Belajar Taekwondo | Izzah Grading Naik Tali Pinggang Kuning (Yellow Belt 1)

Lama tak cerita pasal Taekwondo. Sukan favorite saya dan akan jadi sukan favorite anak-anak saya. Guna kuasa veto nampakkkk…ekekeke.

Izzah dah setahun belajar Taekwondo. Mula dari bulan Januari 2014. Kejap je masa berlalu.

Kalau ikut sir Rizman tu… dalam setahun ada 3 kali grading. Kalau konsisten ambik grading dan konsisten LULUS grading, dalam masa 3-4 tahun dah boleh dapat merah hitam.

Belajar Taekwondo

Izzah tak ambik grading masa awal tahun. Maintain white belt dia tu sampai lah next grading bulan 6.

Sir Rizman

Grading Taekwondo dari white belt untuk naik yellow belt 1 ni tak susah mana pun. Hanya perlu ikut apa yang jurulatih tunjuk kat depan. Tak payah hafal taegeuk pun!

Belajar Taekwondo

Masa Izzah grading tu ramai jugak budak yang baru belajar Taekwondo ambik grading. Yang baru belajar dalam seminggu dua terus ambik grading pun ada. Mudah sangat kannnnnn.

Belajar Taekwondo

So… Izzah pun ambik lah grading Taekwondo pada 26 Jun 2014. Ewahh..mak dia siap ingat tarikh tu…poyo tak poyo la kan….ekekeke.

Grading untuk Koryo Taekwondo Club ni buat kat dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Setia Alam.

Belajar Taekwondo

Maknya pulak yang gabra terlebih dos. Izzah tu rilek je pun. Tiap minggu berlatih Taekwondo kan…so rasa macam tak de hal pun.

Izzah senyum je memanjang masa grading tu. Kacang je kot.. setakat sepak dan tumbuk tu Irfan pun boleh buat.. ekekeee.

Belajar Taekwondo

So… Izzah pun lulus dah grading Taekwondo naik yellow belt satu. Alhamdulillah!!

Belajar Taekwondo

Next…. yellow belt 2 pulak!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *