Belajar Taekwondo | Kenali Seni Mempertahankan Diri Taekwondo – Apa Itu Taekwondo?

Macam mana ye saya boleh terjebak dengan martial art Taekwondo dari Korea ni?

Nak kata pengaruh dari cerita Korea memang tak lah. Sebab masa tahun 1990an tu orang Malaysia belum gila lagi dengan cerita Korea. Masa tu cerita Jepun yang dialih bahasa yang menguasai siaran TV.

Actually… masa saya sekolah di Kolej Tunku Kurshiah, saya tertarik dengan budak-budak yang pakai uniform Taekwondo berlari-lari kat koridor. Macam ada aura pulak pakai tali pinggang macam-macam kaler tu…ekekeee

Taekwondo

Bila saya masuk Universiti Malaya, saya tak terus jumpa jodoh dengan Kelab Taekwondo Universiti Malaya tu. Saya masuk UM lepas SPM bermula dengan matrikulasi Pra-Perakaunan so memang terperap dalam UM lama lah jugak.

Masa pertengahan tahun 2 degree Perakaunan (tahun ke 4 dalam UM) rasanya saya mula join Kelab Taekwondo Universiti Malaya tu. Memang tak pandang belakang lah lepas join.

Taekwondo

Gigih saya berlatih dari tali pinggang putih yang suci murni tu hingga dapat tali pinggang hitam lambang kematangan dan penguasaan diri dari kegelapan.

Apa itu Taekwondo?

Taekwondo adalah seni tempur. Martial art. Seni mempertahankan diri.

  • Tae = kaki atau memijak pada
  • Kwon = genggaman tangan/kepal tangan/tinju/buku lima, penumbuk atau berlawan
  • Do = cara/kaedah atau disiplin

Satukan 3 perkataan ini menjadi Taekwondo iaitu satu seni tempur yang menggunakan kaki, tangan dan minda untuk melawan musuh.

Saya belajar Taekwondi sebab bagi saya Taekwondo ni seni mempertahankan diri yang paling berkesan dalam mempertahan diri. Bukan nak kata martial arts lain tak bagus tapi yang lain memang saya tak pandang lah… kecuali Kungfu.

Taekwondo

Ha ah. Selain Taekwondo saya suka Kungfu tapi tak ada peluang nak belajar. Kalau tak saya dah jadi Kungfu Panda…eh bukan… Kungfu Mama!

Penggunaan “kaki dan tinju tangan” atau struktur badan lain yang diwakili oleh kaki dan tangan semasa mempertahankan diri sangat efektif melalui kaedah Taekwondo.

Taekwondo telah membangun semenjak 5,000 tahun yang lalu bersama perkembangan sejarah Korea dan dipanggil dengan beberapa nama berbeza sepanjang era tersebut.

Di Korea, Taekwondo mula-mulanya dikenali sebagai seni mempertahankan diri yang dipanggil “Subak” atau “Taekkyon”, dan dibangunkan sebagai kaedah latihan fizikal dan minda di dalam era pemerintahan kuno Koguryo, di bawah nama “Sunbae”.

Semasa era Shilla, seni tempur ini dijadikan tulang belakang kepada institusi Hwarangdo yang berperanan melahirkan pemimpin kerajaan yang berkebolehan pada masa itu.

Taekwondo hari ini berkongsi beberapa persamaan pada sesetengah elemen dengan seni tempur ketimuran lain tetapi selepas beberapa evolusi ke atasnya, Taekwondo telah dimajukan dengan banyak gaya berbeza berbanding yang wujud pada seni tempur negara di sekeliling Korea iaitu Jepun dan Cina.

Bagi saya, Taekwondo memang sangat berlainan berbanding martial arts dari Asia yang lain.

  • secara fizikalnya Taekwondo sangat dinamik dengan pergerakan aktif yang merangkumi kemahiran dan formasi kaki yang mengelirukan.
  • prinsip pergerakan fizikalnya adalah baik dan selari dengan kesihatan tubuh dan minda.
  • Taekwondo memiliki pelbagai gaya serangan dan bertahan yang dinamik lagi praktikal.

Taekwondo boleh dicirikan dengan pelbagai uniti iaitu uniti tubuh badan, minda, kehidupan, uniti seni gaya (“poomsae” atau “bunga silat”), uniti konfrontasi dan uniti pecahan atau patahan.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Bila seseorang menggunakan/melakukan Taekwondo, dia harus berfikiran tenang dan menyelaraskan mindanya dengan pergerakan yang dilakukan dan memperluaskan penggunaan keharmonian ini dalam kehidupan dan tatacara sosial.

Kaedah ini menunjukkan bagaimana dalam Taekwondo prinsip pergerakan fizikal, prinsip latihan minda dan prinsip kehidupan menjadi satu. Manakala poomsae (bunga silat) yang betul/ tepat akan membuahkan pergerakan yang bersesuaian dalam mana-mana konfrontasi selain daripada menghasilkan kekuatan serangan yang padu.

Taekwondo mendidik kita menjaga kesihatan tubuh badan dan minda selain daripada mendedahkan ahlinya kepada kaedah terbaik mengelakkan konfrontasi dan berfikiran rasional dan tenang terhadap sebarang bentuk penentangan tetapi dalam masa yang sama berupaya menamatkan konfrontasi tersebut dengan kadar yang segera jika diserang menggunakan kemahiran bertempur yang dipelajari.

Taekwondo adalah pemangkin kepada keharmonian dan peningkatan kualiti hidup melalui aktiviti-aktiviti pembinaan kecemerlangan disiplin, jati diri, kesihatan dan pertahanan diri di dalamnya.

Sebab Taekwondo ni best maka saya pun tak teragak lah masukkan Izzah dalam kelas Taekwondo. Nak lentur buluh biar dari rebungnya!

Taekwondo

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *