Beli Belah Online | Tips Beli Buku Online di The Book Depository

So far… baru dua kali je saya beli buku online di The Book Depository. Tapi ada beberapa perkara menarik yang rasa nak kongsi.

Mana tau ada yang nak beli buku online kat situ jugak kan…ekkeke

The Book Depository ni adalah kedai buku online yang berpusat di United Kingdom.

Fuyoooh… beli buku kat England tu beb. Jauh tewwww.

The Book Depository ni merupakan kedai buku online di UK yang terbesar sekali tau. Banyak giler buku yang dijual dan sedia untuk dihantar dalam masa 48 jam.

The Book Depository

Founded dalam tahun 2004 dan fokus untuk jadikan ‘All Books available to All‘. Kalau translate… semua buku untuk semua!

Currently, The Book Depository (Guernsey) is able to ship over nine million unique titles, within 48 hours, from our fulfilment centre in Gloucester, United Kingdom. This figure is increasing every day. Apart from publishers, distributors and wholesalers, we even list and supply books from other retailers.

Nampak tu? Sembilan JUTA tajuk buku unik dalam masa 48 jam. Hebat la kan!

Penghantaran Percuma ke Seluruh Dunia

Dengar sini, jangan beritahu isteri, girlfriend, adik, kakak, ibu mertua tentang laman web TheBookDepository.com . Tau tak, portal online shopping untuk buku yang besar gila tu? Buku.. buku.. buku. .. Berjuta title, beribu publisher. Dan yang paling gila lagi, penghantaran ke seluruh DUNIA adalah percuma!!! “

Tiru iklan Zalora la pulak…ekekeke

Yup… delivery buku dari The Book Depository adalah percuma ke seluruh dunia. I like!

Memang penghantaran percuma tetapi saya rasa sebahagian kos tu dah dimasukkan dalam harga buku. Sebab ada sesetengah buku harganya adalah lebih murah jika dibeli di Amazon.

The Book Depository

Tapi di Amazon kita kena bayar lain untuk kos delivery. Mahal jugak tu sebab ikut berat dan jenis delivery samada standard atau expedite.

Kalau banding dengan Amazon, saya rasa lebih murah sikit jika beli buku online dari The Book Depository ni.

Tempoh Masa Penghantaran & Penerimaan

Kalau beli buku online di The Book Depository ni.. penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam selepas order.

Masa penerimaan pulak bergantung pada lokasi alamat kita lah. Mana nak sama kan.. kalau kita duduk Perancis dan Malaysia.

Confirm la cepat sampai buku yang dibeli kalau duduk kat Perancis. The Book Depository kan kat England… ekekee.

The Book Depository

Buku akan dihantar menggunakan Royal Mail iaitu pos biasa je tau. Jadi… makan masa jugak tu nak sampai kat tangan kita.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • United Kingdom 3-5 working days
  • Europe 7-10 working days
  • US & Canada 14 working days
  • Australia and Rest of the World 7-10 working days

Satu Buku Sampai… Yang Lain Mana?

Masa first time saya beli buku online dari The Book Depository ni saya geram jugak. Sebab hanya satu je buku sampai. Yang satu lain tak dapat punnnn. Ingat dah hilang.

Rupanya memang The Book Depository akan hantar buku ni dalam lain-lain parcel.

Hantar asing-asing. Sebab dia hantar bergantung pada availability.

Kalau buku tu dah sedia ada terus je dia hantar. Kalau belum dia hantar kemudian. Cara macam ni rasanya lebih cekap daripada kena tunggu semua buku ada.

So… no need to worry much lah. Buku yang dibeli online di The Book Depository akan dijamin dihantar dalam masa 48 jam.

3 Comments

  • Assalamulaikum sis Rosibrahim, berapa tempoh masa Buku Akan sampai ke tangan sis? Sebab estimated time delivery dari book depository to Malaysia 8-10 Hari. Tapi rasanya saya order dah lebih dari tempoh masa tersebut.

    • Wsalam.. 1-2 minggu atau lebih tu normal… jika rasa lambat contact terus customer service mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *