Saya suka beli buku sebab saya suka membaca. Suka sangat sampai banyak koleksi buku kat rumah bersepah-sepah…ekekee.
Tak pasti macam mana saya develop habit suka beli buku ni. Mungkin dulu masa kecik saya nak beli buku rujukan pun susah nak dapat. Nak mintak duit dengan mak nak beli buku masa SPM pun takut-takut tau.
Sebab risau mak tak ada duit dan saya ni menyusahkan dia pulak. Saya sedar kami orang susah masa tu…hu..hu.
So… bila dah ada income sendiri saya pulun beli segala buku yang saya suka. Lepas gian la tewwww….heh heh.
Macam-macam jenis buku saya beli. Terutamanya buku motivasi, internet marketing, masakan & resepi, jahitan, multi level marketing, hartanah, pelaburan, languages, fotografi kanak-kanak, kesihatan, vaksin, agama dan kegilaan yang terbaru ialah juicing!!
Buku-buku yang saya beli ni real buku tau… bukan e-book. Macam-macam saiz ada.
Saya baru je berjinak-jinak dengan hobi memerah jus @ juicing tak kira samada juicing buah atau sayur-sayuran. Yep… sayur pun bagus buat jus dan minum tau. Banyak khasiat.
Nak harap dapat khasiat dari jus buah yang dijual kat kedai tu memang tak dapat lah. Banyak gula dan bahan perisa yang merbahaya.
So… juicing sendiri lagi bagus dan seronok…ekekkee.
Saya ada beli juicer jenama Kuvings (eh.. saya belum story pasal juicer ni…ok ok.. next time). Dah ada juicer tapi tak ada ilmu macam mana nak juicing untuk kesihatan tak guna jugak kan.
Alasan yang baik untuk beli buku online lagi…yehaaa!
Saya biasa beli buku online ni dari Amazon dan Book Depository (kedai buku online luar negara). Kalau local saya beli buku online dari MPH dan Kinokuniya.
Most books saya beli online dari Amazon lah. Since 2008 lagi saya beli from Amazon. Nanti saya cerita pengalaman beli buku online dari Amazon.
Okayyyy… pasal buku juicing tu. Biasa kalau saya beli buku online dari Amazon atau Book Depository mesti saya beli lebih dari satu.
Senang sikit order beberapa buku sekali harung. Hari tu saya siap beli 5 buku juicing dari Amazon tu.
- The Healthy Green Drink Diet: Advice and Recipes to Energize, Alkalize, Lose Weight, and Feel Great ~ Manheim, Jason; Hardcover
- The Everything Juicing Book: All you need to create delicious juices for your optimum health (Everything Series) ~ Jacobs, Carole; Paperback
- The Juicing Bible ~ Crocker, Pat; Paperback
- The Funky Fresh Juice Book ~ Jason Vale; Hardcover
- The Juice Lady’s Guide To Juicing for Health: Unleashing the Healing Power of Whole Fruits and Vegetables Revised Edition ~ Calbom, Cherie; Paperback
Best tau buku-buku ni semua.
Ada banyak ilmu tentang juicing, pelbagai resepi dan jugak juice buah atau sayur apa yang perlu untuk merawat penyakit-penyakit tertentu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Total investment @ duit habis beli buku buku online USD126.50… lebih kurang empat ratus ringgit. Banyak? Tak pe.. boleh claim deduction masa submit income tax tahun depan…ekekeee.
Teruja sungguh dengan buku-buku juicing ni… dah habis baca ke? erkkkk… that’s another story…ekekkeee.
Tahniah akak… Sebab rajin membaca… Tak rugi beli buku banyak-banyak… Sebab Pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman..
@Anuar, mekasih… 😉
saya nk beli buku dari amazon tapi masalahnya tidak dapat dihantar ke alamat yang diberi..mcamana tu