Izzah dah belajar Taekwondo sejak bulan Januari 2014. So… dah 6 bulan la kiranya kan.
Kelas seminggu sekali sahaja selama 1 jam setengah. Ketua juruluatih Izzah ialah Sir Rizman dibantu oleh beberapa orang pembantu.
Biasanya Sir Rizman tu jadi supervisor saja sebab pembantu dia yang ajar setiap kumpulan pelajar mengikut warna tali pinggang.
Macam Izzah ni white belt so belajar dalam satu kumpulan lah dengan pelajar tali pinggang putih yang lain.
Hampir semua pelajar white belt Taekwondo ni berumur dalam lingkungan 6 – 12 tahun. Tapi ada juga pelajar yang dah besar baru nak belajar Taekwondo. Nampak jakun juga tengok budak besar dikelilingi budak-budak kecik ekekeke.
Serius comel tengok budak-budak kecik tu semua berlatih Taekwondo. Macam-macam gaya ada!
- Cikgu suruh tumbuk ke depan ada yang tumbuk ke bawah…
- Cikgu suruh sepak ke atas guna kaki kanan ada yang sepak kaki kiri….
Amboi… seronok betul ketawakan budak-budak tu ye. Tak sedar diri sendiri pun sepak pun dah berterabur agaknya…ekekeke
Tapi kan… memang comel budak-budak pakai baju Taekwondo tu semua. Nampak suci murni. Hik!
Tu yang tak sabar nak hantar Irfan pulak masuk kelas Taekwondo. Nak kena tunggu tahun 2016 bila Irfan masuk 4 tahun.
Actually Irfan lahir Disember 2012.. so bila tahun 2016 dia sebenarnya baru umur 3 tahun tapi kalau kira ikut tahun kelahiran dia dah 4 tahun la. Jimat umur orang kata he he.
Sir Rizman kata kalau nak boleh je join budak kecik bawah 4 tahun yang masuk Taekwondo kat taska Little Caliph. Syok kan ada taska yang buat kelas Taekwondo untuk baby.
Mesti uniform pun kecikkkkk je macam ni. Alololoooo comel..he he.
Tapi masa training clash dengan kelas Mandarin Izzah. Payah sikit nak berkejar ke sana ke mari. Buat masa ni… sabar!