Saya ada terbaca yang flax seeds boleh banyakkan susu badan. Ada mommy dari oversea yang siap buat cookies yang dicampur dengan flax seed sebagai milk booster cookies untuk dijual. Awesome sungguh.
Sorang mak dalam FB kata lepas dia makan flax seed cookies yang dia buat sendiri… tiba-tiba breast dia cepat penuh. Lactating like crazy katanya….wohoooo!
Teruja lah saya. Sebab saya masa belum pregnant dulu ada jugak makan flax seeds ni. Tabur dalam masakan. Buat cokodok flax seeds. Tabur dalam kerepek ubi ngaku @ arrowhead.
So… saya pun kelam kabut mencari flax seeds. Sebab dah habis lama flax seeds kat rumah tu.
Mestilah nak cuba flax seeds ni sebagai milk booster pulak kan. Mana tau saya pun lactating like crazy jugak kannnn.
Dulu saya beli flax seeds kat kedai organik Country Farm Cosway di Setia Alam. Laju-laju saya pergi ke situ untuk cari flax seeds. Erk.. nama kedai tu dah tukar jadi Cosway Pharmacy.
Kecewa sungguh. Stok flax seeds kat situ dah lama habis. Tuan punya kedai pun tak tahu bila akan restock sebab barangan organik Country Farm dia tak boleh request stock. Cosway sendiri yang akan restock. Macam tu la pulak eh.
Saya pergi pulak ke kedai Cosway di Tesco Setia Alam. Tak ada flax seeds. Kedai Cosway di Giant Klang Central dan Bangsar South pun tak ada. Adeh.
Payah sungguh nak cari barangan organik flax seeds ni. Penat je pergi kedai-kedai tu semua tapi tak dapat barang yang kita nak. Buang masa dan bazir tenaga. Kalau boleh beli online barang organik kan senang.
Malangnya Country Farms Organic tak ada kedai online.
Nasib baik masa tengah search tu saya terjumpa BMS Organics. Kedai BMS Organics ni ada kat Setia Alam City Mall. Senang-senang boleh pergi la kann.
Tapi saya tak jadi pergi kedai BMS Organics kat situ sebab BMS Organics ada kedai online… wohooooo!
Seronok betul saya. Saya kan suka beli belah online. Petik mouse je order barang lagi seronok dari pergi kedai cari barang…teeheee!
Macam-macam produk organic ada dijual di kedai online BMS Organics iaitu Organic2u.com.my. Kita boleh beli belah online lebih dari 400 produk organik kat situ beb. Kalau ada duit la kannnn…ngeee.
Saya suka kedai online BMS Organics ni sebab perlbagai jenis seeds, nuts, grains dan beans ada dijual. Tak payah berpeluh pergi cari sana sini lagi dah.
- Nak cari organic black sesame seeds, chia seeds, flax seeds, pumpkin seeds dan sunflower seeds?
- Nak cari organic almond, macadamia nut, peanut dan walnut?
- Nak cari organic black bean, adzuki bean, black soya bean, blackeyed peas dan mung bean?
- Nak cari organic buckwheat, millet, oat, barley, tapioca, quinoa dan wheat bran?
Semua ada kat kedai online BMS Organics!
Saya suka… saya suka… saya suka!!!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Setakat ni dah tiga kali saya beli belah online kat Organics2u.com.my tu. Pesanan akan diproses dalam masa 2-3 hari dan akan dihantar dalam kotak macam ni.
Biasanya kita akan dapat booklet Organic My Choice dan The Body-Mind-Soul Holistic Health Handbook.
Very useful booklet ni tau. Ada banyak tips tentang organics, gaya hidup sihat, formula kesihatan dan green tips.
Kalau beli belah online kat kedai online BMS Organics ni mesti akan dapat sampel percuma beberapa barang.
Delivery percuma dengan pembelian RM150 ke atas.
Saya pernah beli epsom salts, flax seed, extra virgin flax seed oil, rolled oats, oatmilk, chia seeds, black sesame powder, millet dan phyto enzymes kat situ.
Highly recommended!
p/s Ini bukan iklan advertorial okeh. Tak berbayar pun blog entry ni. Saya just share pengalaman saya beli belah online. Harap berguna lah bagi sesiapa yang nak beli belah online jugak… teeeheeee!
Slm.. sis, thanks a million juta ribu lemon for sharing this in ur entry!! I dh lama carik chia seeds kt jhr ni tp tk jmpe.. skrg blh bli online alhamdulillah
@izzy, wsalam.. best kan macam ni.. tak yah pening kepala cari kat kedai..he he
assalam.. akak, barang2 kat online store ni halal tak?
@lily, wsalam barang apa yg dimaksudkan? yg akak beli semua halal; kalau was-was jangan beli; boleh juga tanya terus pada kedai tersebut 🙂
Assalamualaikum….
Terima kasih byk2 sebab perkenalkan organic2u…. 🙂
Sebab ..akhirnya akak dapat beli online acv jenama braag….