Izzah belajar Taekwondo dan akan melalui proses grading bagi naik pangkat dari tali pinggang Putih kepada Kuning. Next grading tahun depan insyaAllah dari Kuning 1 kepada Kuning 2.
So…. sebagai ibu yang memegang tali pinggang hitam dalam Taekwondo ni, saya rasa saya kenalah ingat balik Taegeuk 1 tu. Apa-apa hal, senang nak coach Izzah kat rumah…ekekeke
Lagi pun… berlatih Taegeuk ni adalah satu senaman. Confirm berpeluh dan boleh kurus! Saya nak tulis tentang Taegeuk 1 supaya senang nak rujuk dari masa ke semasa.
Pemegang tali pinggang KUNING 1 dalam Taekwondo perlu belajar dan berlatih Taeguk 1 supaya lulus ujian naik pangkat dari Kuning 1 kepada Kuning 2.
Berikut adalah pergerakan dalam Taegeuk 1 Taekwondo.
READY ~ Joon Bi!
1 – Left Low Block
2 – Right Middle Punch
3 – Right Low Block
4 – Left Middle Punch
5A – Left Low Block
5B – Right Middle Punch
6 – Left Inner Middle Block
7 – Right Middle Punch
8 – Right Inner Middle Block
9 – Left Middle Punch
10A – Right Low Block
10B – Left Middle Punch
11- Left High Block
12A – Right Front Kick
12B – Right Middle Punch
13 – Right High Block
14A – Left Front Kick
14B – Left Middle Punch
15 – Left Low Block
16 – Right Middle Punch
FINISH ~ Kihap!
Nampak senang tapi confirm berpeluh!