Belajar Taekwondo | Irfan Grading Naik Tali Pinggang Kuning (Yellow Belt 2 – Grade 7)

Bismillah. Aloe. Cikros di sini.

Irfan dah pergi grading untuk naik dari yellow belt 1 kepada yellow belt 2 pada 12 Ogos 2017. Gigih tau omak ni mengajar Irfan Taegeuk 1.

Aku mula-mula tu macam was-was dengan keupayaan anak aku untuk hafal Taegeuk. Sebab masa mula ajar tu Irfan tak fokus langsung.

Kelas Taekwondo Kanak-Kanak

Suruh lower block dia punch. Suruh sepak kaki kanan dia sepak kaki kiri. Pastu ikut suka hati dia kick & punch kiri kanan sambil berjoget-joget dan ketawa.

Ishhh! Main-main pulak dia. Omak rasa nak picit-picit je budak ni!

Tapi aku tak give up. Dongibab. Kipidap. Setiap hari dekat 10 kali aku ajar dan suruh dia buat Taegeuk 1 sendiri.

Wahh! Hasil coaching dari Coach Mama Tiger maka Irfan memang sudah menghafal Taegeuk dengan cemerlang. Masa grading pun perfect dia punya Taegeuk.

Grading Taekwondo

Tabik spring pada omak sebab gigih! Hak hak hak!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *