Siapa mengaku dia ulat? Bukan ulat sebarang ulat… tapi ulat buku…ekeeeeke.
Sekarang ni kalau ulat buku nak beli buku sudah jadi sangat mudah. Kalau malas nak pergi kedai buku boleh saja beli buku secara online.
Kebanyakan kedai buku di Malaysia ni dah ada kedai buku online. Tinggal kita nak pilih dan tekan butang mouse untuk bayar sahaja. Delivery terus ke rumah beb. I like!
Saya memang suka singgah ke kedai buku. Tapi kalau ada kemudahan beli buku secara online saya lagi lah suka..heh heh.
So far saya suka beli buku online di Amazon dan The Book Depository. Dua-dua ni kedai buku online luar negara.
Kalau kedai buku online dalam Malaysia saya suka beli di PTS Book Cafe, MPH dan Kinokuniya.
Sebulan lepas saya ada beli koleksi buku Jerry D Gray yang terkenal itu di PTS Book Cafe.
Siapa Jerry D Gray?
Jerry D Gray ni seorang muallaf yang lahir di Weisbaden Jerman pada 24 September 1960. Jerry dan keluarga kemudian berpindah ke Amerika Syarikat semasa dia berusia 3 tahun.
Jerry D Gray pernah menyertai tentera Amerika Syarikat dan meletak jawatan dari US Air Force setelah memeluk Islam pada tahun 1984. Jerry berhijrah ke Indonesia pada tahun 1985 dan berkahwin dengan wanita Indonesia.
Jerry sangat aktif berdakwah di sana, membuka teori kejahatan Amerika dan banyalk tulisan yang berani di dalam buku bukunya. Antara buku tulisannya ialah The Art of Deception, Dosa-dosa Media Amerika, Demokrasi Barbar Ala Amerika, Deadly Mist, dan Rasulullah is My Doctor.
Sebab saya suka baca buku dan ingin tahu apa yang dikongsi Jerry D Gray dalam buku-bukunya.. so saya beli buku Jerry D Gray secara online di PTS Book Cafe.
PTS Book Cafe ni banyak menjual buku-buku dalam Bahasa Melayu terutama buku tentang Islam.
Ada banyak juga buku yang diterjemah dari bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu di kedai buku online PTS Book Cafe ni.
Hari tu ada sales buku Jerry D Gray di kedai buku online PTS Book Cafe. Pakej combo 3 buku popular tulisan Jerry D Gray dijual pada diskaun sebanyak 20%.
So.. teruslah saya beli buku Jerry D Gray iaitu:
The Art of Deception
Deadly Mist
Rasulullah is My Doctor
Memang best semua buku-buku Jerry D Gray ni. Sangat membuka minda!
Saya paling suka buku Rasulullah is My Doctor. Sangat bagus dan highly recommended kepada sesiapa yang ingin beralih kepada perubatan berdasarkan sunnah Rasulullah.
Ini adalah kali pertama saya beli buku online di PTS Book Cafe. Saya sangat puas hati dengan servis kedai buku online PTS Book Cafe ni.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Pemprosesan cepat dan delivery pun pantas. I like!
Ada diskaun 20%… Menarik ni… Dah lama tak beli buku secara Online dekat PTS Book Cafe… Kali terakhir sekali saya beli pada tahun 2010… Masa tu saya borong 5 buah buku… Bila beli secara online ni memang menguntungkan… Jimat masa dan kos…
Saya ingat lagi masa tu saya masih bertugas di Mukah, Sarawak… Harga buku dekat sana agak mahal jika nak dibandingkan dengan dekat semenanjung Malaysia… Jadi nak jimat saya kena beli secara online… Boleh dapat harga yang jauh lebih murah berbanding harga buku yang dijual dekat kedai-kedai buku di kawasan sekitar…
saya dah beli art of deception 😉