Beli Belah Online | Orang Kata Zalora Penipu. Jangan Beli di Zalora. Tapi Saya Beli Juga!

Zalora oh Zalora. Macam nama perempuan pulak kedai online yang femes kat Malaysia ni kannnn.

Kalau tak salah… tahun lepas iklan Zalora ni memang hari-hari ada keluar TV. Alah… iklan yang muka lelaki tak berapa hensem yang dengan cemasnya bagi amaran:

Dengar sini, jangan beritahu isteri, girlfriend, adik, kakak, ibu mertua tentang laman web zalora.com.my . Tau tak, portal online shopping untuk baju dan kasut yang besar gila tu? Kasut, beg. .. Beratus jenama, beribu gaya. Dan yang paling gila lagi, penghantaran dan pemulangan ke seluruh negara adalah percuma!!! “

Rasa nak lempang muka jantan tu pun ye…. gedik semacam.. muahahhha!

Zalora Malaysia

Iklan TV ada. Iklan kat internet pun ada. Pendek kata… merata-rata ada iklan Zalora ni. Bukak Facebook nampak Zalora. Bukak blog nampak Zalora. Berpinar mata tengok Zalora ni.

So… ramai yang berduyun-duyun beli belah online di Zalora Malaysia. Berkesan sungguh iklan hangat Zalora ni kan.

Tapi… indah khabar dari rupa. Ramai yang kata Zalora penipu. Banyak blog yang tulis pengalaman buruk beli online di Zalora.

Siap ada yang bagi warning: ZALORA PENIPU. JANGAN BELI di ZALORA!

Tak percaya? Boleh baca tentang Zalora penipu di Aduan Rakyat.

Beli belah online ni ada baik dan buruknya. Actually… kena ada skill tau nak beli belah online ni…. teeeheeeee!

Saya ada bagi tips beli belah online dalam entri: Beli Belah Online | Gila Shopping Online – Baik atau Buruk?

Pasal Zalora penipu tu pulak…hmmm… saya rasa masa awal-awal dulu Zalora jadi kelam kabut sebab dia kan banyak sangat barang. Besar giler koleksi barang yang dijual Zalora online. Macam-macam ada cik kiah oooi.

Zalora Malaysia

Memang betul la macam iklan Zalora tu cakap.

Portal online shopping untuk baju dan kasut yang besar gila tu. Kasut, beg. .. Beratus jenama, beribu gaya. Ada 600+ jenama dan 30,000 barang di Zalora Malaysia. Memang rambang mata wehhh.

Bila keluar iklan kaw-kaw kat TV, radio dan internet so ramai yang tertarik dan teruja terus beli belah online di Zalora.

Order masuk tak henti-henti. Tapi kaki tangan tak cukup nak handle. Akibatnya….. stok tak update… payment tak proses… barang tak hantar. Ada customer Zalora yang berbulan-bulan menunggu.

Kecoh satu Malaya beb Zalora penipu. Ada bloggers yang marah tahap gaban kot sampai keluar segala carut marut…heh heh.

Saya masa tu gelak je baca review pasal Zalora tu. Tak tau kenapa masa tu tak tertarik langsung nak beli belah online di Zalora. Nak bukak website Zalora pun tak teringin tau.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Padahal saya ni kan kaki beli belah online *kruk..kruk.. garu kepala*.

Beli Kasut di Zalora Malaysia

Tapi kan…. dalam orang bagi warning Zalora penipu… jangan beli di Zalora tu kan.

Saya terbeli jugak dari Zalora… oppssss!

So saya nak share pengalaman saya beli belah online di Zalora Malaysia baru-baru ni.

Betul ke Zalora penipu? Let’s find out….teeeheee!

Saya tengok kes orang komplen servis Zalora tak bagus atau Zalora penipu tu banyak berlaku setahun lepas. So… rasanya Zalora dah improve their service based on the complaints la kan.

Agak-agak dah selamat kot nak beli belah online di Zalora kannnn.

Lepas saya habis pantang dan masuk kerja saya baru perasan…. saya tak ada kasut nak pergi kerja!

Masa mengandung saya pakai sandal Larrie tu je tiap-tipa hari. Memang selesa untuk kaki saya yang bam-bam masa tu.

Tapi lepas bersalin mana boleh keep on pakai sandal pergi kerja kann. Kelam kabut saya pergi cari flat shoes tapi banyak saya tak berkenan.

Oh… saya suka pakai ballerina flats sebab sedar diri tak kan berubah tinggi pun kalau pakai heels…. ngeeeee!

Kebetulan masa saya buka Facebook ada keluar iklan kasut flat jenama Koumi-Koumi kat Zalora. Macam ditarik-tarik saya terus klik bukak website Zalora.

Ambik kooooo. Rambang bijik mata hitam ku ini. Memang nampak comel je kasut tu semua. Harga pulak kebanyakannya bawah RM50.

Zalora Malaysia

Laju-laju saya klik beli ballerina flat dua pasang pulak tewwww. Satu brand Koumi-Koumi dan satu brand Viss. Dua-dua brand ni tak pernah saya dengar tapi saya redah je beli sebab comel. Boleh gitu?

Berdebar jugak takut betul Zalora penipu tak hantar barang. Tapi sebab barang saya beli harga bawah RM100 so tak de lah risau sangat.

Saya dah reserve dalam seminggu untuk Zalora hantar barang saya.

Tak sangka pulak dalam 2 hari dah dapat!!

Zalora Malaysia

Wahh… tip-top pulak servis Zalora Malaysia nih. Teruja sungguh masa dapat kotak kaler oren Zalora tu. Rasa nak jerit arghhhhhhhh macam dalam iklan TV tu pun ye. Over betul… heh heh.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Zalora Malaysia

Tapi indah gambar dari rupa je kasut Koumi-Koumi. Reject betul kasut tu.

Bau gam kasut kuat sungguh macam kasut murah jual kat Tesco tu. Pastu kat keliling kasut ada stain kuning (gam la tu kan).

Pening dan nak muntah saya dengan bau kasut tu. Tak ada bau kasut baru tapi bau gam pulak. Bila pakai… bau gam tu melekat kat kaki… ewwwwww!

Saya tak tahu lah korang macam mana. Tapi saya kalau beli kasut baru mesti suka sebab kasut baru keluar kotak macam ada bau tersendiri. Harum kasut macam heaven gitu.

Zalora Malaysia

Kasut jenama Viss tu memang beza sungguh dengan kasut Koumi-Koumi. Saya puas hati sangat dengan dengan ballerina flat Viss sebab kualiti material memang sangat bagus dan bila buka kotak dia bau kasut baru. Bukan bau gam!

Nasib baik boleh pulangkan. Laju-laju saya kurier balik kasut Koumi-Koumi kepada Zalora.

Zalora Malaysia

Bila barang yang saya hantar balik diterima, Zalora terus email saya Store Credit Voucher dengan nilai harga kasut yang saya return dan kos poslaju sekali. Memang tak dapat refund in cash tapi refund dalam bentuk Store Credit ni pun okey je bagi saya.

Boleh beli kasut lain!!

Zalora Malaysia

Saya beli lagi dua pasang ballerina flats jenama Viss. Dua hari lepas tu terus dapat kasut saya dari Zalora.

Zalora Malaysia

Pantas sungguh servis penghantaran Zalora Malaysia ni. Berbeza sungguh dengan review-review yang saya baca tu….teeeheeee.

Zalora Malaysia

Kira saya puas hati lah dengan pengalaman beli belah di Zalora ni.

Tips Beli Belah Online & Pemulangan Barang di Zalora

  • Bila sign-up pada newsletter Zalora kita akan dapat gift voucher bernilai RM20. So.. boleh guna untuk buat first purchase kat Zalora tu.
  • Pembelian above RM75 akan dihantar percuma. Kalau below tu kena bayar la kos kurier.
  • Tak semua barang di Zalora berkualiti. Ada tu tahap cap ayam je pun. So.. kalau nak selamat sila beli jenama yang popular atau brand yang kita memang tahu bagus.
  • Barang boleh dipulangkan dalam masa 30 hari. Tapi kena baca betul-betul Returns Policy Zalora tu tau. Tak semua barang layak dipulangkan.. contohnya macam spender..dah pakai nak pulangkan ke…ha hah!
  • Kasut masa dapat sila cuba pakai di atas karpet. Ni untuk elak tapak kasut tu dari tercalar atau ada kesan dipakai lah.
  • Semua pemulangan barang akan diberikan refund dalam bentuk voucher store credit yang laku selama 365 hari.
  • Return slip kena isi dan disertakan bersama barang dalam pakej asal.
  • Barang mesti dipulangkan pada alamat di bawah menggunakan poslaju. Kos poslaju akan di refund bersama kos barang dalam bentuk store credit.

ZALORA Malaysia
Lot 11, Jalan Delima 1/1,
Subang Hi-Tech Industrial Park,
Batu Tiga,
40000 Shah Alam
Selangor

Zalora Malaysia

Nak shopping di Zalora Malaysia? Good luck beb!

4 Comments

  • kena pilih2 gak kalau nak beli apa2 pun online..and rasanya zalora dh improve slps dpt byk bad review 🙂

  • Wah,..apsal diaorg pegi hantar kasut gam tu kat akak? Huhu…Tapi mujur dia dah improve servis dia, kalau dah kena berbakul2 bad review tak berubah jugak, tak ke naya?

  • Kebanyakkan brg2 di zalora adalah jenis factory outlet. Sbb tu kdg2 dia bagi sale kaw2 sampai 2x diskaun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *