Izzah dah pandai berenang!
Tak lah terer macam perenang yang masuk pertandingan tu semua. Tapi kira boleh lah.
Masa mandi kat swimming pool Batu Buruk Beach Resort dia dah berani terjun sendiri dalam kolam dewasa dan berenang siap kuak lentang tu..ekekeke.
Tak sia-sia lah mama, babah dan adik bangun pagi-pagi pada hujung minggu untuk hantar Izzah pergi kelas renang dengan Anakair kat Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) tu.
Kena bangun pagi macam hari biasa so terkorban hari cuti hujung minggu saya nak sambung tidur pun tak boleh ekekeke.
Tapi kan…
Satu je saya tak tahan. Lepas habis satu jam belajar berenang dalam air kolam yang sejuk tu mesti Izzah gigil. Bukan gigil sikit-sikit. Tapi gigil tahap menggeletar satu badan dengar bibir dah jadik purple.
Sejuk tahap gaban tu. Sikit lagi kot nak kena hipotermia. Ye lah.. badan cekeding macam tu mesti cepat sejuk. Kalau bambam ada lah jugak lemak yang boleh diguna untuk panaskan badan. Ni body supermodel lemak pun takde.. ekekeke.
Lepas berenang cepat-cepat saya selimutkan badan dia dengan towel tebal. Bagi dia minum milo panas. Baru kurang sikit gigil dia tu.
So… boleh lah tahan juga kesejukan lepas belajar berenang tu.
Ada sekali tu tengah belajar berenang hujan lebat dengan angin kencang. Kena sambung belajar kat dalam kolam tertutup saiz Olimpik tu. Memang sejuk giler angin tiup.
Saya yang tak sentuh air pun gigil. Ni kan pulak budak-budak yang berendam dalam air dah dekat sejam tu. Memang Izzah menangis sebab tak tahan sejuk.
Nasib baik masa dah tamat dan boleh cepat-cepat selimut dan bagi minum milo panas.
Saya tengok swimming instructors semua steady je. Tak gigil pun. Kulit buaya ke cikgu ni semua ekekeke.
Baju Renang Kalis Sejuk
Ewah… macam best je bunyi baju renang kalis sejuk. Ada ke baju renang macam tu?
Izzah ni baju renang dia yang mula-mula pakai masa belajar berenang tu brand Ogival. Jenis jumpsuit. Baju dan seluar sambung sekali.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Masalahnya dengan baju renang jenis ni ialah susah nak buang air. Nak membeser je terkial-kial nak bukak baju renang. Bila dah bukak terbogel terus.. dah baju dan seluar sekali… nak buat macam mana… ekekeke
Menyusahkan. Saya lah yang terkial-kial sebenarnya nak tolong dia bukak baju tu.
So… saya belikan dia baju renang baru. Jenis 2-piece. Seluar dan baju asing. Brand Ogival jugak.
Kira baju renang ala-ala muslimah la jugak. Lengan panjang. Seluar panjang. Tapi time berenang terselak nampak perut jugak… ekekeke.
Irfan pun suka juga berenang. Saya bagi dia pakai swim diaper jenama Charlie Banana ni.
Bergaya tak? Mestilah hensem anak bujang saya…ekekeke.
Anak-anak suka main air. Tapi masalahnya tak leh tahan sejuk. Irfan tu dah gigil-gigil pun tak nak keluar kolam. Siap mengamuk nak main air lagi.
So… saya search cari thermal @ insulated swim suit kat Malaysia ni. Kat kedai Supersharkz tu ada jual tapi warna macam tak menarik je. Kelabu asap tapi harga mahal.
Search punya search tiba-tiba ter-landing kat website Lazada Malaysia. Ada jual baju renang jenis insulated yang saya nak. Jenama Cheekaaboo.
Tapi… kat Lazada lah pulak. Lazada kan terkenal se-antero Malaysia sebab dikatakan penipu. Sama spesis dengan Zalora kannnn.
Terjah website Cheekaboo takde stok kaler yang saya berkenan. Saya dah desperate nak beli cepat baju renang kalis sejuk tu.
So… saya tawakkal je lah beli dengan kalimah Bismillah.. semoga saya dapat barang saya dengan cepat.
Alhamdulillah. Terbukti Lazada Malaysia bukan penipu macam yang orang kecohkan tu.
Saya dapat barang yang dibeli dalam masa beberapa hari saja. Mula-mula saya budget mesti seminggu dua kot sampai barang ni. Masa beli pun dah nampak tulis ‘delivered in 6-8 business days”.
Tak sangka pulak dapat cepat… saya suka.. saya suka!
Baju Renang Kanak-Kanak Cheekaaboo
Saya beli baju renang Cheekaaboo Twinwets warna pink terang ni untuk Izzah.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Baju renang Cheekaaboo Hugglebebs ni untuk Irfan.
Keduanya jenis neoprene insulation suit. Baju renang yang dibuat dari bahan neoprene terbukti mengekalkan suhu badan anak panas walaupun berada dalam air sejuk. Tak lah anak gigil-gil lagi kan.
Semakin tebal lapisan neoprene pada baju renang semakin ‘suam’ baju renang tu. Baju renang Cheekaboo ni neoprene dia 3 mm.
Macam mana neoprene berfungsi?
Macam ni. Neoprene akan memerangkap lapisan nipis air antara kulit badan dan baju renang. Lapisan nipis air ini akan dipanaskan oleh suhu badan dan menyebabkan perenang tidak kesejukan semasa berenang.
Saya baru je test baju renang baru ni bagi anak main kolam kecik depan rumah. Macam okey je Izzah cakap tak sejuk pun.
Irfan je yang gigil walaupun berdiri je dalam kolam tu.. tak basah pun gigil macam mana tu… ekekeke
Sebab belum cuba lagi masa belajar berenang.. so tak tahu betul ke tidak tak gigil bila berendam sejam dalam air kolam.
Tungguuuuu!