Beli Belah Online | Beli Buku Online di The Book Depository

Saya kan suka beli buku online. So.. nak share (tayang la tewww) buku-buku yang saya beli online kebelakangan ini.

Biasa saya beli buku online dari Amazon. Memang mostly dari Amazon lah.

Tapi beberapa bulan lepas saya terjebak pulak dengan satu kedai buku online iaitu The Book Depository.

So far… saya dah pernah dua kali beli dari kedai buku online The Book Depository yang berada di United Kingdom ni. Nanti saya cerita pengalaman beli buku online dari The Book Depository.

The Book Depository

Sekarang saya just nak tayang buku-buku yang saya beli dari situ.

Kategori buku yang saya beli online di The Book Depository ialah mengenai VAKSIN.

Yeah..yeah.. pasal vaksin sebab saya kan ada baby kecik. So.. saya nak tahu lebih lanjut tentang vaksin ni.

Dulu masa Izzah saya main belasah je cucuk anak vaksin. Tak ambik pot pun kenapa kena cucuk. Bawak anak pergi cucuk sebab semua orang buat macam tu kannnn.

Masa tu saya jadi mak turut (kalau lelaki…pak turut) je kekdahnya.

Now saya nak jadi mak yang lebih berinformasi gitewww… ekeekeee.

Best tau baca buku pasal vaksin ni. Baru la saya tahu nama-nama vaksin yang dijadualkan kena cucuk pada anak tu. Ternganga mulut (nasib baik tak masuk langau) bila baca tentang kandungan vaksin.

Kalau nak harap doktor bagi penerangan memang tak la kan. Doktor kan sibuk mana ada masa nak explain berjela-jela kat parents.

So.. as parents.. kita sendiri la kena ambik inisiatif belajar. Ada anak ni bukan setakat jaga makan minum dia je tau. Banyakkkkkkk benda kita kena belajar dan ambik tau.

Anak tu kan amanah Allah. Bakal pemimpin masa depan tewwwww.

Mana kita tadi… oh ya.. buku vaksin. Saya beli dua je pun buku pasal vaksin. Memang ada maklumat pasal vaksin kat Internet tapi saya malas Google.

Saya beli buku-buku ni online kat The Book Depository.

  • What Your Doctor May Not Tell You About Children’s Vaccinations (Paperback) By Stephanie Cave & Deborah Mitchell
  • The Vaccine Book:Making the Right Decision for Your Child (Paperback) By Robert W Sears

Dua-dua buku ni ditulis oleh Medical Doctor dalam bahasa yang senang faham. Banyak pencerahan saya dapat tentang vaksin daripada buku-buku ni.

Buku Vaksin

Best sebab setiap jenis vaksin tu diceritakan asal usul, tujuan, kandungan dan risiko jika ada. Memang terasa cerah kepala otak saya ni…heh..heh.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Buku Vaksin

Saya lagi suka baca buku seketul macam tu sebab rasa best ilmu tu ada dalam tangan.

Buku Vaksin

Kalau ilmu kat internet tu kadang-kadang lupa mana kita jumpa. Nak refer balik dah lupa laman web mana kita baca…stress tu kannnn…ekeeekeee.

Buku Vaksin

Jumlah dilaburkan untuk dua buku ialah USD28.48…mmmm…dalam RM90 je kot… delivery percuma!

The Book Depository

Insya Allah… kalau rajin saya share. Doakan saya rajin lah ye..ekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *