Parcel dari BabyMallOnline.com sudah sampai. Yeay!
Mode happy sangat. Akhirnya selimut busuk Izzah akan bertukar baru…heh heh.
Saya suka beli belah online di BabyMallOnline.com ni. Kebanyakan online shop luar negara especially United States TAK buat direct delivery ke Malaysia.
Tapi BabyMallOnline ni ada ni ada ship direct ke negara kita. So.. tak payah susah payah guna third party shopping service.
Barangan bayi kat BabyMallOnline.com ni pun banyak yang comel-comel. Boleh rambang mata dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau you all first time mommies. Teruja I told you… heh heh.
So far… saya pernah dua kali saja beli belah online kat situ. Tak kuasa nak beli belah selalu. Kos shipping dia mahal hampir 2 kali ganda dari harga barang yang dibeli.
Kalau beli banyak barang sekaligus baru berbaloi-baloi beli belah kat BabyMallOnline.com tu.
First time saya beli kat situ ialah pada tahun 2008. Berkurun lama dah.
Saya beli berkoyan-koyan Bodysuits @ Onesies dan Bibs. Okei.. tak adalah sampai berkoyan. Tapi banyaklah jugak. Siap boleh buat contest lagi tu..heh heh.
Semua jenama Luvable Friends. Bodysuits tu yang ada ‘baby saying’ printed kat depan baju. Masa tu saya beli 10 helai. Memang gila sangat dengan body suits Luvable Friends sebab comel-comel.
Sekarang semua Bodysuits tu dah selamat jadi kain buruk @ kain lap…heh heh.
Tapi Luvable Friends bibs tu masih elok dan disimpan rapi. Boleh guna masa feeding Irfan in next few months. Ada juga harta warisan dari kakak untuk adik ye.
Second time beli belah online kat BabyMallOnline.com tu dua minggu lepas. Saya beli receiving blankets jenama Luvable Friends jugak. Nak ganti selimut busuk Izzah.
Saya fikir banyak kali jugak sebelum order selimut tu. Tak kan nak beli 2 helai selimut semata-mata kena bayar kos shipping mahal.
So.. saya beli terus 6 pack iaitu 12 helai selimut. 6 kaler pink untuk kakak dan 6 kaler biru untuk adik. Serius puas hati.
Masa saya beli belah online kat web tu memang sudah ada diskaun. Tapi saya dapat lagi diskaun 20% on top of the already discounted price. Kira diskaun atas diskaun. Jimat sungguh!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Macam mana saya buat? Senang je beb.
Use coupon code babyvision in the shopping cart to receive a 20% discount!
Masa nak check out tu masukkan kod kupon babyvision. Terus dapat 20% diskaun.
Beli belah online dari online shop luar negara ni memang best. Berbaloi-baloi terutamanya kalau shopping secara berjemaah. Mak aihh… shopping pun nak jemaah.. heh heh.
Untuk ship ke Malaysia mereka guna Fedex International. Ada tracking status so tak risau shipment hilang. Sebab tu mahal sikit shipping cost dia.
Sekali-sekali shopping no problem la kan. Kalau kemaruk tu… lu fikir la sendiri…ngeee!