Belajar Taekwondo | Koryo Taekwondo Club & Jurulatih Sir Rizman Riduan

Saya dah lama bagitau Big Babah tentang niat saya nak hantar Izzah belajar Taekwondo. Nak bagi Izzah power sikit.. tak lah lembik sangat kena buli dengan orang kan.

Buli orang tak boleh. Kena buli pun tak boleh. Macam mana tu?

Kenalah ada ilmu mengawal diri dan mempertahankan diri. Saya nak Izzah belajar Taekwondo sebab saya suka Taekwondo. Lagi pun… saya ni kan pemegang tali pinggang hitam Taekwondo.

Walaupun dah lama tak training tapi skill mempertahankan diri tu masih ada. Jangan main-main tau dengan saya ekekeee.

Masa Izzah 4 tahun ingat nak hantar dia belajar kat satu kelab di Setia Alam. Tapi kan asyik tangguh sampai la umur dia dah masuk 6 tahun. Tak hantar-hantar jugak!

Suatu hari Big Babah ada bawa balik satu flyer Koryo Taekwondo Club ni.

Taekwondo

Wah! Terus lah saya excited. Tengok jurulatihnya macho pulak tewwww!

Taekwondo

Dah memang dia tulis kat situ sebagai daya penarik – Rizman Riduan Finalist Maskulin 2013/14… memanglah mak tertarik….eekekekeee.

Taekwondo

Hah.. cuba tengok Sir Rizman ni. Memang nampak terer sebagai jurulatih Taekwondo anak saya tu.

Taekwondo

Yurannya pulak sangat murah berbanding kelas Taekwondo kat Setia Alam Club tu. Mahal sangat untuk bukan ahli kelab RM195 untuk 3 bulan.. RM65 sebulan untuk kelas sekali seminggu. Tercekik mak.

Kelas Koryo Taekwondo Club ni diasaskan oleh Master KM Rajendran (7th Dan) manakala jurulatihnya ialah Rizman Riduan (3rd Dan).

Taekwondo

Paling penting yuran bulanannya murah RM30 sebulan sahaja.

Kalau bayar 6 bulan advance dapat lagi murah iaitu RM150 sahaja. Jimat…jimat…jimat.

Saya pun teruslah bayar yuran Taekwondo Izzah 6 bulan terus dari Januari hingga Jun 2014.

Taekwondo

Nanti kalau Irfan dah 4 tahun pun saya akan masukkan dia masuk kelas Taekwondo sama-sama dengan Izzah.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tak sabar betul saya masa 2 minggu pertama tu nak dapat uniform atau dobok Taekwondo Izzah tu. Mesti bergaya anak saya pakai uniform Taekwondo. Hik!

Taekwondo

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *