Saya mengaku. Saya online shopper tegar since year 2004. Alamak. Baru perasan. Dah sebelas tahun saya membeli belah secara online ni rupanya…heh heh
Macam mana ye saya boleh terjebak dengan beli belah di alam maya ni?
Sebab utamanya ialah memudahkan bagi orang yang malas macam saya…heh heh.
Saya ni bukan jenis suka window shopping kat real shop. Malas nak masuk kedai, belek barang, letak.. then masuk kedai lain, belek barang, letak. Penat + bazir masa.. tidur lagi best.
Banyak barang yang saya dah beli kat online shop ni. Kaya tokeh kedai tu sebab ada orang macam saya.
Saya pernah beli belah online barang-barang berikut:
- Vitamin
- Makanan/minuman kesihatan
- Buku / ebook
- Majalah
- Aksesori kamera DSLR
- Baju & aksesori bayi
- Baju & aksesori wanita
- Lampin kain moden
- Tudung
- Business cards
- Tilam & bantal bayi
- Pam susu
- Breastfeeding stuff
- Baby stuff
- Babywearing gear
- Pemanggang
- Kain
- Makeup
- Sewing stuff
- Beg
- Kek
- Juicer
- Kasut
dan macam-macam lagi…dah berbelas ribu kot saya perabih beli belah online ni… kemaruk betul shopping online.. adeh.
Nanti senang saya share apa yang saya sudah beli secara online dan kat mana saya beli. Mana tau kot boleh dijadikan panduan.
Dulu tak banyak online shop kat Malaysia ni. So… saya banyak beli belah online direct dari United States. Terutama lampin kain moden dan buku. Beberapa hari lepas baru je saya beli buku Juicing dari Amazon.. opps!
Sekarang ni kedai online kat Malaysia ni dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Bertimbun-timbun. Banyak pilihan so boleh compare harga. Senang dan jimat masa, tenaga dan duit.
Kebaikan Online Shopping
Saya online shopper tegar. So.. dari sudut pandangan saya banyak kebaikan beli belah secara online ni.
kedai online buka 24 jam sehari
yup! kedai online ni tak pernah tutup beb.. anytime kita boleh keluar masuk kedai online.. anytime kita boleh sekodeng barang-barang dalam kedai online… even tengah malam buta atau pukul 3 pagi sekali pun… tak best ke tu?
shopping tanpa gangguan
beli belah online ni sangat aman dan best sebab tak ada salesgirls yang ikut bontot kita.. atau salesgirl yang suka judge orang ada duit ke tak ni melalui pandangan mata yang sinis tu…tak pernah rasa? cubalah masuk kedai high-end kat KLCC tu.. confirm terbakar hati… heh heh.
tak perlu pakai baju
serius ni.. beli belah online tak ada orang kisah kita ni pakai lawa ke tidak.. pakai towel je atau tak pakai baju pun boleh masuk kedai online… eh.. tidak ler.. saya tak pernah lah sampai macam tu sekali… heh heh
tak penat window shopping
beli belah online best sangat sebab kita boleh masuk banyak-banyak kedai tanpa rasa penat langsung… tak berpeluh… kaki tak sakit… mungkin mata je la jadi juling sikit…tak pun lama-lama rabun duk tenung skrin komputer je.. heh heh
jimat masa, tenaga dan duit
beli belah online tak perlu start kereta, naik bas, naik LRT, naik teksi… jimat duit transport dan tak perlu susah payah berebut dengan Bangla naik komuter…tak perlu cium bau badan mereka yang ‘harum’ tu.. heh heh
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
barang dihantar depan rumah
beli belah online ni kita tak perlu keluar rumah.. barang akan dihantar depan pintu rumah tau… sedar-sedar je ting tong.. abang poslaju atau abang kurier ada kat depan.. dengan bungkusan barang… tak mabeles ke tu?
harga lebih murah
beli belah online ni mungkin harga barang lagi murah dari kedai biasa.. tapi certain barang sahaja lah.. lain barang mungkin lagi mahal dari kedai biasa.. so kena kena common sense la masa banding-banding harga tu..
beli barang dari oversea tanpa naik kapal terbang
beli belah online ni tak ada jarak pemisah.. kita boleh shopping kat mana-mana negara di dunia tanpa perlu naik kapal terbang pergi ke situ… duduk je depan komputer dalam rumah kita boleh je order barang dari Unites States, England, Singapore.. janji ada duit.. heh heh
Keburukan Online Shopping
Beli belah online ni ada juga keburukannya.
kualiti tidak terjamin
agak susah nak pastikan barangan kedai online ni kualiti atau tidak.. contohlah.. barangan beg berjenama.. sekarang kan banyak blog jual beg Coach la.. LV.. la.. katanya original tapi betulkah? ntah-ntah barang tiruan gred A..
tidak muat @ saiz salah
beli belah online mana boleh nak try dulu.. kalau baju anak tak boleh tengok anak yang debab muat ke tidak saiz L atau kena upgrade naik saiz XL.. ewah.. bagi contoh anak pulak.. bagi contoh diri sendiri la senang heh heh
kasut pulak.. walaupun dah tau saiz kita tapi tak semua pembuat kasut betul-betul follow panduan saiz.. macam saya saiz EUR 35 (MY 4, US 5).. pernah saya beli kasut online saiz EUR 35 tapi bila pakai besar gaban macam saiz EUR 36.. nasib baik boleh return.. kalau tak melopong.
tertipu dengan gambar
beli belah online ni biasanya gunakan gambar untuk pamerkan barang.. biasanya gambar kat kedai online ni sudah di edit ya puan-puan.. edit bagi nampak lagi terang warna dan menarik.. bila beli dapat kaler pudar dan buruk.. tak sama langsung dengan gambar..
terpengaruh dengan model
beli belah online ni biasa gunakan model cantik, comel, kurus, langsing, putih dan gebu untuk menggayakan produk… terutamanya tudung, baju dan mekap.. kadang-kadang disebabkan model nampak cantik guna produk tu kita pun terpengaruh nak beli.. padahal memang tak sesuai langsung dengan kita yang bam-bam ni… heh heh
tak menepati citarasa
beli belah online tak boleh pegang-pegang untuk rasa jenis material.. just percaya dengan gambar dan kata-kata penjual sahaja.. contohnya.. penjual tulis baju dibuat dari kain cotton dan tak panas bila dipakai… tapi bila dapat tengok-tengok kain tu rupanya kain t-shirt tebal.. bila pakai panas berpeluh-peluh.
kena ada kad kredit atau akaun bank tertentu
beli belah online ni kalau local punya boleh just transfer duit melalui online banking.. macam Maybank2u atau CIMB Clicks.. so kena ada akaun bank ini untuk memudahkan kita beli belah.. certain kedai online pulak kena ada kad kredit untuk pembayaran.. terutama kalau beli belah online dari website oversea macam Amazon, Ebay, BabyMallOnline dan sebagainya lah.
tak ada kad kredit? selamat duit korang!
harga lagi mahal
kadang-kadang harga barang yang kualiti so-and-so je dijual dengan harga berlipat kali ganda dari harga pasaran kat kedai biasa.. contohnya macam beg made in china.. kalau beli kat kedai biasa dapat RM20 tapi kat kedai online dijualnya RM55…siapa yang main beli je pasrah je lah kena cekik.
penjual menipu
beli belah online ni kita kena put 100% trust kepada penjual.. sebab kita bayar dulu sebelum dapat barang.. dibuatnya dapat penjual yang menipu.. dah bayar tapi tak hantar barang.. memang sakit hati.. saya pernah beli barang harga RM500.. lepas berkali-kali follow-up baru dapat semua barang selepas SETAHUN beli!!
Sebab tu kalau nak beli belah online kena pandai. Tuntutlah ilmu supaya tidak tertipu.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Nak saya bagi tips beli belah secara online ke?
Tips Shopping Online
Kalau first time atau baru nak berjinak dengan dunia beli belah online ni – jangan gelojoh dan rambang mata! Better tanya dulu pendapat kawan-kawan yang pernah beli dari kedai tu.. tak pun lepak je dekat page Kami Benci Online Shop Yang Tipu Makan Duit Haram kat Facebook tu…banyak info boleh dapat… heh heh
sentiasa update barang baru
Kedai online mesti sentiasa update barang baru kat blog atau Facebook. Kedai macam ni biasanya memang ramai customers dan boleh dipercayai. Tengok komen-komen dekat status Facebook setiap kali dia update barang. Kalau banyak komen tu insyaallah boleh dipercayai la tu.
senang dihubungi
Kedai online mesti senang dihubungi.Tengok kedai online (samada blog atau Facebook page) ada contact form, email address dan yang paling penting no handphone yang berfungsi. SMS atau call owner tu tanya ada stok ke tidak sebelum beli. Jangan main beli dan bayar je. Kadang-kadang owner tak sempat update status barang kat kedai online dia tu.
registered dengan SSM
Kedai online yang registered dengan SSM, established atau ada kedai fizikal @ show room biasanya ada alamat dipaparkan kat blog atau Facebook. Kalau kedai macam ni tak perlu risau sangat kalau nak beli belah online. Kedai online yang kecik-kecik tu yang kena hati-hati.
ada delivery tracking
Kedai online sebaiknya deliver melalui courier yang ada tracking system macam Poslaju, Gdex etc. Make sure dapatkan tracking number dari penjual selepas kita bayar. So.. kalau barang lambat sampai atau tak sampai-sampai, kita boleh track dia.
boleh pulang barang
Kedai online mesti ada Polisi Pemulangan @ Return Policy iaitu kalau kita tak puas hati dengan barang tu… kita boleh pulangkan!
bukti black & white
Kita sendiri kena make sure proses pembelian ada black and white. Jangan sesekali beli barang online melalui SMS atau telefon semata-mata. Order barang tu samada melalui email atau message di Facebook yang kita boleh printscreen atau save sebagai bukti pembelian.
Kalau penjual ada email invoice lagi bagus. Biasanya kedai online yang established sahaja yang bagi invoice kat customer.
Rasanya.. itu aje tips beli belah online yang saya rasa penting. Kalau ada lagi nanti saya update. Happy online shopping!
selalunya shopping online kat mana??
Lepas kahwin memang banyak beli online je.
Tak dan nak beli tudung dan pakaian.. Itu pun kalau sempat pergi juga jalan TAR di KL
Hehe.. saja cuci mata