Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Izzah dah belajar Taekwondo selama 3 tahun lebih sejak Januari 2014. Masa mula masuk kelas Taekwondo umur Izzah 6 tahun. Sekarang Izzah dan 9 tahun.
Sejak September 2016, Izzah sudah gigih berlatih sebagai persediaan untuk ujian naik tali pinggang merah hitam @ junior black belt. Macam biasa aku lah coach Taekwondo Izzah kat rumah. Hehe!
Aku hantar Izzah pergi kelas Taekwondo dua kali seminggu. Kelas biasa seminggu sekali je. Tapi nak grading junior black belt ni latihan kena extra dan bersungguh-sungguh. Kat rumah pun giat berlatih.
Kenapa aku pushed Izzah macam tu sekali? Sebab kena BAYAR YURAN mahal nak grading junior black belt tu. RM280!! Kalau tak buat betul-betul dan tak lulus boleh jadi harimau bintang omak ni tau. Hak hak hak!
Koryo Black Belt Grading – 10 May 2017
Grading black belt Kelab Taekwondo Koryo telah dibuat pada 10 May 2017 di Kelab Darul Ehsan, Ampang.
Bukan semua pemegang tali pinggang merah 2 yang dibenarkan ambik ujian tali pinggang hitam ni. Coach memang pantau setiap bakal calon dan hanya yang betul-betul bersedia layak dapat borang grading.
Sebab tu selepas lulus red belt 2 mesti rajin berlatih dengan bersungguh-sungguh. Izzah tu dekat 8 bulan juga berlatih sebelum dibenarkan masuk grading black belt.
Setiap calon black belt kena:
- Hafal Taegeuk 5, 6, 7 dan 8
- Step sparring
- Free sparring
- Pecah papan dua kali (spear/punch + side kick)
Taegeuk 8 wajib dipersembahkan semasa grading. Juri akan pilih salah satu antara Taegeuk 5, 6 atau 7 secara rawak dan calon wajib persembahkan semasa ujian.
Masa Koryo Black Belt Grading tu seramai 42 orang anak murid Sir Rizman yang ambil ujian. Masing-masing berumur dari 8 tahun hingga dewasa.
Aku rasa semua kelab Taekwondo Koryo sekitar KL dan Selangor join grading tu sekali. Dewan penuh sesak dengan calon black belt dan parents.
Nasib baik Izzah dapat giliran pertama untuk ujian black belt Taekwondo tu. Cepat siap cepat boleh balik. Hehe!
Alhamdulillah. Izzah sudah lulus ujian naik tali pinggang hitam (junior black belt). Majlis penyampaian tali pinggang hitam / poom dan sijil akan dibuat semasa next Taekwondo Grading bulan 9/10 tahun ini.
Aku share sini jumlah kos yang perlu dibayar:
- Yuran grading RM280
- Tempah tali pinggang hitam/poom bersulam nama RM30
- Uniform Taekwondo leher hitam / hitam merah RM150 (Koryo) / RM190 (Adidas).
Jumlah duit diperlukan jika anak naik tali pinggang hitam / hitam merah ialah RM460 / RM500. Perghhh! Not cheap mah!!