Saya tengah semangat menulis tentang Taekwondo ni. Kali ni nak cerita tentang WARNA tali pinggang Taekwondo.
Sebelum tu kan… ada yang tanya apa beza WTF, ITF dan GTF?
Oh… itu semua nama pendek persatuan Taekwondo antarabangsa yang ada kat Malaysia ni.
- World Taekwondo Federation (WTF)
- International Taekwondo Federation (ITF)
- Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah mata pelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
Kira WTF ni yang paling ganas dan hebat la kan. Yang lain tu lebih pentingkan kesenian Taekwondo tu sendiri. Tak pentingkan sparring atau berlawan.
Saya dulu bawah WTF sebab tu banyak kejohanan Taekwondo saya masuk.
Izzah pun WTF jugak. Tapi Izzah bab lawan-lawan ni belum lagi kot… tunggu gemuk sikit. Kalau tak orang belum sepak dia dah melayang ekekee.
Okey… sambung cerita tentang warna tali pinggang Taekwondo.
Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Bukan mudah tau nak naik pangkat dari putih menjadi hitam tau.
Kena dapatkan kaler kuning, hijau, biru dan merah atau coklat barulah layak dapat tali pinggang hitam. Makan tahun jugak tu…he he he.
Warna tali pinggang Taekwondo adalah:
PUTIH
Tali pinggang putih Taekwondo melambangkan permulaan suci dan bersih sepertimana pelatih baru yang belum mengenali seni Taekwondo. Kalau baru masuk Taekwondo memang dapat white belt lah dulu.
KUNING
Tali pinggang kuning Taekwondo melambangkan bumi yang tumbuhannya mula mengeluarkan pucuk dan akar sepertimana asas Taekwondo mula berkembang.
HIJAU
Tali pinggang hijau Taekwondo melambangkan tumbuhan yang mula membesar sebagaimana kemahiran Taekwondo mula dibina.
BIRU
Tali pinggang biru Taekwondo melambangkan syurga, ke arah kematangan tumbuhan kepada lebih membesar sebagaimana latihan Taekwondo sedang berjalan
MERAH/COKLAT
Tali pinggang merah atau coklat Taekwondo melambangkan matahari atau bahaya, berharap pelatih berwaspada, mengawal diri dan menjauhi daripada musuh.
HITAM
Tali pinggang hitam Taekwondo melambangkan kematangan dan berkemahiran Taekwondo.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF.
Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil “Dan” contohnya 1st Dan, 2nd Dan, 3rd Dan dan seterusnya.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi Taekwondo sendiri.
Apa rasanya bila berjaya dapat tali pinggang hitam Taekwondo ni? Mestilah bangga!
Untuk dapatkan setiap peringkat tali pinggang Taekwondo ni kenalah ambil grading atau ujian. Kena hafal dan persembahkan Taegeuk atau pattern Taekwondo masa grading.
Kalau silap langkah boleh gagal grading tu tau. Grading tu pulak kena bayar…so kenalah buat betul-betul.