Belajar Taekwondo | Saya Menang Pingat Dalam Taekwondo Tournament Antara Universiti Malaysia!

Tak habis lagi nak cerita kisah saya dan Taekwondo di zaman kegemilangan saya dulu-dulu tu. Hik!

Kira dulu saya berpengaruh jugaklah sebab ada 2 orang anak saudara saya yang ikut sama belajar Taekwondo sebab teruja dengan ‘kehebatan’ mak cik diaorang ni….muhahahaaa!

Tapi kan… rasanya dua orang anak buah saya tu tak habis pun belajar Taekwondo. Sekerat jalan saja mah. Tepuk dahi.

So… Izzah dan Irfan saya akan make sure belajar betul-betul hingga dapat black belt..he he.

Okey… berbalik kepada cerita Taekwondo saya tu. Masa saya ahli Kelab Taekwondo Universiti Malaya tu kan… saya macam orang baru yang lain mesti lah bermula dengan tali pinggang putih.

Tapi saya gigih berlatih dan setiap kali grading memang terus ambil tak fikir pun sebab nak naik warna belt cepat…mih…mih.

Taekwondo

Saya jugak berani sebab masuk tournament @ perlawanan Taekwondo antara universiti walaupun masa tu saya baru tali pinggang kuning satu!!

Masa tu sukan antara universiti dinamakan SUKMAS anjuran MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia). Tak pasti SUKMAS ni ada lagi tak atau dah ganti dengan nama lain. Sekarang pun ada juga SUKIPT (Sukan Institusi Pengajian Tinggi).

Pertama kali saya masuk Taekwondo Tournament SUKMAS yang dibuat di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Memang kalah la kan. Baru tali pinggang kuning ada hati nak lawan tali pinggang hitam ekekeeke.

Sebenarnya kannn.. saya bagi chance saja kat lawan saya tu. Kalau saya menang dia malu nanti kalah dengan yellow belt. Hik!

Rasa best pulak masuk Taekwondo tournament ni. So… bila ada je Taekwondo competition je saya masuk!

Taekwondo

Peduli apa kan walaupun saya belum dapat black belt. Masa tali pinggang kuning saya berlawan. Masa tali pinggang hijau pun saya lawan. Pun kalah juga…he he.

Tak apa. Kalah memang belakang kira. Janji saya makin tambah skill berlawan Taekwondo ni.

Taekwondo

Bila saya dapat tali pinggang biru pun lawan tetap lawan. Kalah lagi. Medal tak dapat. Lebam biru kuning melekat sana sini banyak lah dapat…ekekeke

Perlawanan Taekwondo ni sebenarnya mengikut BERAT peserta. Ada kategori berat bagi lelaki dan perempuan.

Taekwondo

Saya masuk kategori FIN iaitu bawah 47 kg. Tapi kan…. masa tu berat saya 39 kg sahaja. Penat saya makan banyak tapi tak jugak naik berat.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Pernah masa nak timbang sebelum lawan tu kan… saya makan pisang, minum air banyak dan letak kunci dalam poket untuk ‘tambah’ berat. Takut tak layak masuk lawan sebab ringan sangat ekekee.

Bayangkan saya berlawan dengan peserta Taekwondo yang lebih tinggi dari saya sebab berat maksima 47kg. Beza 8 kilo tu. Maunya tak lebam kena sepak…ha ha ha!

Ada sekali saya lawan dengan seorang peserta yang kurus dan tinggi. Tapi saya dapat menyepak kepalanya. Syiok sebab saya pulak yang menang!

Taekwondo

Practise makes perfect. Betul lah tu. Sebab saya masuk berlawan sejak yellow belt lagi so bila saya dah black belt saya dah terer berlawan.

Taekwondo

Masa saya pergi Universiti Teknologi Malaysia Johor untuk SUKMAS saya dapat pingat BRONZE @ GANGSA. Bukan main seronok saya dapat medal pertama saya tu.

Taekwondo

Bangga beb… bangga!

Pencapaian terbaik saya pada SUKMAS 1997 iaitu tahun terakhir saya aktif Taekwondo.

Taekwondo

Saya dapat masuk final dan dapat pingat PERAK!!

Taekwondo

Perak saja? Ye lah.. kira okey la tu. Lawan saya masa tu adalah atelit Malaysia dalam sukan ASIA tu. Saya dapat kick dia dapat score beberapa point tu dah kira sangat bagus la tu kan..ekekeke.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *