Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Musim cuti sekolah ni mesti omak abah pening nak kena beli kelengkapan sekolah anak-anak betul? Aku dah habis pening. Sebab dah setel beli semua keperluan sekolah anak-anak aku. Hehe!
Tahun depan Izzah nak masuk darjah 4 dan Irfan mula masuk prasekolah. Baju sekolah prasekolah Irfan simple saja iaitu baju t putih berkolar, track bottom navy blue dan kasut kanvas putih.
- Klik sini: Panduan Pakaian Prasekolah KPM 2018.
- Klik sini: Panduan Beli Keperluan Sekolah Anak
Baju sekolah Izzah aku dah beli baru tahun lepas sebab yang beli masa dia nak masuk darjah satu tu dah ketat dan senteng. So tahun ni masih boleh pakai lagi baju sekolah tu.
Baju kurung sekolah aku beli jenama Canggih saiz 13 masih lagi muat elok dengan Izzah. Tapi kain sekolah rendah jenama Canggih saiz 20 tu macam sudah ketat di pinggang dan nampak sedikit senteng. Meninggi lagi anak omak.
Macam tak akan lama bertahan kain tu. Kena beli lain jugak tahun depan tu. Aku cadang nak beli baju sekolah jenama lain pulak lah. Macam bosan dah dengan baju sekolah Canggih. Hehe!
Antara jenama baju sekolah terbaik yang dicadangkan omak yang berpengalaman ialah:
- Canggih — Tesco / Giant / Aeon dan online
- Matari — kedai di Penang; boleh beli online
- Johny & Jenny — Hari-Hari
- Black Cat — Pasarayaku / Hari-Hari
- Falcon — Pasarayaku / Hari-Hari
- Cekap School — Econsave
Aku ingat nak try baju sekolah Matari pula. Kena test dulu best ke tidak baju sekolah Matari ni. So aku dah beli online sepasang uniform sekolah Matari untuk Izzah.
Kalau confirm best nanti boleh beli lagi untuk Izzah. Juga untuk Irfan bila dia masuk darjah satu tahun 2019.
Baju Sekolah Matari Kain Licin, Lembut dan Mudah Digosok
Aku suka baju sekolah Canggih sebab kain cotton berkualiti, tebal dan tak berbulu. Tapi baju sekolah Canggih susah sikit nak gosok sebab kedut banyak. Amboi, alasan nak tukar baru! Hak hak hak!
Setakat guna steam iron biasa tu memang kematu tangan omak ni iron baju sekolah Canggih. Kalau guna iron mahal yang viral tu senang lah kot. Tapi omak belum ada lagi iron tu. Huhu!
So aku nak cuba baju sekolah Matari sebab baju sekolah jenama Matari pula jenis kain licin yang lembut dan mudah gosok. Wrinkle free @ susah berkedut pulak tu.
Kelebihan Baju Uniform Sekolah Matari
Baju sekolah Matari adalah baju sekolah yang best sebab:
- jenis kain koshibo (kain licin), lembut dan ringan
- jenis kain mudah gosok dan bebas kedut
- jahitan yang sangat kemas
- jenis kain cepat menyerap peluh
- pinggang kain guna getah sepenuhnya (tanpa cangkuk)
- jenis kain tak terlalu tebal dan tak panas
- warna kain tak mudah luntur
Lokasi Matari Shop
Facebook: Matari School Uniform
Website: www.matarishop.com
🏢 48, Jalan Lembah Permai 4, Taman Lembah Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu perniagaan:
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- 10 pagi – 8 malam Isnin hingga Jumaat
- 10 pagi – 7 malam Sabtu
- 10 pagi – 4 petang Ahad
Update 8/2/2018
Aku dah beli sepasang baju sekolah Matari ni untuk Izzah. So far, aku suka dan puas hati dengan baju sekolah Matari ni.
Jahitan baju sekolah Matari memang sangat kemas. Kualiti kain pun best, lembut dan nyaman.
Tapi claim yang menyatakan baju sekolah Matari bebas kedut @ wrinkle free tu kurang tepat lah. Sebab baju sekolah Matari anak aku tu selepas basuh mesin still banyak je kedutnya.
Walaupun berkedut tapi time menggosok tak perlu gosok bersungguh pun. Sekali gosok pun dah hilang kedutnya. So aku rasa baju sekolah Matari ni tetap best berbanding baju sekolah Canggih.
Satu lagi kekurangan baju sekolah Matari ni ialah lipatan kain sarung dia tu macam tak berapa nak align dengan jahitan di pinggang.
Tak reti aku nak explain. Kalau tukang jahit yang biasa jahit kain sarung baju kurung mesti perasan benda ni. Sebab dia tak align so masa nak gosok part lipatan kain sarung tu kena pandai-pandai lah lipat sendiri dan gosok untuk bagi cantik.