Bismillah. Cikros di sini.
Irfan sudah ambil ujian grading Taekwondo untuk tukar tali dari Blue Belt 1 ke Blue Belt 2 pada 31 Ogos 2018, yang diadakan di SK Puncak Alam 2.
Alhamdulillah. Irfan lulus dengan jaya dan bergaya. Nampak tak siapa yang berada di depan untuk panggil nama si penerima sijil? Sudah tentu senior bernama Izzah. Hehe!
Biasa sijil disampaikan sebelum grading seterusnya. Tapi kali ini sijil GUP diberikan semasa acara ringkas penyampaian sijil Grade 3 @ Taekwondo Malaysia (WTF) GUP Certificate selepas grading merah 1 hari tu.
Tu yang pakai tali merah ambil sijil grading blue belt 2. Bereh boh!