Bismillah. Cikros di sini.
Irfan dah selamat pergi grading untuk naik tali pinggang merah 2. Nanti aku up story di lain hari.
Macam biasa, sebelum grading semua pelajar tali merah 1 dimestikan untuk cuba pecahkan papan semasa latihan.
Bukan free tau. Kena beli papan tu RM15 seketul. Huhu!
Since plastic board warna kuning yang aku beli dari Korea time Izzah dulu dah hilang, so Irfan dah tak boleh praktis pecahkan papan berulang-kali kat rumah.
Adeh. Time ni lah pulak papan tu missing!
Nak beli baru budget tak ada. Harga rebreakable plastic board tu RM100+ tau. Maka omak mampu ber huhu sahajalah.
So tawakkal saja lah. Aku yakin Irfan boleh pecahkan papan tu masa latihan dan even masa grading pun. Sebab sebelum ni dia mampu pecahkan rebreakable plastic board yang keras tu banyak kali juga.
Irfan juga pernah pecahkan papan masa Sir Rizman bagi peluang time dia blue belt dulu tu. So yeah. Yakin boleh!
Alhamdulillah. Irfan berjaya pecahkan papan menggunakan side kick pada cubaan kali ke 2.
View this post on Instagram
TAEKWONDO BREAKING BOARD TRIAL ???? Traininv untuk upgrading dari Merah 1 ke Merah 2.
Cubaan kali pertama tak pecah sebab orang yang pegang papan tu tak pegang dengan kuat. Tak firm so bila sepak goyang.
Tapi aku still risau takut time grading tak pecah. Nak kena beli jugak lah rebreakable board baru. Duit mana duit?? Hehe!