Belajar Taekwondo | Irfan Grading Naik Tali Pinggang Merah (Red Belt 1 – Grade 2)

Bismillah. Cikros di sini.

Irfan dah selamat pergi grading Taekwondo untuk naik tali pinggang merah 1 pada 24 November 2018. Syukur kali ini aku dah tak perlu gigih ajar anak aku Taeguk 6 tu.

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Sebab Irfan dah pandai dan boleh pickup belajar sendiri masa kelas Taekwondo. Kakak dia pun ada juga beri tunjuk ajar masa praktis Taegeuk di rumah.

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Aku hanya pantau supaya dia buat latihan Taeguk setiap hari minima 3 kali sehari. Jika silap memang mendapat lah anak aku. Haha!

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Grading kali ni dibuat di Sekolah Kebangsaan Setia Alam. Aku lagi suka buat grading kat sini sebab dewan terbuka so bebas bergerak ke sana ke mari. Parents boleh lepak kat mana-mana pun.

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Since Irfan dah blue belt so masa menunggu untuk tiba giliran grading merah tu sangat lama. Kena tunggu junior semua habis grading.

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Izzah pula macam biasa kena jadi pengawas semasa grading. Muka boring je kena berdiri jaga budak-budak juniors nak grading. Haha!

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Untuk grading naik red bely ni, perkara berikut akan di nilai:

  • Taekwondo movements – ikut seperti yang ditunjuk oleh instructor (lebih tinggi grade, lebih sukar pergerakan yang perlu dibuat)
  • Taegeuk 6
  • Step sparring – buat 3 langkah berlawan ikut masa sendiri
  • Free sparring

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Aku tengok grading ni mereka hanya kena buat free sparring. Kalau free sparring memang senang sangat lah bagi Irfan tu. Muahaha!

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo
Uniform baru sempena tukar tali merah.. hehe!

Alhamdulillah. Irfan sudah lulus dapat naik dari biru 2 kepada RED BELT 1. Tahniah anakku!!

Grading Taekwondo Kelab Taekwondo Koryo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *