Beli Belah Online | Baju Kurung Peplum Cotton Kanak-Kanak

Saya ni ada skill menjahit. Tak lah terer sangat macam fashion designer artis semua tu.

Masih boleh pakai lah kalau saya jahit baju…teeheeee!

Kat rumah tu lengkap ada mesin jahit dan mesin jahit tepi. Stok kain pun banyak. Tapi nak mula potong kain dan menjahit tu ambik masa betul.

Senang cakap… malasnyaaaaaaa!

Saya ni kalau dah start menjahit mesti nak siapkan hari tu jugak. Sanggup tak tidur untuk menjahit. Sebab tu saya malas nak mula. Nanti tak cukup tidur pulak *alasan*…muahhhaaaaa.

So…. untuk raya tahun ni … saya belikan Izzah baju kurung siap aje lah. Mana tau saya tak sempat jahit untuk dia macam tahun lepas kannnnnn.

Saya beli belah online je macam biasa. Senang dan cepat… ngeeeeee.

Banyak sebenarnya kedai online yang jual baju kurung kanak-kanak ni.

Biasa time nak raya macam ni akan ada banyak kedai oline baju kurung budak bercambah kat Facebook. Baju kurung kanak-kanak online ni memang bermusim.

Saya perasan penjual baju kurung kanak-kanak kat Facebook akan jual sebulan awal so kena sentiasa alert. Kalau lambat beli mesti melepas corak yang cantik-cantik tu.

Kebelakangan ni fesyen baju kurung peplum @ style baju saloma tu memang dapat sambutan.

Saya bab fesyen ni memang tak ikut trend so datang peplum ke… pompom ke… saya tak heran punya… teeeheeee!

Lagi pulak saya menyusu badan si Irfan… so… better just pakai baju menyusu saja.

Saya sudah belikan Izzah dua pasang baju kurung peplum cotton. Memang sangat cantik!!!

Baju Kurung Peplum Cotton

Special order dari Sarawak tu baju kurung peplum cotton Izzah tu. Satu baju kurung peplum corak bunga ros dan satu tu corak bunga tak tau jenis apa…ngeeeee.

Baju Kurung Peplum Cotton

Kainnya memang Japanese cotton yang lembut dan menyerap peluh.

Saya suka… saya suka…saya suka!!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Masih banyak lagi pilihan baju kurung kanak-kanak @ baju kurung peplum cotton ni. Ada pelbagai pilihan warna dan corak baju kurung peplum cotton untuk kanak-kanak 1-6 tahun. Boleh beli kat Facebook page Kurung Comel.

Highly recommended!

p/s Saya just share pengalaman saya beli belah online. Harap berguna lah bagi sesiapa yang nak beli belah online jugak… teeeheeee!

3 Comments

    • @eliss, nak beli baju online kena ukur dulu saiz anak sesuai tak dengan ukuran yang penjual bagi.. so far saya takde masalah kalau beli baju anak online ni.. kurung peplum ni memang okey sangat.. saya dah dapat semalam.. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *