Bismillah. Cikros di sini.
Setiap pelajar Taekwondo yang memegang tali pinggang merah 1 wajib memecahkan satu papan semasa grading naik tali merah 2. Sebelum grading biasanya mereka akan diberi peluang memecahkan papan semasa latihan.
Masa Irfan masih lagi tali pinggang biru, ada beberapa red belt holders yang gagal pecahkan papan semasa latihan. Jadi coach bagi peluang kepada Irfan untuk mencuba.
Nasib baik pecah dengan sekali sepakan. Kalau tak mau kena ceramah dengan mak singa ni. Haha!
Actually, Irfan dah pernah praktis pecah papan plastik (reusable plastic board) kat rumah. So memanglah boleh pecah.
Tapi sekarang ni papan plastik tu sudah hilang!! Macam mana Irfan nak praktis pecah papan untuk grading seterusnya ni.
Aku syak ada orang sudah terbuang papan plastik tu lah. Sebab sudah puas cari merata-rata tapi tak jumpa. Mahal tau papan tu aku beli direct dari Korea. RM100 seketul!
Last sekali aku nampak ada dalam kotak. Now kotak tu dah dibuang. So maksudnya? Dah gone forever and ever lah ni. Huwaaa!