Bismillah. Cikros di sini.
Anak aku Irdina tu sudah mula belajar Taekwondo secara formal. Yeay!!
Yes!! Sebelum ni Dina “belajar” Taekwondo secara curi-curi je kot. Sebab masa aku hantar Izzah dan Irfan ke kelas Taekwondo, aku lepak terus kat kelas tu dengan Dina. So secara tak langsung Dina dah ikuti kelas Taekwondo. Hehe!
Aku tak plan nak daftar Dina belajar Taekwondo tahun ni pun. Tapi masa minggu pertama kelas Taekwondo pada bulan Januari 2019 tu, aku tiba-tiba rasa membuak-buak pulak nak bagi Dina join sekali Taekwondo.
Agaknya sebab aku tengok ramai budak-budak kecik kemetot comel-comel pulak yang baru belajar Taekwondo ni. Pastu time tu Dina macam rasa bosan kot kena menunggu.
Ajak aku jalan-jalan pusing sekolah aku berat montot. So dia suka mintak phone aku nak tengok gambar dan video diri sendiri. Gangguan nih!
So off you go baby! Join sekali abang dan kakak belajar Taekwondo. Bagi omak ada me-time. Muahaha!
Officially, Irdina mula belajar Taekwondo pada 12 Januari 2019 semasa dia berumur 3 tahun 1 bulan. Pecah rekod jadi anak aku yang paling awal belajar Taekwondo.
- Izzah belajar Taekwondo masa umur 6 tahun
- Irfan belajar Taekwondo masa umur 4 tahun 3 bulan
- Irdina belajar Taekwondo masa umur 3 tahun 1 bulan
Kelas Pertama Mula-Mula Excited
Sebelum kelas Taekwondo pertamanya bermula, Dina memang sangat happy dan excited. Siap berlari-lari keliling dewan sambil menegur budak-budak lain kat situ.

Tapi bila kelas started mula lah awan mendung berarak kelabu! Mulut muncung sedepa. Muka kelat! Haha!
Bila senior nak pujuk pun kena marah. Garang betul anak bongsu aku ni. Hehe!
Terpaksalah senior menjauhkan diri. Bukan setakat kena marah dengan Dina tapi takut jadi punca Dina menangis meraung.
Actually. Memang Dina menangis meraung pun. Siap jerit “tak nak!” bila anyone datang nak pujuk. Adeh!
Kena lah omak menunggu di tepi tu. Sambil pujuk sambil bagi minum sambil lap hingus dan air mata yang meleleh.
Sekejap okey dah Dina ni. Boleh ikut apa jua pergerakan yang cikgu ajar kat depan tu.
Tapi bila ada lagi senior yang datang untuk betulkan pergerakan tangan dan kaki dia, perghhhhhhh!
Dia punya marah tu menyeramkan seniors. Terus mencicit seniors menjauhkan diri. Muahaha!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Masa cikgu keluarkan target untuk praktis kicking, baru nampak Dina happy. Memang dia suka sepak target ni.
Muka pun ada senyum. Siap boleh gurau-gurau dengan kawan-kawan sekelas yang mostly berumur 7-8 tahun.
Aku tengok Dina yang paling kecik dalam kelas white belt tu. Kemetot je pakai dobok Taekwondo tu.
Baju Taekwondo tu saiz 110 (umur 7 tahun) sebab tu saiz paling kecik. Kena lipat 3-4 kali untuk Dina pakai. Hehe!
Kelas Kedua Air Mata Masih Berguguran
Masa kelas Taekwondo yang kedua pun sama juga drama air mata. Huhu!
Tak nak ikut buat warming up. Berdiri tegak tak nak buat apa-apa. Ikut style abang Irfan la tu. Haha!
Mulut muncung. Muka mendung kelabu. Hujan nak turun. Hehe!
Tapi tak lama selepas tu mood dia okey pulak. Siap boleh senyum-senyum lagi masa latihan.
Aku pun confused. Dina ni berlakon drama ke apa ni. Bertukar-tukar watak sekelip mata.
Time mood berwarna-warni bak pelangi, Dia siap boleh borak-borak dengan kawan-kawan sekelas.
Muka memang nampak sangat happy. Terutama bila dapat sepak target. Hehe!
Alhamdulillah. Dina dah tak menangis lagi masa kelas Taekwondo. Sekarang dia dah berdikari.
Omak is so proud. Target tahun ni dapat tali pinggang Hijau lah ye. Amin!