Belajar Taekwondo | Apa Khabar Kelab Taekwondo Universiti Malaya?

Saya pemegang tali pinggang hitam @ black belt Taekwondo. Betul. Tak tipu punya.

Ada yang tak percaya sebab saya ni nampak kecik-comel-kiut-miut-sopan-anggun je kannnn. Nampak je tau…ekekeeke.

Don’t judge a book by it’s cover. Pepatah ni memang tepat tentang diri saya. Hik!

Saya belajar Taekwondo masa saya study di Universiti Malaya. Join Kelab Taekwondo Universiti Malaya masa tahun 1995. Lebih kurang 19 tahun yang lalu!

Taekwondo

Memang semangat sungguh saya merempit naik motor kapcai Yamaha saya tu dari apartment Vista Angkasa Kerinchi setiap petang Jumaat. Bila saya pindah duduk rumah abang saya di USJ pun saya gigih merempit melalui jalan motor Federal Highway untuk pergi latihan Taekwondo di UM.

Latihan Taekwondo dibuat di dataran Baktisiswa bersebelahan padang ragbi. Tak pasti lah sekarang ni wujud lagi ke tidak tempat tu sebab dah lama sangat saya tak masuk UM. Rindu pulak!

Sekarang ni kelas Taekwondo dibuat pada malam hari di dataran Pusat Asasi Sains (PASUM). Eh… tau pulak ye perkembangan terkini Kelab Taekwondo Universiti Malaya ni? Tau lah… saya sekodeng FB diaorang ekekeeee.

Seronok saya tengok Kelab Taekwondo Universiti Malaya tu kekal aktif hingga ke hari ini. Logo kelab pun masih sama.

Taekwondo

Saya siap tampal badge logo kelab tu kat uniform saya tau. Ada sampai sekarang. Tersimpan dalam stor!

Jurulatih saya masa tu ialah Master Ben Wong Siew Pang. Best tau belajar Taekwondo dengan Master Ben ni. Baik hati dan tak garang ekekekee.

Taekwondo

Dulu Master Ben black belt 5th ‘Dan’ menurut maklumat di website dia now dah 7th ‘Dan’.

Mungkin lagi tinggi pangkat ‘Dan’ dia sekarang ni. Hebat Master Ben!!

Saya black belt jugak tapi 1st ‘Dan’ saja lah. Kalau saya tak berhenti belajar Taekwondo mungkin sekarang dah 4th ‘Dan’ kot. Berangan saja lah labu…he he he.

Taekwondo

Master Ben pun ada kelab dia sendiri yang ditubuhkan pada tahun 1997 iaitu MBW Taekwondo Club.

MBWTC telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1996 oleh Master Ben Wong Siew Pang ( 7 Dan Black Belt ). Master Ben merupakan seorang yang sangat berpengalaman dan berkebolehan dalam sukan Taekwondo. Master Ben telah bergiat aktif dalam Taekwondo sejak tahun 1972 lagi dan mendapat tali pinggang hitam pada tahun 1976. Beliau telah banyak menyumbang kepada sukan dan seni mempertahankan diri Taekwondo di Malaysia.

Walaupun MBWTC ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1996, Master Ben telah mula mengajar Taekwondo sejak tahun 1976 lagi. Master Ben juga aktif sebagai pemain Taekwondo dan telah mewakili Malaysia dalam pertandingan Taekwondo peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tak pasti pulak samada sekarang Master Ben masih bersama Universiti Malaya. Kat UM pun macam ada banyak kelab Taekwondo pulak. Kelab Taekwondo Universiti Malaya ni rasanya yang asal under WTF. Pastu ada yang ITF, GTF dan ada jugak kot Kelab Taekwondo (MBW) Universiti Malaya.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Dulu memang bestlah jadi ahli Kelab Taekwondo Universiti Malaya ni. Sangat aktif.

Saya dulu pernah naik ke puncak gunung Ledang bersama geng Taekwondo saya tu. Best sungguh menggapai awan walaupun penat macam nak kojol ekekeee.

Saya gigih ikuti latihan Taekwondo anjuran Kelab Taekwondo Universiti Malaya ni dari tahun 1995-1997 sahaja. Masa tahun akhir saya langsung tak hadir sebab nak tumpukan perhatian pada peperiksaan.

Taekwondo

Lagipun masa saya final year tu kebanyakan ahli kelab yang geng dengan saya pun semuanya dah tak datang. Sibuk dengan exam semuanya. Tak best dah…hu hu.

Sekarang saya dah lost contact dengan semua geng Taekwondo saya tu. Bujal, Nazir, Zuki dan lain-lain tu dimanakah korang semua? Tak ingat nama penuh tu payah nak cari kat FB. Adeh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *