahun lepas dah beli baru dan masih boleh pakai lagi. Target kena beli lagi masa dia darjah 5 atau 6.
T-Shirt Putih di Bintang Fashion
Baju T berkolar putih di Tesco dah habis. So aku ke kedai baju Mas Amirah. Kat situ ada baju T putih tapi saiz kecik semua dah habis!!
Nasib baik kat kedai baju sekolah Bintang Fashion ada banyak lagi t-shirt putih berkolar saiz kecik. Tu pun salesman tu cakap stok dah tinggal sikit. Fuh! Setel semua kelengkapan sekolah anak-anak.